Noted :
Entahla, sumpah feeling taip chap ni sambil dengar laju From Now On dari filem The Greatest Showman. Air mata macam air terjun huhu:) Rasa nak peluk semuorang gitew~ Baca sambil dengar piano version punya.
Also Stay by Blackpink (Piano Version/Music Box)
_______◆♕◆_______
Suara tangisan anak kecil yang memenuhi ruang tamu. Para gadis mahupun kaum hawa berkumpul bagi menenangkan anak kecil yang tidak berdosa itu. Bagaikan hilangnya ratu di dalam pertarungan catur, kini Hera Rose berkeadaan tidak terurus. Haeri sudah meninggalkan mereka termasuk bayinya yang masih perlukan usapan kasih sayang seorang ibu. Masing-masing menjatuhkan air mata tanda berkabung atas kematian ratu yang amat disanjungi.
Anak itu terlalu dahagakan titisan susu badan ibunya, namun apakan daya Haeri sudah tiada. Sehinggakan salah seorang ahli Hera Rose menawarkan diri untuk menyusukan anak kecil itu. Alang-alang dia pun baru seminggu melahirkan anak. Mereka kembali senyap membisu menantikan jawapan daripada timbalan ketua bagi puak mafia tersebut, Lisa. Gadis itu masih berseorangan diri di atas rooftop dengan wajahnya tertunduk. Terlalu perit untuk menerima pemergian seorang insan yang sudah dianggap sebagai ibu kandung sendiri.
Beberapa orang ahli Hera Rose cuba naik ke atas untuk menegur rakan semafia mereka itu. Masing-masing menelan air liur pahit, terlalu gerun untuk mendekatkan diri dengan Lisa yang sudah murung teruk.
"Lisa unnie, apa kita nak buat? Unnie masih bersangka buruk dengan diorang? I mean Black Ares erm" tegur Minju dengan sedikit gerun, bersembunyi pula di belakang Chaewon. Mereka yang lain juga menayangkan reaksi yang sama menandakan mahu bertanyakan soalan yang sama.
Memang itu kebiasaan mereka, cukup takut untuk mendekati Lisa kalau gadis itu tidak bercakap seharian. Nampaknya moodnya memang tak baik another level, siapa je yang tak sedih? Lisa tidak berpaling ke arah mereka malah mengarahkan mereka untuk pergi dari situ.
Terpaksa mereka panggil ahli Hera Rose berkelas atasan untuk datang ke situ bagi terus memujuk Lisa. Mereka tetap berkeras tidak mahu beredar, itu cukup menyemakkan kepala Lisa.
"Lisa, listen here." datang rakan sekerja Lisa atau lebih dikenali sebagai rakan karibnya itu lalu menyentuh kedua-dua bahunya. Lisa tidak bergerak, lemah longlai bagai patung walaupun tubuhnya digoncang kuat. Mereka tidak putus memberi nasihat dan semangat untuknya untuk terus kuat daripada terus bertenung begitu. Lisa sepertinya sudah berputus asa.
"Dah tak boleh nak buat apa Jen--" itu sahaja yang keluar daripada bibirnya. Intonasi suaranya yang redup dengan kedua-dua matanya menakung air jernih, cukup membuktikan bahawa hatinya sudah luluh. Tidak mempunyai harapan untuk terus menjaga Hera Rose, dia juga sudah tidak bersemangat untuk buat apa pun yang berkaitan dengan kerjayanya sekarang ini.
"Sis, kau still ada kitorang. Kau dah lupa janji kau dengan Queen Haeri? Dia nak kita terus jaga Hera Rose k-kalau dia dah tak ada suaru hari nanti. Sis, dia dah tak ada hiks kau dah lupa? Kita sama-sama berkongsi sakitnya kehilangan dia, please kau kena bangun Lisa. Please stay, kau ada kami." pujuk Jennie menahan sebak sambil menekup kedua-dua pipi rakan karibnya itu. Lisa sekadar menggigit bibir bawahnya, kepalanya ditarik perlahan untuk masuk ke dalam dakapan Jennie. Dipeluk dengan penuh erat, pelukan mereka disertai juga dengan ahli Hera Rose yang lain.
YOU ARE READING
°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔
FanficSemua akan berulang semula, mungkin lebih menyakitkan. Pengembaraan apa pula yang akan dihadapi oleh si gadis kecil ini? I mean ya Yoo Jaerim~ Start: 15/03/20 End : 15/01/21