Queen Jaerim meninggal dunia tepat-tepat pukul 12:00 a.m. Disebabkan faktor usia yang terlampau tua, akhirnya dia pergi juga.
Jungkook pula sudah ingat semula siapa aku, tidakkah itu merupakan satu keajaiban? Sepertinya semua itu baru saja bermula. Sekarang dah pukul dua petang, funeral sudah pun selesai dijalankan kelmarin dan kubur Queen Jaerim ditempatkan bersebelahan dengan kubur anak kandungnya sendiri.
Akhirnya dapat juga dia bersama semula dengan Jungwoon walaupun kedua-dua jasad sudah pun berpisah dengan roh. Aku mengharapkan mereka dapat bertemu di sana dan terus tersenyum. Aku mengambil tempat duduk di salah satu bangku yang berdekatan. Pakaian yang berserba hitam masih tersarung di tubuh aku, sebuah album milik mendiang Queen Jaerim juga berada di dalam pegangan.
Dia amanahkan seseorang untuk jaga album gambar ni? Akulah orangnya, agak takut nak buka tapi disebabkan teringin nak tahu isi kandungannya....aku buka saja. Helaian pertama pun sudah membuatkan aku termenung beberapa saat. Ianya gambar keluarga mereka di masa lalu. Langsung senyuman aku terukir.
Ada yang lucu, ada yang bangang. So, nak dikatakan ni adalah diari kedua Queen Jaerim dengan himpunan gambar-gambar saudaranya. Diselak sehelai demi sehelai dan ia sudah menarik perhatian aku. Ternyata, sebelum kedatangan Queen Jaerim.....keluarga itu nampak bahagia. Tiada langsung sekeping gambar yang terselit juga Queen Jaerim bersama mereka. Kerana apa?
Kerana dia sudah terlambat. Mereka semua sudah pun pergi meninggalkannya, tiada sesiapa lagi.
Aku menutup album itu dan bersandar dengan keluhan nafas yang panjang. Satu kepingan gambar seseorang dipegang aku lalu dipandang dengan agak lama. Wajah insan yang sudah merosakkan kebahagiaan adik perempuan kandungnya sendiri sudah tiada apa-apa lagi bagi aku. Kosong.
#Gambarnya seperti yang telah tunjukkan di media.
"Mungkin atas kebodohan Queen Jaerim juga yang yang memberi peluang kau untuk terus kejar cinta dia. Tapi disebaliknya kau rugi besar, biarlah kesilapan kau sebelum ni saja yang dah menyakitkan semua orang. Mungkin tidak bagi aku Jeon." bisik aku kepada insan yang berada di dalam gambar itu. Album gambar itu aku mendakapnya erat, aku berhasrat untuk terus menyimpan album itu.
Kehidupan aku yang baharu telah pun bermula, tiada lagi manusia yang dapat mengganggu kebahagiaan aku lagi selepas ini. Ya aku berjanji dengan diri aku sendiri, Yoo Jaerim perlu berhati-hati.
_______♡_______
"Ish ish" keluh Seokjin yang cuba bangun daripada kerusi rodanya. Habis saja potong beberapa jenis sayuran serta menyusun bahan masakan, agak susah nak masak lepas ni. Dah la banyak lagi yang nak kena settle. Hoseok yang sedang mengemas ruang tamu segera bergerak ke arah dapur bagi mendapatkan abang sulungnya itu.
"Hyung! Hyung! Kau sakit lagi ni jangan bangun!" halang Hoseok yang cuba menarik perlahan tubuh Seokjin untuk duduk semula.
"Yaa aku ok la. Tak apa, kalau manjakan sangat badan ni lagi la dia lembik haa gitew! Aku nak masak tak senang." balas Seokjin yang cuba berdiri dengan stabil. Kakinya yang masih berbalut tidak menghalang jejaka itu untuk berjalan perlahan-lahan. Hoseok biarkan saja dan perhatikan gerak-geri Seokjin yang cuba imbangkan diri.
"See! Aku dah boleh jalan." teruja Seokjin yang tersenyum lebar dengan tangannya terkapai-kapai di udara. Hoseok tersenyum segaris dan berjalan mendekati Seokjin lalu memegang lengan lelaki itu agar tidak terjatuh.
YOU ARE READING
°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔
Hayran KurguSemua akan berulang semula, mungkin lebih menyakitkan. Pengembaraan apa pula yang akan dihadapi oleh si gadis kecil ini? I mean ya Yoo Jaerim~ Start: 15/03/20 End : 15/01/21