Mingyu menonton kesemua klip cctv yang terekam di sekitar bangunan yang diserang kelmarin, bank negara termasuk hospital swasta tersebut. Bilik yang gelap bertemankan cahaya komputer itu membuatkan Mingyu bertambah gerun. Persoalannya sekarang ni;
1) Siapa dua orang yang ceroboh masuk ke dalam bank tu? Ahli Black Ares jugak ke? Kalau iya pun kenapa mereka saling berbalas serangan? Ehh tak tak tak.
2) Siapa pula yang serang hospital? Siapa lelaki misteri disebalik topeng hitam tu?
3) Lelaki yang cederakan diri sendiri tu...anak Mafia Haera?
Mingyu meramas rambut sendiri kerana serabut, dia belum kenal siapa anak lelaki bongsu kepada bekas ketua mafia yang paling merbahaya itu. Ouh ya, dia Jeon Jungkook?
Kenapa Mingyu tak tahu pun selama ni? Ahhh Mingyu cuba selidik lagi berkenaan lelaki itu dan termenung seketika. Jungkook jarang dikenali oleh mana-mana barisan mafia dan jarang menyertai misi. Sehinggakan puak mafia yang lain menganggap bahawa anak itu tidak wujud dalam kerabat Haera dan bilangan anak Mafia Haera hanyalah 7 orang sahaja termasuk Jaerim. Jungkook dipinggirkan? Tapi kenapa?
"Tuan? Nak coffee?", sapa seseorang di muka pintu sambil membawa dua cawan berisi kopi panas. Mingyu membalas senyuman dan mengangguk sekali. Agak penat merangkap sebagai seorang detektif dan disebaliknya menyamar sebagai seorang mafia.
Mingyu terpaksa menipu ahli Bishop yang lain bahawa dia seorang citizen yang biasa, tiada terikat dengan pihak berkuasa. Pihak polis pun tak tahu bahawa Mingyu menyamar sebagai seorang mafia. Dia lakukan semua ini untuk satu misi rahsia yang belum ditemui penyelesaiannya. Menyamar sebagai mafia untuk mendekatkan lagi dirinya dengan mafia yang lain...
...bagi memburu pembunuh kepada bapanya. Mingyu ditinggalkan semasa berumur 5 tahun, tiada ibu. Bapanya pula mati dibunuh, dia menyimpan dendam itu hingga mencecah umur dewasa. Punca kematian bapanya belum diketahui. Masih menjadi satu misteri.
Menjadi persoalan juga, jika ayahnya seorang polis.....kenapa Mingyu ditinggalkan satu corak tatu yang tidak seorang pun yang tahu. Ayahnya seorang mafia juga? Tak mungkin. Tatu itu tertacap di bahagian belakang bahu kanannya. Sampai sekarang Mingyu masih tertanya......adakah itu corak sebagai tanda seorang geng mafia juga? Dia harapkan tidak.
"Tuan rasa betul ke serangan ke atas bank negara tu berpunca daripada Black Ares sendiri?", soal anak buahnya atau lebih dikenali sebagai seorang polis itu. Mingyu hampir tersembur kopi.
"N-No kenapa kau cakap tu kerja Black Ares??", Mingyu cuba untuk mempertahankan puak tersebut. Dah agak, mesti polis yang lain pun turut anggap puak itu yang menjadi dalang semuanya. Dah takde puak lain dah yang nak dituduh.
"Berdasarkan daripada kajian Inspektor Ji, mereka jumpa bahan bukti di mana ahli Black Ares adalah punca kerosakan bank negara dan kehilangan berlian Scorpio. Kita dah ada bukti tuan.", terang anak buahnya. Mingyu tergamam, sepatutnya mereka mesti jumpa mayat dua orang misteri tu.
Dengan mayat dua orang itu, dapatlah Mingyu asah otak seorang demi seorang.....bukan ahli Black Ares yang menyerang bank tu. Tapi puak yang lain. Mingyu sendiri dah tahu macam mana plan Black Ares, mereka tidak akan cetuskan pertumpahan darah.
"Ada dua orang mayat yang berpakaian serba hitam yang patut diorang jumpa.", ujar Mingyu.
"Tak. Tak ada pun tuan."
"W-What...?", Mingyu tergamam. Sepatutnya mayat tu ada di bahagian tanggan, dia yakin, Tapi, ke mana pula mereka menghilang?
"Tapi mereka jumpa cermin mata seseorang yang agak mencurigakan tuan.", sambung polis itu. Mingyu kembali beralih ke arah anak buahnya dengan pipi mengembung, kopi tak dapat nak ditelan. Nak tahu apa yang menggerunkan Mingyu, jangan cakap cermin mata itu milik....
