◆01◆

3.7K 277 69
                                    

10/07/2070
-Second Day-

"Mafia Yoo Jaerim hmmmm...", terhenti seketika bebelan lelaki yang agak berusia itu. Setiap helaian muka surat buku tebal kecil di pegangannya diselak dengan cermat. Aku pula berkapit lutut dan menunggu saja keputusan daripadanya.

"Y-Yes ahjussi?"

"Aip dah berapa kali saya suruh kamu panggil saya Mr Ahn! Just two words! MR AHN!"

"Haloo Jae lebih suka panggilan tu, nampak cumil.", Mr Ahn terkilan sekejap. Sedikit pujian pun sudah cukup untuk buat dia terkunci mulut. Aku menyungging senyuman, senang citerr.

Mr Ahn mengambil tempat duduk di hadapanku lalu menghulurkan buku tadi dengan teragak-agak. Lelaki itu mengetap bibir, seperti ada sesuatu yang tidak menyenangkan keadaan.

"Saya takut kamu tak boleh jaga buku ni Jae. Kamu nak tahu, mendiang Mafia Jaerim yang dulu banyak meninggalkan rahsia berkenaan puak kita di dalam buku ni-"

"It's ok ahjussi. Jae dah terbiasa jaga barang berharga, ahjussi pun tahu kan yang Jae akan pindah ke dalam keluarga yang baru. I need this book."

"Saya faham. Nasib kamu generasi yang seterusnya, saya benarkan kamu jaga buku ni. Tapi dengan satu syarat, kalau ianya hilang, pandai-pandai kamu tanggung risiko nyawa semua orang dalam puak ni ok?", aku cuba tak nak resah. Dicubanya bertenang sebelum aku bangun. Ok ini dah jadi amanah yang berat buat aku.

"Saya janji ahjussi. Saya janji, saya perlu tahu lebih mendalam lagi berkenaan Mafia Jaerim yang dahulu. Sebab-

-emm entahlah. Saja nak ambil tahu~.", aku tersengih lagi. Mr Ahn mengurut dahi menahan sabar. Sebenarnya aku takut semua ni akan berulang semula. Aku Mafia yang bernama Yoo Jaerim di tahun 2070, begitu jauh beza dengan tahun Mafia Jaerim yang dahulu. Ugh pening.

Aku melangkahkan kaki keluar daripada bilik mafia berkod 10 itu. Ya, mafia yang tertinggi kodnya setakat ini. Pasal kod hmm, kalau nak diikutkan kod-kod tu jarang nak digunakan dah sekarang ni. Hanya sekadar menunjukkan pangkat but not for mission. Tidak macam dulu.

Buku tadi disumbatkan ke dalam beg galas. Aku mengetap bibir sambil menilau kawasan sekeliling. Alamak, sumpah rasa terancam.
Kalau aku keluar je dari tempat penyembunyian kecil puak ni, aku perlu jaga diri.

Mafia diburu di mana-mana sahaja oleh pihak polis. Ya, itu sangat bahaya.
Hubungan mafia dan polis sudah renggang, mungkin disebabkan oleh peristiwa pada 5 tahun yang lepas.

Mafia 01 telah melakukan satu pengkhianatan.

Emm M-Mafia 01.
Usah takut, gelaran itu sudah pun tidak wujud lagi. Hehe hmmm.
Masalahnya siapa ketua mafia negara yang agak kecil ni?
I need to know, biar satu negara dikuasai tanpa kawalan pihak polis. Kerja pun jalan, duit masyuk~

Sebelum itu, puak sekarang pun sudah berpecah. Masing-masing menjalankan kerja dengan arahan daripada ketua mereka. Setiap kawasan mesti ada puak yang menguasainya, kalau buat hal memang menempah maut.

Namun, ada satu puak di mana tinggi darjatnya berbanding yang lain. Tiada sesiapa yang berani menimbulkan masalah dengan puak ini.

Black Ares

Ya, puak yang sedang aku meletakkan diri di dalamnya. Peratus ahli lebih banyak berbanding puak yang lain. Melakukan aktivis yang kejam lagikan berjaya dengan kemasukan duit yang mendadak. Cuma, aku belum tahu siapa si ketua. Ehem.

PPAKK!

Hmm aku terlanggar seseorang di selekoh. Hampir terlentang aku dibuatnya ke belakang. Kedua-dua mataku cuba untuk dicelik, kelihatan satu susuk tubuh seorang lelaki yang agak tegap berdiri di hadapanku, matanya menjeling tajam. Ouh-

"Emm sorry, saya tak sengaja."

"Gwenchanha, ouh kau anak Mafia Haera bukan? Mafia Yoo Jaerim?", soal jejaka itu dengan teruja.

"Y-Ya saya, awak?"

Tanpa berlengah lelaki itu menghulurkan tangan untuk berjabat. Aku sambut saja dengan sengihan kerang busuk.

"Aku Kim Mingyu, mafia daripada puak Bishop. Agak teruja bila dapat berkenal dengan salah seorang mafia daripada Black Ares macam kau~", dia tersenyum lagi. Aku mengedip kelopak mata berulang kali.

Bishop...

Puak itu masih ada, karma?
Setahu aku puak ini hanya menjalankan aktiviti pengedaran dadah dan senjata haram tanpa masuk campur daripada sesiapa. Pakar hacker pun banyak juga.

Aku takut.






-End Chapter 01-

__________
___
Tbc

Kalian semua ok?
Jaga diri elok² nah, Covid19 makin buat hanat.

Sebelum tu, ya season kali ni akan dibawa masuk dengan beberapa watak yang baru.
Ada yang wokey ada yang dusta.
Jadi bersedia~


°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now