Warning: 2000+ patah perkataan berserta ayat yang tersungguh keling. Hope baca betul-betul~ Jika ada kesalahan, sirenkan.
Happy reading>,<______◆♔◆______
Lee Dong Hyeong adalah King kepada kumpulan mafia kelas atasan mahupun paling terbahaya itu, Zeus. Yeah, itu benar.
Tekejod?
Let me tell you, Mafia Haera ketua kepada Black Ares. Abang lelaki Dong Hyeong, Lee Yeon Gyu pula merupakan King asal buat kumpulan Zeus. Pada mulanya Dong Hyeong muncul dan bercinta dengan Haera. Makin lama, Dong Hyeong dah terdetik nak kuasai kumpulan Black Ares melalui Haera. Dipujuk berulang kali supaya dapat berkongsi kuasa, namun Haera tida bersetuju.Disebabkan jiwanya yang mula dirasuki syaitan, Dong Hyeong menggunakan cara kekerasan iaitu melalui anak-anak Haera sendiri. Namun demikian ianya sukar kerana dihalang oleh bapa mereka masing-masing di mana mereka adalah dari kerabat Kim, Jung, Min, Park dan Jeon. Mereka juga adalah golongan mafia yang hebat.
Yoo Jaerim tidak termasuk di antara mereka kerana gadis itu dibawa tinggal bersama bapanya dan kemudiannya dihantar ke akademi dan terus diasuh oleh Mr Ahn. Yoo Jaerim selamat dan itu pun terpaksa berpisah dengan bapa kandung sendiri di usia anak kecil disebabkan si ketua keluarga itu mahu terus mengawal keselamatan Haera.
Dong Hyeong tidak berputus asa, dia mencari idea pula untuk membunuh kesemua bekas suami yang kini melindungi Black Ares termasuk Haera daripada tangannya.
Secara tidak disangka, mereka hilang seorang demi seorang. Bermakna Seokjin termasuk saudaranya yang lain semakin hilang tempat untuk berlindung tanpa bapa mereka. Itu peluang emas buat Dong Hyeong bagi meleraikan anak-anak itu daripada pengawasan Haera. Dong Hyeong menyeksa mereka yang tidak berdosa dengan kejam sehinggakan Haera akan menyerah kalah dan memberi kuasa kepadanya.
Itu sebab Haera meminta pertolongan daripada Lee Yeon Gyu, King kepada Zeus di mana kumpulan itu merupakan puak mafia yang paling terkuat dan mustahil orang lain dapat mengatasi mereka pada masa itu. Lee Yeon Gyu pun bersetuju dan berusaha untuk memusnahkan adik kandungnya sendiri. Dia menganggap tindakan saudaranya itu sudah melampaui batas.
Sebelum itu Dong Hyeong sudah diberikan amaran, jika dia tidak hentikan semua ni...namanya akan disebarkan kepada puak mafia yang lain bagi memburu nyawanya. Bermakna Dong Hyeong dalam bahaya. Itulah sebabnya jangan bermain-main dengan kuasa di tangan King Zeus. Semua puak akan berpihak kepadanya.
Makin bertambahlah bara kemarahan di dalam jiwa Dong Hyeong. Dia terus tinggikan ego untuk dapatkan juga kuasa yang dia inginkan.
Sehinggakan dia mencuba cara yang baharu untuk membalas dendam dengan cara membunuh saja Haera termasuk saudara kandungnya sendiri.
Bila tiba masanya, Haera dan Lee Yeon Gyu ditemukan mati disebabkan kemalangan. Bila dibedah siasat, terdapat kesan kelaran di leher mereka berserta beberapa tembakan di setiap sudut tubuh badan. Begitu mengerikan. Itu bermakna mereka mati bukan disebabkan kemalangan, tetapi dibunuh oleh seseorang. Mesti ini semua berlaku atas satu perancangan.
Haera meninggalkan kelapan-lapan anaknya yang masih kecil, begitu juga Lee Yeon Gyu. Lee Yeon Gyu terpaksa menghantar anak lelakinya kepada pengasuh di kota Seoul. Sehingga kini, anak lelakinya tidak tahu punca kematian bapa kandungnya. Dia tidak tahu dari mana asal usulnya dan dia tidak tahu identiti sebenar si bapa.
YOU ARE READING
°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔
FanficSemua akan berulang semula, mungkin lebih menyakitkan. Pengembaraan apa pula yang akan dihadapi oleh si gadis kecil ini? I mean ya Yoo Jaerim~ Start: 15/03/20 End : 15/01/21