◆♔43♔◆

1.1K 130 47
                                    

"Apa tujuan kau curi berlian tu? Untuk berbaik semula dengan pihak polis dengan daya penipuan hebat kau? I'm not surprised.", perli Haeri ke arah ketua bagi kumpulan mafia yang begitu ternama di Korea Selatan itu.

Lee Dong Hyeong atau lebih dikenali sebagai King Black Ares itu sekadar tersenyum sambil menghembuskan asap nikotin di udara. Beberapa ahli Hera Rose yang turut berada di situ masing-masing menahan tangan daripada melepaskan peluru ke arah lelaki durjana itu.


Tidak sedarkah beliau bahawa ada wanita yang hamil di dalam bilik itu juga? Tersungguh bangang.



"Kau datang sini bukan sebab hal berlian bukan?", soal Dong Hyeong semula. 


"No, aku datang pun bukan dengan perjanjian nak bergabung dengan puak kau je. Aku mahukan kejujuran sebelum aku tarik semula puak kakak aku daripada penguasaan kau.", balas Haeri dengan tangannya dikepal kuat. Dialek percakapannya yang cukup berani itu menarik perhatian Dong Hyeong, lelaki itu kembali mengalihkan posisi badannya menghadap Haeri dengan segelas wain di tangannya.






"Kau dah tahu semuanya Haeri, jadi aku harap kau dapat simpan kesemua rahsia yang kau berkaitan aku. Jangan sesekali berani bocorkannya sebelum aku lenyapkan semua nyawa orang yang kau sayang termasuk nyawa insan yang ada pertalian darah dengan mendiang kakak kau sendiri. Behave sayang~", ucap Dong Hyeong dengan bisikan serta senyuman sinis, matanya terjegil luas menahan geram persis orang psiko. Haeri sekadar mengetap bibirnya, memang dia sudah tahu segala latar belakang si lelaki itu cuma satu...






"Siapa bunuh Haera?", soal Haeri dengan nada yang mendatar. Dia sudah menunggu hampir berbelas tahun lamanya menantikan jawapan untuk soalan yang tergantung ini. Sudah tiba masanya untuk dia soalkan sendiri kepada insan yang juga disyakinya dalam kes pembunuhan misteri kakaknya itu.







Dong Hyeong ketawa kecil, kemudian semakin kuat suara ketawanya. Itu menggerunkan sebilangan ahli Hera Rose yang lain.





"Kalau aku cakap bukan aku yang bunuh. Kau nak percaya?", Dong Hyeong menyungging senyuman manakala Haeri sudah berkerut dahi. Memang tentu dia akan katakan tidak tetapi...riak wajah yang dimainkan oleh lelaki di hadapannya itu mengelirukan.



"Orangnya begitu dekat je dengan kau Haeri. Kalau kau tahu siapa pembunuhnya pun, kau tak akan sampai hati nak cabut nyawa dia."



"Siapa dia??"



"2-1."




Haeri terdiam sejenak, dua tolak satu? Wanita itu mengalihkan anak matanya semula ke arah wajah Dong Hyeong yang masih kekal dengan senyuman sinisnya itu. Jangan cakap yang manusia yang sudah lama hilangkan diri itu membunuh satu-satunya kakaknya.



"Jangan hairan kalau aku tak lantik Mafia 01 dalam kalangan ahli Black Ares sebab ya dia masih hidup dan dia betul-betul ada dekat je dengan kau.", ujar Dong Hyeong lagi. Sepatah kata langsung tidak keluar daripada bibir Haeri, terasa satu badannya menggigil. Perutnya juga terasa sakit. Akibat fikirannya bercelaru, Haeri memutuskan untuk pulang dengan segera sehingga terlupa akan misinya bagi membebaskan Beomgyu yang sudah lama hilang akibat diculik.



Dia tahu siapa yang culik budak tu.



Pada masa yang sama, siapa pula Mafia 01 yang Dong Hyeong maksudkan?




______◆♔◆______

"Lama lagi ke kita nak duduk kat sini?", soal Jaerim ke arah Seokjin yang duduk di sebelahnya sambil leka menikmati dunianya sendiri. Asyik mengelamun sahaja. Jimin dan Jungkook di belakang pun senyap je, Jimin tekun menaip sesuatu di skrin telefon pintarnya.

°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now