Pemetik api ditenungnya lama, malah fikirannya asyik mengimbas perkara yang sudah berlalu. Sejak Dong Hyeong memulakan kerja gila, tabiatnya untuk mengambil asap merbahaya itu tertangguh lama. Jimin mengeluh kecil, mungkin dia perlu berhenti merokok. Pada masa yang sama juga, adik perempuan bongsunya cukup bencikan asap nikotin itu.
Suasana dapur yang begitu sunyi, semua orang sibuk dengan kerja seharian masing-masing. Jimin mengeluarkan telefon bagi menghubungi Taehyung yang masih tidak pulang ke rumah. Katanya dia perlu beli barang keperluan rumah atas arahan Seokjin, Yoongi pula tengah beradu di ruang tamu.
Namjoon mengambil angin di belakang rumah dengan meluangkan masa dengan bahan bacaannya. Agak bosan sepanjang tempoh kerja mafia mereka digantung. Jalani kehidupan seperti orang biasa, begitu menenangkan plus bosan.
"Jeon, ada sesuatu yang kau nak cakap?" tegur Jimin ke arah seseorang yang bersembunyi disebalik dinding. Jungkook terhinjut kecil, tidak sangka Jimin boleh mengesan keberadaannya di situ. Jungkook menggaru belakang kepalanya dan berjalan menghampiri meja. Kerusi ditarik perlahan lalu melabuhkan punggung di sisi abang kelimanya itu. Keadaan kembali senyap.
"Kenapa? Nak mengadu something?" soal Jimin lagi. Jungkook menggeleng perlahan sambil melihat corak kecil yang baru saja terhasil di pergelangan tangannya. Jimin turut mengalihkan pandangan ke arah yang sama. Ada sesuatu kekurangan yang Jungkook mahu bincangkan?
"Layak ke orang macam aku nak diberikan kod yang tinggi?" Jungkook persoalkan semula. Jimin tersenyum tipis, dah agak. Tiada soalan lain dah, nombor 06 itu terlalu tinggi baginya. diJimin menepuk perlahan belakang Jungkook berkali-kali. Selepas perjumpaan dengan barisan mafia atasan, mereka bersetuju untuk menentukan semula kedudukan kod kelapan-lapan anak Haera tersebut. Jimin sebagai ketua terima saja keputusannya.
Namjoon kekal dengan kod 02 dan akan terus pimpin Jimin sebagai 01 dan juga underboss Black Ares. Seokjin bertukar tempat dengan Yoongi atas kemahuan daripada si sulung itu sendiri. Maknanya, Yoongi kini merangkap sebagai mafia Black Ares berkod 03, ketua bagi consigliere dengan kepakarannya dalam mengendalikan alat teknologi serta menggodam. Manakala Seokjin diteruskan dengan kod 04, tugasnya hanya membekalkan senjata dan mencipta alat-alat yang baru untuk kemudahan misi puak tersebut.
Taehyung kekal dengan kod 05. Walaubagaimanapun, tugasnya sebagai capo bagi puak tersebut cukup berat. Di mana Taehyung akan lead golongan kod berkelas bawahan bahagian serangan (soldier). Golongan tersebut terdiri daripada mafia yang berkemahiran dalam misi membunuh mahupun serangan. Hoseok yang sudah bertukar kepada mafia berkod 07 berada di dalam golongan soldier yang akan dikawal oleh Taehyung. Termasuk juga Jungkook yang kini sudah memegang kod bernombor 06.
"Aku pun rasa tak layak nak pegang 01. You're not alone Jeon." ujar Jimin yang melihat sendiri tatu 01 di kulit tulang selangkanya itu melalui kamera telefon.
"Unless we try. Betul kan? Kau kena usaha jadi yang terbaik, aku juga." sambung Jimin dengan senyuman manis, Jungkook sekadar tertunduk dan mengangguk perlahan.
"Terima kasih sebab tembak aku haritu." Jimin memudarkan senyuman saat terdengar ucapan aneh lelaki itu. Jungkook mendongak semula dengan pandangan yang tertumpu ke arah lain, "Aku hampir nak bunuh Jae. Dan aku tak sangka peluru kau masih boleh beri peluang untuk aku hidup." ucap Jungkook lagi. Jimin mendengus perlahan, susah betul dia nak lupakan perkara yang sudah lepas.
"Sama-sama. Nyawa tu mahal walaupun tak boleh dijual beli dengan wang. Bergantung kepada nasib, dan aku takkan biarkan nyawa kau diambil dengan nasib yang hampir diburukkan oleh diri aku sendiri. Sebab kau adik aku, Jae pun adik aku. Tanggungjawab aku untuk jaga korang." balas Jimin panjang membuatkan Jungkook tidak mengedipkan mata. Senyuman perlahan-lahan muncul di bibirnya, Jungkook akhirnya tersenyum dengan pandangan yang tidak putus ke arah Jimin.
YOU ARE READING
°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔
Fiksi PenggemarSemua akan berulang semula, mungkin lebih menyakitkan. Pengembaraan apa pula yang akan dihadapi oleh si gadis kecil ini? I mean ya Yoo Jaerim~ Start: 15/03/20 End : 15/01/21