Ruang utama di dalam bangunan ibu pejabat polis begitu sibuk, walaupun jarum jam hampir menunjukkan tibanya waktu tengah malam. Masing-masing menghantar laporan termasuk menyediakan beberapa buah kumpulan squad untuk operasi terakhir mereka dalam memperjatuhkan kumpulan mafia di negara itu.
"Chief, ada seseorang mahu berjumpa dengan chief." terpa seorang anggota polis kepada ketua polis negara tersebut. Dirinya yang masih beruniform lengkap sekadar mengerutkan lagi, siapa lagi kalau bukan Park Jin Young yang kini merangkap sebagai jawatan tertinggi itu.
Mereka bergerak ke bawah dan tergamam saat terlihat dua orang yang basah kuyup pakaian mereka. Mingyu menggenggam pemegang beg yang berisi komputer riba kepunyaan Yoongi, dengan wajahnya yang serba pucat. Siapa saja yang tidak risau melihat rakan sekerja mereka berpangkat inspektor itu kelihatan seperti ketakutan.
Bunyi deraian air hujan yang tumpah dari langit dengan lebat, beserta dentuman kilat menggerunkan lagi keadaan.
Lebih menghairankan apabila lelaki itu datang bersama dengan seorang gadis itu mempunyai corak tatu Hera Rose di bahunya. Serentak semua anggota polis mengacukan senjata ke arah Lisa dan langsung membuatkan gadis itu tersentak.Mingyu melindungi gadis itu dengan lengannya, "Dia kawan aku." ujarnya tiga patah. Secara refleksnya timbul satu kemarahan mahupun kebingungan di dalam jiwa ketua polis yang kini berdiri tidak jauh dari mereka berdua. Kenapa Mingyu melindungi pula seorang mafia yang kini dianggap musuh ketat mereka?
"Inspektor Kim, apa yang kau cuba nak sampaikan ni?"
"Aku bukan Kim lagi, aku dah jumpa siapa dalang sebenar kes yang sudah berbelas tahun tertangguh. Bukti dah ada di dalam tangan aku." balas Mingyu dan mengangkat beg itu separa, mereka saling berbalas pandangan. Takkanlah? Tapi bagaimana?
Huh, mungkin dengan bantuan mafia. Park Jin Young sekadar mengangguk dan mengajak mereka untuk masuk ke dalam bilik perbincangan. Lisa dikawal ketat, bagai seekor binatang yang buas. Cukup rasa terhina, perlukah dia dilayan sebegitu?
Walau apa pun, Lisa tidak rasa semua itu tindakan sebenar Jungkook. Sumpah dia masih rasa ragu-ragu dengan video tersebut, takkanlah Jungkook di kala usia lima tahun sudah terdetik untuk membunuh? Dia perlu cuba memujuk Mingyu.
"STOPP!!! BERHENTI!!" jerit seseorang yang menerjah masuk ke dalam bangunan itu dengan nafas yang kencang. Mata Mingyu terus terbuntang luas apabila melihat kedatangan gadis tersebut, dia seorang sahaja termasuk dengan dua orang lagi daripada puak Hera Rose. Dengan jiwa yang kental tanpa rasa takut dengan acukan pistol, Ryujin berlari ke arah Mingyu dengan matanya sembap.
"Aku boleh explain video yang korang tengok tu! Please Mingyu hiks aku dah tahu apa yang terjadi...a-aku harap kau boleh faham!" ujar Ryujin dengan tangannya menggigil, lengan baju Mingyu dicengkam kuat.
"Ryujin! Bawa bertenang, apa yang dah jadi ni??" Mingyu cuba menenangkan gadis itu. Ryujin masih tidak boleh berhenti menangis, lantas dikeluarkan pita rakaman suara yang kecil daripada poket kot hitamnya.
"Sebelum kita lost connection, Mafia berkod 06 sempat call aku dan ceritakan perkara yang sebenar disebalik pembunuhan tu. Aku rakam! Semua ni bukan salah Jungkook! Kita semua dah salah faham!"
______◇♡◇______
Yugyeom tergamam apabila mendapat berita bahawa Zeus sudah berjaya menangkap dua orang daripada mangsa yang mereka buru. Mafia berkod 03 dan 08 berjaya ditewaskan dan dibawa pulang ke tempat utama puak Zeus.
YOU ARE READING
°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔
FanficSemua akan berulang semula, mungkin lebih menyakitkan. Pengembaraan apa pula yang akan dihadapi oleh si gadis kecil ini? I mean ya Yoo Jaerim~ Start: 15/03/20 End : 15/01/21