Gara-gara Namjoon masih lagi dalam keadaan yang cedera, Lisa mengarahkan saja beberapa orang anak buahnya untuk pergi ambil Taehyung dan Jaerim secara berhati-hati. Benar kata Yugyeom, Zeus sudah gila. Sebahagian daripada kawasan Itaewon dan Gwangjingu musnah dengan porak peranda yang mereka lakukan.
"Yoongi hyung! Ni aku Namjoon!" lelaki itu cuba menahan dirinya daripada menyentuh abang kedua tersulung itu selepas terjaga. Matanya dicelik perlahan-lahan dan melihat keadaan sekeliling. Yoongi blur. Dia mengalihkan pandangan pula ke arah tubuh sendiri yang sudah berbalut, baju diselak sedikit untuk melihat keadaan perutnya. Berbalut juga. Kedua-dua lengannya....berbalut.
"S*it" carut Yoongi. Namjoon ketawa kecil lalu mendakap tubuh abangnya itu. Syukurlah dia masih waras, mati-mati dia ingat Yoongi sudah hilang ingatan. Yoongi mendesah kecil saat Namjoon tersentuh bahunya yang cedera.
"Ouh sorry hyung. Syukur sangat kau ok je."
"Ye lah kau, hampir mati aku dibuatnya. Mana yang lain?" soal Yoongi semula membuatkan Namjoon terdiam sesaat, mereka yang lain turut membisukan diri. Kalau nak cerita, begitulah panjang. Takut-takut pula kalau Yoongi bertukar baran, habis nanti semua dikerjakan.
"Tiada masa nak cerita hyung, apa yang penting kita kena bertindak cepat sebelum Zeus menyusur dulu. Don't worry, member ni akan tolong kita." Namjoon menuding jarinya ke arah Yugyeom yang berdiri tidak jauh daripada mereka. Yoongi menjeling tajam, tengok corak tatu pun dah tahu siapa. Yoongi tidak berkata panjang dan mengeluh kasar.
"Budak Zeus hm? Huh." keluh Yoongi dengan pandangan yang tidak tertumpu ke arah Yugyeom. Tanda berbesar hati la tu. Lega dibuatnya anak muda itu lalu menunduk sikit tanda terima kasih. Mereka terus berbual dan berkongsi idea sebelum misi terakhir dijalankan pada hari lusa.
Suasana bertukar senyap saat mereka didatangi dengan seorang gadis kecil. Tanpa amaran, tubuh Namjoon didakap erat oleh gadis itu dengan tangisan. Tidak perlu bertanya siapa, Namjoon sudah tahu itu pasti adik perempuan bongsunya. Hera Rose berjaya bawa mereka ke sini dengan selamat. Namjoon membalas senyuman manis ke arah Lisa sebagai tanda terima kasih.
"O-Oppa ok?"
"Ok je. Jae pun ok bukan?" pipi Jaerim yang sudah basah dengan air mata dikesat perlahan dengan kedua-dua ibu jari Namjoon. Senyuman yang menampakkan sepasang lesung pipit itu tidak pudar, Namjoon kembali mendakap tubuh kecil Jaerim. Sumpah rindu walaupun tidak sampai dua hari berpisah.
Taehyung menampilkan diri sambil kedua-dua tangannya terseumbat di dalam poket seluar, anak matanya melihat saja adegan kasih sayang antara mereka berdua. Namjoon yang sedar akan kehadiran lelaki itu bertukar arah, tubuh Taehyung ditarik dan dipeluk juga.
"Thanks sebab selamatkan Jae. Aku berhutang budi dengan kau."
"Maaf hyung, aku lambat nak tolong kau dengan yang lain." entah mengapa Taehyung berasa sebak. Dia cuba tahan dengan membenamkan wajahnya di bahu Namjoon. Namjoon tidak membalas dan mengusap perlahan belakang Taehyung.
"Susah orang nak salahkan diri melainkan orang yang betul-betul kuat macam kau. Semua ni berlaku disebabkan masa dan takdir, bukan kelemahan kita as manusia biasa. It's ok bro, yang mana silap kita betulkan. Jom." usai saja nasihat Namjoon, lengan Taehyung ditarik perlahan menuju ke arah Yoongi yang masih duduk di atas katil. Mata mereka berdua saling bertentang, kemudian saling mengecilkan kelopak mata serta wajah kosong.
YOU ARE READING
°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔
FanfictionSemua akan berulang semula, mungkin lebih menyakitkan. Pengembaraan apa pula yang akan dihadapi oleh si gadis kecil ini? I mean ya Yoo Jaerim~ Start: 15/03/20 End : 15/01/21