◆08◆

1.8K 216 62
                                    

Kami semua senyap, suasana bilik itu bagai tiada penghuni, sedangkan ada 10 orang di situ.
Apa yang membuatkan manusia di situ mengunci mulut? Mungkin disebabkan Lee Dong Hyeong. Mr Ahn yang berdiri di sebelahnya hanya kaku membisu.

"Aku rasa aku patut lantik korang je untuk pegang kod yang baru~", katanya. Namjoon menelan air liur yang tersangkut di tekak, lelaki itu menghembuskan nafas perlahan-lahan. Aku pula terkebil seorang diri, rasa tertinggal sesuatu perkara yang aku terfikirkan tadi.

"Erm a-appa, kod yang teratas tak boleh dilantik ikut suka. Rasanya kami belum layak nak-"

"Ikut suka hati aku la nak lantik siapa pun. Aku king Black Ares bukan? Jangan kau nak halang aku Namjoon.", Dong Hyeong memotong percakapan Namjoon. Namjoon kembali senyap. Sekarang, tiada sesiapa yang berani bersuara sekarang.

Mr Ahn kemudiannya mengagihkan beberapa sampul kepada kami setiap seorang. Sampul yang agak kecil dan berwarna putih. Mungkin ianya hanya terkandung dengan sehelai kertas.

"Sebelum tu, korang tahu bukan pasal berita semalam? Berlian Scorpio dicuri dari Amsterdam dan kini disimpan di bank negara.", soal Dong Hyeong. Kami semua mengangguk saja. Lelaki itu tersenyum sinis dan membuka paparan di skrin meja.

"Berlian tu dah jadi rebutan buat semua orang. Bukan mafia sahaja malah penjahat yang lain pun. Nak tahu, Black Ares satu-satunya puak mafia yang disyaki pihak polis yang akan serang bank untuk curi berlian tu. Dan huh semua saling menuduh kita sebagai dalang kebencian polis terhadap golongan mafia buat sekali lagi~…"

"What? Kenapa pula?", soal Yoongi. Iyelah kan, Black Ares jarang nak buat kerja hanat sebegitu.

"Sebab salah seorang daripada suspek tu ahli Black Ares. Disebabkan dia seorang, semua puak jadi mangsa. Makin bahaya kedudukan Black Ares.", jawab Dong Hyeong dengan senyuman tipis. Suasana bilik kembali sunyi, itu sungguh mengejutkan. Aku pandang Namjoon, Namjoon pandang aku.

Bukannya Namjoon kata perbuatan ni dari puak yang lain? Salah info ke? Tapi kalau Black Ares yang buat, kenapa semua nak salahkan puak ni? Kerja masing-masing bukan?

Mungkin sebab hanat.

"Macam mana a-appa tau?", soal Namjoon berani. Dong Hyeong membalas dengan ketawa kecil sekilas lalu bingkas bangun. Lelaki itu mahu melangkah kaki keluar daripada bilik perbincangan namun sebelum itu-

"Aku lebih cepat dari korang. So be careful kids~ Aku nak korang semua bincang cara untuk selesaikan masalah ni melalui dua cara yang aku bagi. Cuba pertahankan nama baik puak ni atau...

...curi berlian tu dan serahkan dekat aku...

...aku ada cara untuk perhambakan semula geng-geng pihak atasan dan akan naikkan semula nama baik puak ni~ So ya, boleh buka sampul masing-masing dan mulakan tugas.", terus Dong Hyeong bergerak keluar. Kini tinggal kami dengan Mr Ahn yang mengambil tempat duduk di hadapan.

Aku buka sampul dengan cermat. Mata terkebil-kebil nak tengok tulisan yang terkandung di dalamnya. Macam nak tengok result exam.

"07?", gumam aku sendiri. Ini je? Apa maksud semua ni?

"What?? Noo noo Mr Ahn! Saya tak boleh terima kod taguna ni aishh!! Dah la dua digit!!", bising Taehyung lalu menghentakkan kepala di atas meja. Namjoon dah melayang ke dimensi yang lain.
Jin menayangkan muka tahi tanda cemuih.
Yoongi renyukkan kertas itu dan campak ke tepi.
Jungkook senyap tanpa suara.
Hoseok blur.

"Tak boleh nak dikata apa wahai anakku sekalian. Ini keputusan daripada Dong Hyeong sendiri. Saya ikut saja.", ujar Mr Ahn monyok.

"Yaa!! Mentang-mentang King pon tapi tak patutlah buat keputusan cenggini aduh kod tak boleh lantik ikut suka ja halah halah syibal MATAFA-", mulut Taehyung ditekup Yoongi yang berada di sebelah. Lelaki itu masih cuba nak mencarut, ish.

Betul juga, rasanya mereka berfikiran juga seperti aku. Rasa tidak layak untuk memegang kod atasan bagi sesuatu misi yang besar. Ugh. Lebih-lebih aku yang masih baru.

"So siapa Mafia 01?", soal aku ingin tahu. Dengan serta-merta keadaan kembali hening sepi. Mr Ahn pandang aku mengejut termasuk yang lain.

"Mafia 01 tak ada di sini.", balas Mr Ahn pendek.

"What? Jadinya...Mafia 01 memang dah dilantik sebelum kami? Kenapa kami tak tahu pasal ni? Kalau macam tu siapa orangnya?"

Mr Ahn mengambil masa juga untuk menjawab soalan itu. "Ermm, saya tak tahu. Tapi Dong Hyeong tahu siapa orangnya. Mungkin tidak bagi kita.", balas Mr Ahn gugup. Jantungku berdegup kian kencang. Entah kenapa kepalaku secara automatik beralih ke arah Jungkook yang duduk di sebelah. Apakah? Dah kenapa dengan aku ni?

Jungkook membalas pandang aku. Dia mengangkat kedua-dua keningnya, mungkin dia ingin katakan pehal kau?

Aku menggeleng dengan sengihan dan kembali pandang ke hadapan. Umm rasa pelik.

Setiap orang saudaraku aku perhati, muka masing-masing tidak puas hati dengan keputusan kod. Dalam diam-diam aku tersenyum. Hah mungkin kali ni biar aku saksikan pula bagaimana saudaraku beraksi di hadapan mata aku sendiri.

Lebih hebat hm dari Yoo Jaerim yang sebelumnya? Kita tengok saja nanti. Misi aku tidak setanding dengannya, mungkin lebih hebat.
Kod yang sama, situasi yang agak sama. Mari mulakan, dengan harapan...

...misi ini berjaya dan tiada sesiapa yang terceyduk. Aku yakin hehe.







.

.

.

Jungkook nampaknya hanya memilih untuk membisukan diri. Wajah abang-abang yang lain dengan pelbagai reaksi dipandang saja sebagai bahan jenaka buat dirinya. Ketawa dalam diam. Dia cuba pula untuk membuka sampul sendiri tanpa kesedaran yang lain. Teruja juga nak tahu kod sendiri.

'Sejak bila Dong Hyeong mula percayakan aku? Tak mungkin Jeon. Dia tak akan sesekali percayakan kau dalam setiap perkara apa pun.', bisik Jungkook sendiri. Sampul akhirnya dibuka dan isi kandungannya hanyalah;


Kosong.


Tiada sebarang tulisan. Hanya sekeping kertas yang kosong. Jungkook memudarkan senyuman tipisnya dan tertunduk ke bawah.

Kenapa aku punya kosong?

'Dia tak akan percaya dan harapkan kau. Never.'





-End Chapter 08-

°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now