🥀 23 - Mencari Penyelesaian 🥀

20 4 6
                                    

🥀

DANIEL menutup buku nota dan dimasukkan ke dalam beg yang disilangkan pada tubuhnya. Dia memandang Hidayah yang sedang menyelitkan rambutnya di belakang telinga. Hidayah hanya memandang luar tingkap saja sedari tadi. Tidak sedar akan Daniel yang galak memerhatikannya.

Makanan yang berada dalam tray disuapkan ke dalam mulut. Sakinah yang sudah menghabiskan makanan terkedek-kedek berjalan ke arah katil Hidayah. Dia duduk mengendeng dengan Hidayah sambil meminta makanan. Hidayah tergelak kecil. Dia menyuap makanan ke mulut Sakinah. Mereka berdua berkongsi makanan.

Sambil itu, Sakinah menyisir rambut Hidayah yang panjang dari rambutnya. Rambut Sakinah hanya panjang paras tengkuk. Jadi tak seronok bila nak sisir rambut sendiri. Kerana itu dia suka menyisir rambut Hidayah.

Daniel mengukir senyuman.

Dia berjalan ke arah koridor keluar dari kawasan wad psikiatri yang dihuni oleh Hidayah. Waktu kerja sudah habis. Dia ingin pulang ke rumah.

Sampai saja ke tempat parking kereta, dia menekan butang pada kunci keretanya untuk unlock kereta. Apabila tubuhnya sudah berada dalam kereta, dia terus start enjin dan memandu keluar dari kawasan hospital.

Sesekali dia menguap keletihan. Baru satu pesakit dah penat mengalahkan melayan 10 orang pesakit saja. Matanya dipicit lembut.

Apabila sampai ke rumahnya, dia parking kereta bersebelahan dengan kereta yang dimiliki oleh seseorang yang dia kenal.

Buat apa la sahabatnya yang seorang ni melepak di rumahnya. Macam orang takde rumah je. Desis hatinya. Setelah parking kereta, dia terus mencapai beg kerjanya dan melangkah keluar.

Pintu rumah dibuka kuncinya. Dia meletakkan kasut kulitnya pada rak kasut sebelum melangkah masuk ke rumah. Kelihatan sahabatnya yang mengendeng di rumahnya sedang duduk di meja makan bersama dengan keluarganya. Terdengar gelak tawa mereka.

"Kau lepak sini macam orang takde rumah je. Homeless ke pakcik," sindir Daniel sambil ketawa.

Sahabatnya terus menoleh. "Hei Danny. Awal kau balik," kata sahabatnya itu.

Ibu dan ayahnya yang berada di meja makan itu juga kelihatan terkejut dengan kehadirannya. Kakak dan adik perempuannya juga memberi reaksi yang serupa.

Daniel mengerutkan dahi. Kunci kereta disangkutkan pada tempat kunci di tepi pintu masuk. Beg pula hanya dicampakkan pada sofa ruang tamu.

"Daniel ni macam orang luar pulak. Wafiy yang confirm-confirm anak orang ni, umi dengan abah raikan. Cehh," kata Daniel, geram. Dia menggelarkan dirinya Daniel apabila berbicara dengan umi dan abahnya.

Umi dengan abahnya hanya ketawa. "Dah Danny selalu sangat takde kat rumah. Habis kerja, pergi bantai lepak kat hospital lagi," kata kakaknya yang bernama Dania.

"I'm working la kaklong," balas Daniel lalu mengambil tempat duduk di sebelah Wafiy, sahabatnya.

"Bak nasi tu," pinta Daniel pada Wafiy. Wafiy mengambil mangkuk berisi nasi itu dan dihulurkan pada Daniel.

"Yang kau ni pulak, semak je kat sini dah kenapa ?" Daniel memandang Wafiy sambil mencedok nasi ke pinggan.

"Eh Daniel ni. Tak baik cakap macam tu kat Wafiy," tegur uminya dengan nada yang lembut.

Kebosanan : HidayahWhere stories live. Discover now