◈72◈

1.1K 159 109
                                    

3 Hari Kemudian



"Yugyeom, macam mana dengan hari kau? Ok?" soal Mingyu. Kedua-dua jejaka itu mengambil angin sebentar di laluan taman rekreasi. Bunga serta daun yang gugur dari pokok di sepanjang laluan tersebut menjadi perhatian Yugyeom yang sudah lama terperap lama di kediamannya.





"Ok. Aku dah lega sikit. So, macam mana dengan perkembangan kes yang kau tengah bincang sekarang ni?






"Ouh semua baik-baik je. Berkaitan dengan kes pembunuhan Mafia Haera termasuk appa aku, dah selesai dibincangkan di mahkamah. Kalau nak berkas semula pembunuhnya, tidak boleh juga. Masa kejadian, pembunuh baru berumur 5 tahun dan ianya berada di bawah had umur. Tidak akan diambil tindakan." terang Mingyu.








"Jadinya, Jungkook terlepas?"





"Yup. Kalau dibicarakan semula, dia boleh je ditangkap dan dijalankan hukuman bunuh seperti biasa. But hmm as you know Jungkook dikawal bukan? Dalangnya si Dong Hyeong. So dia lah yang patut terima hukuman tu."








"T-Tapi Dong Hyeong dah mati...."






"Sebab kau yang bunuh dia. Thanks bro, kau dah mudahkan kerja polis AHAHAHAHAAHAHAH!!!" dekah Mingyu sambil menampar kasar bahu Yugyeom. Disebabkan hatinya geli, Yugyeom turut ketawa. Kedua-dua jejaka yang gelak mengalahkan langsuir itu menjadi perhatian orang di sekeliling.








"Erm jadinya, kau nak teruskan dengan Zeus?" soalan Yugyeom mematikan ketawa Mingyu perlahan-lahan. Langkah Mingyu terhenti dan langsung membuatkan Yugyeom menghentikan langkahnya.







"Ikut wasiat appa aku, memang aku akan jaga Zeus selepas kematian dia. Dan aku patut jalankan amanah." balas Mingyu dengan sedikit tersenyum. Yugyeom begitu teruja mendengarnya. Akhirnya anak kepada bekas King Zeus itu sendiri yang kembali memegang kuasa.








"Aku sudi terima kau sebagai King baru dalam puak ni." balas Yugyeom membuatkan Mingyu ketawa kecil. Tidak sangka Yugyeom seteruja sampai tahap tu.







"Tapi kan, bila difikirkan balik. Aku tak patut tinggalkan kerja lama aku Yugyeom. Kalau ada masalah apa-apa yang berkaitan dengan mafia lepas ni, siapa lagi yang akan tolong korang. So..." Mingyu melangkah kaki dan berjalan ke hadapan. Yugyeom masih tercegat di situ.











"....maybe aku patut kekalkan diri aku sebagai seorang inspektor. Mungkin kita nampak seperti musuh di mata orang lain. Tetapi kita adalah satu keluarga disebaliknya. Jadi Yugyeom..." Mingyu berhenti dan berpaling ke arah belakang. Mata mereka berdua saling bertatap.










"Aku serahkan Zeus kepada kau. Jaga puak ni dengan kuasa yang kau ada Yugyeom. Kau yang lebih layak sebagai boss diorang."










_______◈♕◈_______

Bandar Seoul kembali sibuk seperti biasa, cuaca yang begitu terang dengan sinaran cahaya matahari. Tidaklah begitu panas dengan tiupan angin yang agak menyejukkan.







"So, kita digantung misi sampai bulan depan?" soal Namjoon sambil melihat suasana bandar ibu kota negara tersebut dari tingkap bangunan hospital. Jimin sekadar senyap dan hanya mendengus kasar. Itu pun sudah cukup sebagai jawapan ya.





Namjoon mengalih pandangannya sekilas ke arah Jimin, dilirik anak matanya tepat ke arah subang milik Jimin yang tergantung kemas di cuping telinganya.






°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now