>Last Moment<

1.3K 163 60
                                    

–Throwback–



"Oppa, oppa suka tak kalau someone tu kasi hadiah masa bufday? Mesti best kan?" soal Jaerim sambil melihat Yoongi yang asyik menoreh pokok dengan pisau lipatnya. Jejaka itu tidak membalas apa-apa dan terus merosakkan kulit dahan pokok dengan kejam. Jaerim kembali diam dan melihat kawasan sekeliling hutan yang tebal itu.







"Seumur hidup aku...aku tak pernah dapat hadiah daripada sesiapa." jawab Yoongi akhirnya. Intonasi suaranya yang mendatar saja membuatkan jiwa Jaerim terasa bersalah.







"Dan aku tak pernah kasi hadiah dekat sesiapa masa birthday diorang." sambung Yoongi lagi, lelaki itu bangun perlahan-lahan dan menepuk debu tanah yang terlekat di seluarnya. Jaerim sekadar mengetap bibir.








"Kenapa?" soal Jaerim ingin tahu. Yoongi menyimpan semula pisau lipat ke dalam poket lalu menyumbatkan kedua-dua tangannya ke dalam poket jaket. Lelaki itu tersenyum kecil tanpa pengetahuan daripada Jaerim.








"Aku takut kalau aku tak dapat nak hargai apa yang diberi oleh diorang. Kalau benda tu terlalu berharga bagi aku, aku tak tahu cara bagaimana aku nak balas balik penghargaan tu...



...dan kalau aku kasi hadiah dekat orang lain pun...aku takut diorang tak dapat menghargai apa yang aku bagi. Sebab, you know, aku tak pandai membuatkan seseorang tu menghargai sesuatu yang aku bagi. Apatah lagi diri aku sendiri. S-Sorry, overthinking aku memang bangang macam ni." Yoongi menggeleng sekilas dan mula mengorak langkah pergi.








"Jae akan terima! Dan J-Jae akan buatkan oppa manusia yang penuh berharga buat hidup Jae! Itu janji Jae!" jerit Jaerim membuatkan langkah Yoongi terhenti. Kedua-dua mata lelaki itu terbuntang luas dan kembali beralih ke arah adik perempuannya itu. Jaerim menayangkan senyuman manisnya.







"I will. Biarlah orang lain tak hargai, tapi Jae akan terima."





"Birthday kau bila?" Yoongi mengubah topik. Jaerim terhinjut kecil, alamak macam tahu-tahu saja topik ini nak dibawa bincang. Dia nak bagi hadiah la tu~






"Erm tak lama dah erm lebih kurang sebulan lagi. Kenapa?" balas Jaerim sambil bermain dengan jari sendiri. Secara tidak sengaja, Yoongi tersenyum kecil dan menumpukan pandangan ke arah Jaerim.









"Kau suka apa?"







"What?"







"Kau suka apa? Apa-apa yang kau suka?"








"I like this family." jawab Jaerim dengan senyuman riang. Yoongi tergamam, terharu juga mendapat jawapan sebegitu namun disebaliknya ada sesuatu yang tidak menyenangkan jiwanya. Kepala Jaerim diusap sekilas dengan senyuman tipis. Dia cuba untuk tidak menggugurkan air mata.








Sejak dia sudah tahu kelemahan Jaerim, Yoongi tidak lena hampir dua hari lamanya memikirkan nasib adik perempuannya itu. Ya, dia sudah tahu terlebih dahulu sebelum Jaerim bertemu dengan Mr Hyuk.




Mafia 01 cintakan Jaerim, silap hari Jaerim juga akan menumpang jiwa bersama jejaka durjana itu. Namun apakan daya, semuanya sudah terlambat. Jika nyawa Mafia 01 terhapus sekalipun, itu tidak semestinya dapat melegakan jiwa Jaerim. Kerana dia sudah sayangkan lelaki tersebut.






