Mingyu meletakkan telefon di atas meja. Dagu ditongkatkan sambil jari-jemarinya mengetuk permukaan meja, otaknya ligat memikirkan apa yang bakal berlaku sepanjang misi esok.
Mingyu dikejutkan dengan kehadiran seseorang, gadis itu membawa komputer riba dengan wajahnya kerut.
"Yes Ryujin?"
"Kau tengok ni. Aku dah hantar emel dekat salah seorang ahli Black Ares tentang persetujuan kita nak tolong diorang. Tapi–", Ryujin mengambil tempat di sebelah Mingyu lalu menunjukkan satu rakaman video. Mingyu menonton dengan penuh kusyuk.
"No need. Setakat mereka tujuh orang anak Mafia Haera sudah cukup untuk menyelesaikan misi ni. Kami tak perlu bantuan Bishop buat kali ni, jangan bimbang. Misi ini tidak susah pun, kami ada tujuan kami sendiri. Kata King kami lagi, jangan cuba nak masuk campur."
Video tamat.
Ryujin mengalih pandangannya ke arah Mingyu bagi menanyakan pendapat. Maksudnya mereka tidak perlu bantu Black Ares, habis macam mana dengan rancangan Bishop?
Mingyu buntu."Kenapa tujuh orang je? Sepatutnya lapan. What about Mafia Jaerim?"
"Mafia Jaerim? Siapa tu?", soal Ryujin semula. Mingyu menampar dahi sendiri, lupa yang ahli Bishop yang lain belum tahu siapa sebenarnya gadis anak Yoo itu.
"Dia, adik bongsu di antara semua anak Mafia Haera. Her name is Yoo Jaerim. Orang baru dalam Black Ares dan satu-satunya ahli perempuan di dalam puak tu.", terang Mingyu satu per satu. Ryujin mengangguk faham dan sedikit teruja.
"Wow, hebat duh. Macam mana kau boleh kenal dia?"
"Uhumm uhumm.", Mingyu sengaja berdehem dan memasang wajah berlagak. Nak cerita siket~
"Entah~ Ada orang gitau aku kehkehkeh. Kalau macam tu, rancangan kita tak boleh dijalankan gitu?", Mingyu mengubah topik, Ryujin mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu.
"Bagi kau?", soal Ryujin semula. Itu membuatkan Mingyu kembali mengaktifkan otak sambil menggaru dagunya yang tidak gatal.
"Kita kena jalankan juga. Disebaliknya kita kena siasat juga apa sebab diorang nak curi berlian tu. Kita perhatikan saja esok. Kalau diorang ada masalah, tolong dalam diam ok.", balas Mingyu, Ryujin mengangguk faham.
Nampaknya mereka sudah tahu nak buat apa esok. Ryujin segera menyampaikan maklumat kepada ahli Bishop yang lain. Mereka bersedia menghadapi peristiwa yang bakal berlaku pasa esok hari.
Bagaimana pula dengan Beomgyu. Lelaki itu pulang ke rumahnya dengan wajah yang kerut. Lamunannya tidak mati sejak dari tadi, pintu rumah ditutup perlahan lalu dirinya bersandar sebentar di pintu.
Teringatkan kejadian tadi.
"Gyu? Lewat kau balik. Nak pancake?", tegur Taehyun yang siap membawa sepinggan pancake panas dan segelas susu. Mulutnya juga mengunyah pancake hingga mengembung pipi sebelah.
"Kau...makan pancake lagi, waktu malam buta macam ni?"
"Taste good bro. Nak? Boleh aku masak lagi untuk kau uwu~"
"Ermm no need. Aku ngantuk dah ni, kau makanlah. Adios…", Beomgyu mengatur langkah masuk ke dalam bilik. Taehyun tersenyum riang dan membalas adios semula. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Yeonjun yang leka menonton rancangan WWE.
YOU ARE READING
°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔
Fiksi PenggemarSemua akan berulang semula, mungkin lebih menyakitkan. Pengembaraan apa pula yang akan dihadapi oleh si gadis kecil ini? I mean ya Yoo Jaerim~ Start: 15/03/20 End : 15/01/21