Jimin mematikan enjin motosikal canggihnya lalu menanggalkan topi keledar. Rambut yang sedikit serabut diperbaiki seketika. Otaknya kini ligat memikirkan tentang Bishop.
Hmm Bishop–
Patutkah dia biarkan saja kumpulan kecil itu diketuai dengan orang yang...disangkakan tidak sehebatnya? Tch– Jimin ketawa kecil seorang diri.
Kepala Park Jimin diketuk sekali, nak buang jap kebangangan.Mengarutlah, boleh lak nak bangga berkembang seorang diri.
Jimin melangkah kaki masuk ke dalam rumah agam tersebut, di ruang tamu kosong tanpa penghuni. Dia mengorak langkah pula ke arah dapur, ya ada beberapa ketul manusia di sini.
Mereka memasang wajah murung masing-masing sambil menongkat dagu.
"Ehem–"
Semua beralih ke arah Jimin yang tercegat di situ secara serentak. Tengkuk Taehyung sedikit berbunyi sebab beralih laju sangat, kang dah mengadu sakit seorang diri. Namjoon mempelawa adiknya itu untuk duduk bersama dengan mereka.
Dan mereka kembali murung.
"Pehal duh? Dapur gas rosak lagi ka acaner tu?"
"Tu, tengok gambar tu.", balas Taehyung sambil memuncungkan bibir ke arah sekeping gambar bersaiz passport yang terletak di tengah-tengah meja. Jimin perhatikan gambar itu lama. Gambar yang menunjukkan sebutir berlian berwarna hitam yang berkilauan. Ouh ya, itu mesti berlian Scorpio.
Jimin merenung gambar itu tanpa sebarang suara serta rengekan.
"Ok dah. Aku nak naik atas dulu."
"Bunguk la, KO DUDUK BALIK! Esok kita dah nak kena curi berlian ni duh! Gena ni gena ni?! Mampus otak aku nak buat plan grrrrr grrrrr. Esok pulak Hoseok nak buat operation! Kekurangan ahli nak buat kerja! Macam mana kalau kedua-dua kerja tak jalan pastu gagal??!! OTTOKAE?!", bentak Namjoon lalu menggigit lengan sendiri melepaskan geram. Dihentuk pula kepala ke atas meja, nasib cawan pink milik Jin tidak terjatuh ke atas lantai.
"Bro, buat kerja dengan kalut memang tak akan berhasil. Kau bertenang dulu.", balas Jimin. Namjoon menanggalkan cermin matanya lalu mengurut pipi sendiri.
"Lama dah aku tak jalankan misi. Kalau plan aku gagal kali ni macam mana? Aku tak pro–"
"Kau cakap sekali lagi, aku bunuh kau.", celah Jin dengan jelingan tajam ke arah Namjoon, sambil bibirnya menghirup perlahan susu panas.
"Ok ok. Aku cuba, apa yang aku fikirkan dari awal...kalau kita saja yang buat kerja...takkan berjaya duh. Kita sikit."
"8 orang tu sikit ke bagi kau?", soal Yoongi sambil menjengketkan kening sebelahnya, mahukan kepastian. Mafia berkod atas 10 kalau bergabung, kerja apa pun jarang nak gagal. Senang saja nak beresssskan. Itu pandangan Yoongi, eh betul la kan~
Kalau selit Mafia 01, tak ke lagi hebat?
Jimin berdiamkan diri saat perkara itu disoalkan. Kini ia menjadi perbualan mereka yang lain. Jimin hanya senyap.
Dia teringatkan kata-kata Beomgyu bahawa Bishop akan bekerjasama dengan mereka.
Jimin mahu mengeluarkan pendapat ini, namun dia menarik semula niatnya.Be silent ok?
Kita tengok apa yang akan terjadi."Ok...aku harap kita boleh lakukan bersama. Jom mulakan perbincangan untuk misi esok.", kata Namjoon dengan tangannya mula menyelak beberapa helai kertas di dalam fail.
YOU ARE READING
°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔
FanficSemua akan berulang semula, mungkin lebih menyakitkan. Pengembaraan apa pula yang akan dihadapi oleh si gadis kecil ini? I mean ya Yoo Jaerim~ Start: 15/03/20 End : 15/01/21