______♔______
"Aku tak percaya kalau kau tetiba boleh selamatkan Hoseok macam tu je. Habis kenapa kau tak contact kami? Baru sekarang kau nak serahkan Hoseok?", bentak Yoongi selepas hampir 10 minit perbincangan mereka. Hanya tinggal Yoongi dan Namjoon sahaja yang berada di dapur.
Jin dan Jaerim pula diarahkan oleh Namjoon untuk menemani Hoseok di dalam bilik. Untuk keselamatan, takut-takut Dong Hyeong buat sesuatu yang tak diduga pula nanti terhadap mereka.
"Yes, aku arahkan ahli Black Ares yang lain untuk pergi ke hospital. Aku tahu Hoseok dalam keadaan bahaya, itu pun kau tak boleh percaya lagi?", balas Dong Hyeong dengan menyilangkan kaki di atas meja. Too rude, namun Namjoon memilih untuk diam sahaja. Hormat saja walaupun hati terlalu sakit untuk terima perangai hanta bapa tiri itu.
"Mak ayah ko tak ajar? Ko ingat meja makan tempat alas kaki? Jangan ingat faktor umur aku tak boleh ajar kau duduk bagi mulia sikit.", bidas Yoongi geram, hampir saja garfu yang terpacak di dalam bekas ingin dibaling ke arah Dong Hyeong. Sempat juga Namjoon menenangkan saudaranya. Dong Hyeong sekadar ketawa kecil, dia kembali menurunkan kakinya. Hujung punting rokok pula dinyalakan dengan api lalu dihembus asap nikotin itu ke udara.
"Apa-apa pun kau kena fikir, siapa punca misi korang gagal hm?~", soal Dong Hyeong pula dengan jelingan tajam ke arah dua orang jejaka itu. Mereka tahu siapa yang dimaksudkan, cuma itu tidak menjadi persetujuan bagi mereka berdua.
"Kalau kau rasa dia yang bawa masalah, kenapa kau utuskan dia untuk jaga Hoseok? Sila jawab dan kau akan tahu siapa punva masalah segalanya.", balas Yoongi semula. Si jejaka berdarah Min itu pula yang menyungging senyuman. Sebatang garfu berpusing-pusing mengikut pergerakan jarinya, Namjoon turut bersetuju dengan abang kedua tersulung itu.
"Jadi, korang pun cakap adik lelaki bongsu korang tu useless juga ye? Hahaha waahh I'm amazed!!", Dong Hyeong ketawa besar dengan menepuk tangan dengan seronoknya. Namjoon dan Yoongi saling berpandangan, sumpah nak mencarut. Dah masuk alam lain dah lelaki berusia itu.
"Tak sekarang ni aku nak cakap, Jungkook jadi macam tu kelmarin dah jadi persoalan kami. Aku syak Jungkook sakit! Kau jangan nak cakap dia tak berguna dan jadi punca huru-hara misi kelmarin. Sepatutnya kau kasi Jungkook ikut kami curi berlian tu, kami boleh kawal dia, dan kau arahkan ahli Black Ares yang lain untuk kawal Hoseok. Tak ke cara tu lagi bagus?! Satu masalah kau bagi maklumat yang salah dekat aku dengan Seokjin. Kau cakap tak ada mana-mana puak yang akan curi berlian tu pada tarikh yang sama. Aku call minta bantuan pun, sepatah haram pun kau tak balas! KAU BUAT APA SIAL??!! Sekarang ni aku kena siasat siapa yang serang kami kelmarin sampai Namjoon cedera, Hoseok hilang dan Jungkook pun cedera teruk sana sini. Kau? Kau dah dapat apa yang kau nak tapi mana habuan buat kami? Dah berjuta kali keluar berita pasal berlian Scorpio, mana kerja kau nak berurusan dengan pihak polis??", Yoongi berhenti untuk mencari nafas, tahap kemarahannya sudah melepasi terhad sehingga kedua-dua matanya berkaca.
"Saya harap appa guna gelaran King itu sebaik-baiknya.", sambung Namjoon sambal tangannya mengusap belakang Yoongi. Dong Hyeong tidak berkata sepatah dan terus menghembus asap rokok. Anak matanya teralik pula ke arah susuk tubuh seseorang yang baru tiba di halaman dapur. Gadis itu kembali mengundurkan diri saat ternampak situasi tegang itu.
Yoo Jaerim. Nampak seperti dia bawakan sesuatu di tangannya. Itu membuatkan Dong Hyeong kembali tersenyum sinis.
"Boleh aku stay lama sikit di sini?~"
-End Chapter 34-
_______________
____
TbcMakin seloww

YOU ARE READING
°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔
FanfictionSemua akan berulang semula, mungkin lebih menyakitkan. Pengembaraan apa pula yang akan dihadapi oleh si gadis kecil ini? I mean ya Yoo Jaerim~ Start: 15/03/20 End : 15/01/21