Mingyu mengeliat sebentar selepas menyiapkan hampir 150 bil yang akan diberikan kepada spesies yang lambat nak bayar hutang. Kalau lambat, bertukar dengan nyawa je lah. Lelaki itu mendongak ke arah siling sambil bibirnya mengulum lollipop.
Yoo Jaerim.
Nama itu saja yang selalu bermain-main di fikirannya. Satu-satunya perempuan yang dilabel sebagai ahli tetap geng Black Ares. Anak Mafia Haera pula tu. Itu cukup mengagumkan. Mingyu tersenyum seorang diri."Woi. Kopi. Nak?", tegur seseorang yang masuk ke dalam bilik Mingyu sambil membawa secawan kopi panas. Mingyu menyambut cawan itu dengan senyuman yang menampakkan gigi taringnya.
"Tenkiu bucuk.", balas Mingyu sambil memuncungkan bibir ke arah Woozi. Woozi berdengus kasar apabila kepalanya pula menjadi mangsa gosokan.
"Lepas ni kita ada meeting. Kau kena hadir."
"Ye la nanti aku datang ok? Dah dah syh syh."
"Dasar. Aku tak kasi dah kopi dekat kau. Malas huh.", Woozi mengeluh kasar dan melangkah kaki keluar dari bilik Mingyu. Mingyu hanya ketawa kecil dengan reaksi rakan kecilnya itu. Kecil-kecil pun berbisa, pemilik kelab malam tersohor dekat Busan tew.
↭↭◆↭↭
Sebelum meeting bermula...
Tak ramai dan tak sikit ahlinya. Dalam kiraan 50 orang sahaja, sikit bukan?
Itu lah Bishop~"Yaa!! Mana adil la hari tu aku yang kutip duit dekat geng Pulupulu! So untung dapat dekat aku la grrr mana boleh kongsi!", bentak Ryujin sambil menghentak fail ke atas meja sebab geram.
"Yow! Siapa yang kasi alamat dekat kau untuk cari tempat geng tu hm? Aku kan? So kongsi je la untung tu, aku tau kau terima risiko sikit but yaaa!! Eiii eiii geram aku!", bidas Jongho dan mencengkam rambut sendiri. Susah ni kalau bergaduh dengan perempuan.
"Buuuu takmo! Sepatutnya kau yang jadi tempat aku kalau kau dah tahu risiko. Mengharapkan yeoja siak kau!"
"Woi! Kau yang terhegeh-hegeh nak pergi kan? Aku dah halang kau hari tu!"
"Dusta anda!"
"AAAAAAAAHHHHHHHHHHHHH!!!", menjerit Jongho habis bergema satu koridor tingkat dua itu. Ahli yang lain hanya biarkan saja, malas nak masuk campur. Dah memang ini rutin harian mereka, setiap hari mesti ada saja masalah yang nak dibawa gaduh.
Gaduh sekejap je, malam nanti melepak la dekat mana-mana sekali. Don't worry.
"Ok gais, topik apa hari ni?", soal Mingyu yang baru masuk ke dalam bilik meeting. Masing-masing kembali pada tempat duduk dan bertukar serius.
"Erm kau tau bukan pasal berlian yang baru dicuri tu? Dengar kata ramai puak yang lain mula nak rebutkan peluang untuk curi berlian tu dekat bank negara.", terang Joshua sambil jarinya menaip sesuatu di komputer ribanya.
"Jadi? Apa masalahnya sekarang ni?", soal Mingyu semula.
"Kau tau kan, salah seorang daripada pencuri berlian Scorpio tu adalah ahli Black Ares.", celah Yerin. Serentak mereka semua beralih ke arah gadis penggodam itu. Takkanklah–
"Ouh, serious ah??!!"
"Yes, a-aku tak sure. Sekarang pihak polis dah tumpukan perhatian dekat Black Ares dan bakal melenyapkan puak tu. Puak yang lain pun dah mula pandang buruk dekat Black Ares, katanya diorang dalang semua mafia diburu oleh pihak atasan. Kita juga."
"Haa betul. Sebab tu mafia yang lain dah mula cari peluang untuk curi berlian tu untuk keuntungan masing-masing. Diorang takut Black Ares akan mula bertindak dulu, korang tau kan, rancangan Black Ares dalam buat sesuatu misi bukan biasa-biasa. Kalau mendatangkan kebaikan buat kita semua tak apa juga, kalau keburukan?", ujar Yuna sambil bermain dengan hujung rambut sendiri.
YOU ARE READING
°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔
FanfictionSemua akan berulang semula, mungkin lebih menyakitkan. Pengembaraan apa pula yang akan dihadapi oleh si gadis kecil ini? I mean ya Yoo Jaerim~ Start: 15/03/20 End : 15/01/21