Jika mereka masih hidup dan mempertahankan nyawa Jaerim pun, keselamatan orang lain juga akan terjejas. Makin ramailah orang yang akan mati di dalam tangan Mafia 01. Lelaki itu hanya mahukan nyawa anak-anak Mafia Haera, dia tidak akan bunuh Yoo Jaerim.








Sehinggalah Yoongi menangis hingga terduduk di hadapan Mr Hyuk, "Ahjussi tolong jaga Jae, saya merayu. Buat apa-apa sahaja, hanya senyuman dia pun cukup melegakan kami."







Sekali ditanya, Yoongi membisukan diri. Hanya berdiamkan diri sedangkan dia sudah tahu perkara yang sebenar. Tidak sia-sia dia berjaga malam demi mencari identiti sebenar Mafia 01. Rupa-rupanya....







Itu sebab Yoongi tidak terlalu menggugurkan air mata saat menerima kehilangan seorang demi seorang saudaranya. Kerana dia tahu, itu merupakan satu kesilapan besar baginya yang membiarkan identiti Mafia 01 terus tersembunyi dan melepaskan nyawa saudaranya begitu sahaja.







Segala yang dia lakonkan seperti tidak tahu apa-apa cukup menyakitkan dirinya sendiri. Sehingga dia sanggup melepaskan tamparan ke wajah Jimin semata-mata mempertahankan seseorang yang telah membunuh saudara mereka yang lain.






Semua itu demi Jaerim.





Mungkin Jaerim akan lebih bahagia hidup bersama dengan insan yang lebih dia sayangi.











"Kau dapat u-ubah hidup Jae bukan?" kepedihan daripada tusukan di lehernya tidak menghalang dirinya untuk terus bersuara. Jejaka berserba hitam di hadapannya terhenti langkah, dipusing ke belakang semula untuk menghadap tubuh Yoongi yang sudah terkulai lemah.






"A-Aku harapkan kau dapat beri kebahagiaan untuk dia lebih d-daripada kami....janji dengan aku...." suaranya kian perlahan, namun senyuman tetap terukir di bibirnya yang sudah pucat.









"Jadi ahli keluarga yang terakhir...yang boleh terus buat dia tersenyum. Treat her like your sister...j-jangan mati. Aku h-harapkan kau Kook...aku harapkan kau." mungkin itu sahaja ayat-ayatnya sebelum melepaskan nafas yang terakhir di pangkuan adik perempuan bongsunya. Bila difikirkan, rasa bersalah pula kalau pergi dulu meninggalkan Jaerim keseorangan.









Tapi Yoongi yakin, Jungkook si Mafia 01 itu dapat lakukan sesuatu untuk menukar kehidupan Jaerim kepada yang baharu tanpa mereka tujuh orang yang lain.

















"Helu mengelamun apa tu? Jae dah bagi jawapan." tegur Jaerim yang mematikan lamunan Yoongi. Jejaka itu berkedip dan kembali serius. Lama juga dia terbang di awang-awangan.







"Kau tak menyesal suka keluarga ni?"







"Eh kenapa pula? Mestilah suka, kita akan hidup sekali buat masa yang lagi panjang bukan? Please be happy!" balas Jaerim geram. Yoongi hanya ketawa kecil dan kembali menggosok kepala Jaerim sehingga rambut gadis itu serabai. Keyakinan budak ni tinggi.













"I hope so, dah jom balik. Dah nak malam."














Mungkin hadiah yang berupakan ukiran kayu bernamakan gadis itu tidak sempat untuk diberikan. Usaha Yoongi sendiri berjaga malam untuk siapkan ukiran itu dengan pisau lipatnya sendiri. Namun apakan daya, masanya untuk pergi terlalu awal.





Dia mengharapkan agar Jaerim menerima seadanya keluarga itu sebagai hadiah terbesar dan berharga buatnya sehingga ke hujung nyawa. Walaupun mereka semua sudah tiada.













–End–

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 14, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now