◇•61•◇

1K 123 45
                                    

Talian terputus. Yoongi begitu hairan dengan alat penghubung yang terpasang di telinganya itu. Diketuk beberapa lagi bagi menyambungkan semula talian dengan Ryujin.




"Kenapa Yoongs? Lost connection?" soal Namjoon. Yoongi melepaskan keluhan berat, ada sesuatu yang tidak kena tadi. Sepertinya ada masalah di Itaewon, namun terputus pula saat Ryujin mahu mengatakan sesuatu kepada mereka.

Mungkin hutan yang agak tebal ni menyekat rangkaian. Tapi, kalau iya pun Yoongi dah akses kesemuanya siap-siap. Tak pernah lagi alatnya menghadapi masalah seperti ini.






Mereka sudah menemui tempat yang tercari-carikan itu. Sebuah gudang kecil, dinding kayunya separuh rapuh. Agak berdebu dan dilitupi dengan daun-daun semak. Begitu seram, nampak sangat orang tak berani nak sentuh gudang ni. Dibiarkan terbiar macam tu buat tempoh yang sangat lama.


Kenapa eh?






Kata Lisa tempat ini dibina untuk pengawal-pengawal keselamatan yang mengawal kawasan yang luas ni. Gudang ni juga adalah pusat keselamatan cctv dan. Tidak hairanlah jika rakaman itu masih ada tersimpan di sini. Cumanya mereka perlu cari.






"Semua komputer di sini dah rosak." kata Yoongi selepas memeriksa keadaan komputer-komputer yang sudah berdebu di dalam gudang kecil itu. Agak kecewa, jadinya macam mana nak cari rakaman tu? Yoongi tetap berusaha untuk memproses tempat itu. Lelaki itu juga dibantu oleh beberapa orang ahli Hera Rose yang lain.






Jimin pula mendapat panggilan oleh seseorang, maka dia terpaksa berganjak sedikit ke belakang dan cuba berselindung disebalik dinding. Siapa pula yang call ni?










Gyu Kechik

What? Beomgyu? Begitu mendalam keinginannya untuk menjawab panggilan tersebut. Terlalu rindukan insan yang sudah dianggap sebagai adik kandung sendiri. Jimin terhenti, bila difikirkan semula...bukannya Beomgyu kini berada di dalam tangan Zeus? Jadi ini siapa? Takkanlah Beomgyu?










_______◇♡◇_______

"Kook, kau ingat lagi kes pembunuhan pada bulan lepas. Dah heboh satu Korea tapi sebarang tindakan tak boleh nak diambil untuk si pesalah." ujar Namjoon dengan nada yang mendatar ke arah Jungkook. Sambil-sambil itu mereka menunggu sehingga rakaman itu berjaya dijumpai. Jungkook yang berdiri di sebelah jejaka itu hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu. Mungkin dia sudah lupa.






"Why? Kenapa tak boleh? Kesalahan membunuh bukan?"




"Because the murder is only four years old. He killed his own mother because of mental stress due to physical abuse from his own mother. That's why. Tidak logik bukan?" sambung Namjoon lagi, kali ini dia membisik membuatkan Jungkook terdetik sesuatu yang kurang senang. Budak berumur empat tahun...bunuh ibu kandung sendiri? Ianya sungguh dahsyat.






"Bagi aku logik. Because you know what, mental stress can be experienced by humans regardless of age. If the stress level exceeds, don't be surprised if that kid decides to stop it in a cruel way." jelingan tajam dilemparkan ke arah kedua-dua anak mata Jungkook. Lelaki itu menelan air liur pahit, apa yang Namjoon mahu maksudkan sebenarnya ni? Rasanya ini kali pertama dia melihat wajah Namjoon yang begitu menggerunkan itu.







"Apa tujuan hyung gitau pasal ni—"




"Is it related to you too?" Namjoon memotong percakapan Jungkook. Lelaki itu berdecit kecil dan terganjak sedikit kakinya ke sisi. Wajah Namjoon semakin menakutkan.




°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now