◈Final Chapter◈

1.4K 189 240
                                    

Song:
-Blue & Grey
-Awake
-The Truth Untold
-I Need You [Piano Version]

_______◈_______

Dia dah tak ingat siapa aku? Aku tak salah dengar bukan? Dia langsung tak ingat siapa Yoo Jaerim. Kenapa perlu ditakdirkan nasib aku macam ni?

Setiap perkara termasuk memori silam bersama abang yang lain, dia ingat. Ya, dia ingat semuanya. Akan tetapi, nama dan wajah aku langsung tidak tersimpan di dalam ingatannya. Apatah lagi memori yang sudah lepas. Aku kecewa.


Itu mungkin menjadi berita baik bagi aku, disebaliknya ada juga sesuatu yang dapat membuatkan senyuman aku muncul.



"A-Ahjussi!!" aku berlari pantas ke arah seorang lelaki yang sudah lama aku rindu. Didakap tubuhnya yang masih berpakaian hospital dengan erat sekali. Aku tidak sangka bahawa Mr Ahn masih lagi hidup dengan jasa seseorang. Mr Ahn ditempatkan di hospital yang lain dan berada di wad khas untuk warga emas.



Eunwoo bercekak pinggang teruja. Ya, jasa dia yang selamatkan Mr Ahn secara senyap keluar daripada kurungan Dong Hyeong. Kerana dia tahu Mr Ahn adalah satu-satunya bapa angkat yang telah mengasuh lapan orang anak Mafia Haera. Malah, dia juga ahli terlama Black Ares. Mungkin Mr Ahn cukup berguna bagi kami, jadinya Eunwoo selamatkan lelaki itu.


Termasuk seorang lagi.







"J-Jimin hyung...." panggil seseorang yang baru saja datang bersama Lisa termasuk beberapa orang ahli Hera Rose. Jimin terbungkam saat bertentang mata dengan insan tersebut. Terus kedua-dua matanya berkaca dengan senyuman yang semakin lebar.






"Gyu..." Jimin mendepakan tangan untuk menyambut pelukan Beomgyu yang berlari ke arahnya. Pelukan di antara kedua-dua anak muda itu diperhatikan saja oleh mereka yang lain yang turut menumpang gembira. Tidak terkira lama mereka berpisah, sangkaan untuk tidak berjumpa lagi kini menjadi jenakan. Akhirnya, mereka dapat bertemu semula.






Dalam kegembiraan mereka, tidak terdetik untuk menarik jiwa aku. Aku masih berdiri di situ dengan wajah yang kosong. Tangan yang masih berada di dalam genggaman Mr Ahn semakin menggigil kerana kecewa. Masih rasa kecewa dengan apa yang berlaku kelmarin. Mr Ahn dapat rasakannya.







"Wait, sekarang musim luruh? Baru aku perasan hyung. Maksudnya dah masuk bulan July?" soal Namjoon ke arah Seokjin. Seokjin mendongak ke sisi dengan bibir yang mencebik.


"Joon, sekarang dah tengah bulan August." balas Seokjin dan kembali bersandar di kerusi rodanya. Namjoon sekadar mengangkat kedua-dua kening, ouh ya dia lupa. Namjoon menggaru dagu yang tidak gatal. Selang beberapa saat, kedua-dua jejaka itu bagai dikejutkan dengan sesuatu perkara.





"Sekejap. A-August.....?"







_______◈♕◈_______

Oh, Jungkook hilang ingatan? Dan satu-satunya perkara yang hilang dari memorinya hanyalah Yoo Jaerim. Mereka begitu terkejut mendengarnya, lebih-lebih lagi Mr Ahn. Jungkook masih ingat Mr Ahn, bertambah kecewa buat Jaerim.



Bilik yang luas itu menjadi tempat berkumpul mereka. Mingyu dan Yugyeom turut datang melawat Mr Ahn. Diri Jungkook menjadi perhatian mereka dengan soalan merapu.





"Jeon, takkan kau tak ingat Jaerim? Adik perempuan kau kot! Sengaja eh kau" soal Mingyu yang membawa nada yang mengejek. Jungkook tersengih kecil lalu mengalihkan pandangan ke arah Jaerim yang berdiri di hadapan pintu. Senyumannya langsung pudar dengan jelingan yang tajam.






°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now