◇•65•◇

1.1K 140 122
                                    

Yoongi masih tidak sedarkan diri dan terbaring di atas katil, Lisa sekadar melihat saja anak buahnya yang sedang mengubati lelaki tersebut di muka pintu. Kecederaannya begitu teruk, mungkin memerlukan beberapa jam lagi untuk Yoongi sedar. Gadis itu bergerak ke tingkat bawah dan ingin berjumpa dengan Namjoon di ruang tamu. Kelihatan mafia berkod 02 itu juga masih dirawat, Mingyu turut berada di situ sambil membincangkan sesuatu.





Namjoon merintih sakit saat kapas ditempek di sisi keningnya, tak apa baginya kerana itu hanya luka yang kecil sedangkan ia memerlukan jahitan. 







"Jadinya.....Jungkook tak bersalah dalam kes ni?" soal Namjoon bagi kepastian yang terakhir selepas Mingyu menjelaskan segalanya atas apa yang terjadi. Lelaki yang bergelar pemimpin buat keluarganya itu tertunduk ke bawah, kedua-dua tangannya dikepal kuat tanda geram terhadap diri sendiri. Mingyu cuba menenangkan lelaki itu dengan menepuk perlahan bahunya.






"Aku minta maaf, aku tak sepatutnya nak tembak dia. Situasi terlalu panik, aku terlalu ikut perasaan." ujar Mingyu dengan sedikit ketaran. Takut-takut jika Namjoon bertukar fikiran untuk melepaskan kemarahan terhadapnya atas apa yang dia cuba lakukan kepada Jungkook selepas tayangan rakaman tersebut. Namun, jangkaannya silap. Namjoon sekadar menayangkan senyuman segaris.







"Sepatutnya salah aku yang tak halang kau. Aku abang dia, aku dah kecewakan semua orang sebagai pemimpin. Aku tak membela keluarga sendiri sebelum menemui jawapan. Sekarang....aku dapat apa yang aku buat. Aku dah menyusahkan korang termasuk darah daging aku sendiri---" Namjoon kembali tertunduk dengan kedua-dua matanya berkaca. Lisa yang mendengar kesemua luahan lelaki itu mengambil tempat duduk di sebelah Mingyu. Mereka berdua saling berbalas pandangan, tak tahu nak kasi respon apa-apa.






Setakat mafia berkod 02 pun menangis kerana buntu, apatah lagi mereka yang sekadar pihak yang ingin membantu. Habislah, walaupun Namjoon dalam keadaan cedera, dia tetap mahu teruskan perjuangannya untuk menjatuhkan Zeus. Ya, jatuhkan bapa tirinya yang durjana itu. Kini, mereka hanya perlu menunggu arahan daripada polis untuk memulakan misi. 





Yoongi sahaja yang ada bersamanya, tertanya juga akan saudaranya yang lain. Namjoon terus merenung ke arah cermin mata yang kini dipegangnya. Cermin mata yang telah dicipta oleh seseorang untuknya. Direnungnya begitu lama dengan kelopak mata yang tidak berkedip sehinggalah terdetik satu pertanyaan di kepalanya. Jin hyung? Sekejap---







"Mana diorang bertiga? They're safe right?? Aku tahu Taehyung dapat selamatkan Jin hyung dengan Hobie m-mana diorang?? Mana Jungkook? Jimin? Mana adik perempuan aku? Jaerim ada dengan korang juga bukan?? Tell me!" soal Namjoon bertubi-tubi dengan terburu-buru. Lelaki itu bingkas bangun dan cuba untuk mencari mereka. Mingyu menahan Namjoon dan mengarahkan agar lelaki itu bertenang. Lisa turut cuba menolak semula tubuh Namjoon untuk duduk semula di atas sofa.







"Namjoon listen please---"


"Where are they??!! Aku yakin diorang ada di sini!" bantah Namjoon lagi. Sumpah dirinya bagai telah dirasuk, akhirnya terpaksa juga Mingyu beritahu perkara yang sebenar walaupun dia sudah dapat menjangka jawapannya itu dapat menggores hati Namjoon.






"Sumpah aku tak tahu! Kami lost connection dengan diorang! Maafkan aku..." jawab Mingyu membuatkan Namjoon terkesima. Matanya luas membulat dengan bibir yang pucat, mulalah fikirannya memikirkan sesuatu yang tidak baik. Takkanlah mereka sudah berada di dalam tangan Zeus? Lebih teruk jika Taehyung.....






Namjoon tidak berlengah panjang dan terus bergerak ke tingkat atas untuk bertemu dengan seseorang. Mingyu dan Lisa kejar saja dari belakang, apa pula kali ni?




°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now