"Siapa Mingyu?"
"H-Hah?"
"Siapa M I N G Y U?", matanya tidak berkelip dan terus merenung tajam ke arah aku. Jantung aku dah berdegup kencang, pintu ditutup sedikit bagi melindungi ruang bilik. Buku itu masih terletak di atas katil, kalau Jungkook nampak habislah aku.
Macam mana dia boleh kenal Mingyu ni? Aku cakap kuat sangat kut tadi.
Haa sudah.
Aku acah tenang. Siku disandarkan di dinding dengan posisi ala ketua gangster. Senyuman senget diukir walaupun satu badan sudah menggigil teruk. Rileks Jae~
"Kenapa oppa nak tahu?"
"Sebab aku tak tahu."
"Ouh kalau oppa dah tahu, oppa nak buat apa?"
"Aku masuk bilik."
"Ermm bilik ni?"
"No, bilik aku. Tell me who is Mingyu?", soal Jungkook lagi dengan intonasi suaranya yang semakin meninggi. Tangannya menahan pintu daripada tertutup sepenuhnya. Dia sudah boleh mengagak bahawa aku akan tutup terus pintu ni tanpa amaran. Gugup duh.
"Kawan Jae. Why?"
"K-Kawan...? Kau ada kawan?", kedua-dua bahunya perlahan-lahan jatuh dengan dengusan kecil. Pintu juga dilepaskan seraya beberapa langkah ke belakang. Aku dah keliru teruk dengan anak Jeon ni.
Jika dilihat dari sudut wajahnya, dia begitu kecewa mahupun sedih. Aku dapat rasakannya. Secara cermat aku melangkah kaki keluar dari bilik dan menutup pintu. Aku berdiri betul betul di hadapan Jungkook. Anak matanya dialihkan ke arah lain, wajah aku langsung tidak dipandangnya.
Ni kes cemburu ka acaner ni?
Ok aku takut.
"Erm–"
"Mesti kau dulu pun ramai kawan bukan? Apatah lagi sekarang, berpindah pula ke keluarga yang baru. Abang yang ramai, yang boleh terus jaga dan kawal kau. Pada yang sama, kawan kau bertambah lagi."
"Jungkook oppa! Apa maksud–"
"Esok buat misi baik-baik. Take care.", Jungkook memotong percakapan aku dengan senyuman sinisnya. Wajah aku masih tidak dipandang. Aku perhatikan saja setiap inci wajah lelaki itu, tertimbul satu persoalan.
Lonely sangat ke hidup sampai dia cakap macam tu?
"Oppa tak join esok?"
"Buat apa aku nak join?", dia menggulingkan anak matanya ke arah aku, senyuman tadi dipudarkan. Dia kembali serius.
Aku menggigit bibir sendiri menahan gugup, terpaksalah aku bertukar mood untuk menceriakan suasana."Uish mana boleh. Oppa kena join teehee~ Kan lagi best kalau semua jalankan kerja sekali.", ujarku dengan senyuman lebar menampakkan barisan gigi di hadapan. Jungkook tidak memberi sebarang reaksi malah terus menjeling ke arah aku tajam.
"A-Appa takkan izinkan aku–"
"Si muka berkedut tu?? Huh berani dia tak kasi abang Jae join misi hm? Eii eiii dia tak rasa lagi tumbukan Jae! Hah! Siapa dia tu nak main asing-asing ni wooooo mung ingat jellybean ke?! Don't ever kacau kacau abang Yoo Jaerim ok!", bidas aku dengan mengepal kedua-dua penumbuk.
Lengan baju disinting hingga ke paras siku. Seluar juga, hingga ke paras lutut. Lepastu berdiri acah gorilla kebuluran. Sempat juga aku berlakon bertumbuk angin.
![](https://img.wattpad.com/cover/213864922-288-k442901.jpg)
YOU ARE READING
°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔
FanficSemua akan berulang semula, mungkin lebih menyakitkan. Pengembaraan apa pula yang akan dihadapi oleh si gadis kecil ini? I mean ya Yoo Jaerim~ Start: 15/03/20 End : 15/01/21