15

25 6 2
                                    

🥀☁️

HIDAYAH mengacau air koko panas yang kelihatan masih lagi berasap. Marshmallow yang tersimpan dalam peti sejuk dikeluarkan. Dia menarik getah gelang yang tersimpul pada plastik marshmallow itu lalu mengeluarkan beberapa marshmallow. Dia menaburkan pada air koko panas itu.

Setelah selesai, dia membawa dua cawan koko panas itu ke ruang tamu. Kelihatan Taufiq sedang berbaring beralaskan bantal nipis yang memang sengaja diletakkan di ruang tamu. Lengan kanan Taufiq sengaja diletakkan di atas dahi sambil memejam mata. Kelihatan masih ada kesan air matanya di pipi. Baju Taufiq yang sudah basah lencun itu dia sudah masukkan ke dalam mesin basuh.

Hidayah bagi Taufiq pakai baju t-shirt dan seluar tracksuit miliknya. Nasib la dia ni bukan jenis yang feminin. Boleh la bagi Taufiq pinjam sekurang-kurangnya. Risau juga sebenarnya kerana sedari tadi Taufiq hanya mendiamkan diri apabila melangkah masuk ke rumahnya. Lepas saja Taufiq membersihkan diri dan menukar pakaian, dia terus baring di atas lantai di ruang tamu. Sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulutnya.

Cawan yang berisi koko panas itu diletakkan agak jauh dari Taufiq. Risau jugak kalau terlanggar ke apa. Dah la air koko ni panas.

"Taufiq ?" Hidayah memanggil nama Taufiq perlahan. Kelihatan Taufiq langsung tidak terkesan apabila Hidayah memanggilnya.

Hidayah menggaru-garu kepalanya. Adoi budak ni. Takkan tidur pulak. Dah la datang tiba-tiba dengan basah kuyupnya. Tak bawak basikal pulak tu. Macam mana Hidayah boleh tahu yang Taufiq tak naik basikal ke rumahnya ?

Macam mana la Hidayah boleh tak tahu pulak haishh. Dah masa dia nak naik ke rumah tu dia tak nampak pun basikal milik Taufiq kat tingkat bawah di tempat yang biasa Taufiq akan parking basikalnya.

Melihat keadaan Taufiq ketika ini agak merisaukan dia. Taufiq ada masalah ke kat rumah sampai terus pergi ke rumahnya tanpa sempat menukar pakaian malah basikalnya juga tidak Taufiq bawa seperti biasa. Kata-kata Taufiq sewaktu Taufiq memeluk dirinya tadi agak mengelirukan dia sebenarnya.  Apa maksud Taufiq ?

Hidayah mengeluh agak kuat. Keliru betul. Kenapa la Taufiq ni selalu buat dia rasa keliru dan tak keruan. Dia ingin bangun dan pergi ke dapur. Mungkin ada baiknya dia menggoreng nugget ke apa ke untuk isi perut. Taufiq memegang tangannya. Terus terbantut niat dia hendak pergi ke dapur. Dia memandang Taufiq yang kelihatan terkebil-kebil merenung kipas.

"Apa kata kau kalau aku cakap yang aku dah jatuh hati kat kau ?" ucap Taufiq tiba-tiba.

Hidayah menjongketkan keningnya. Haa... what ? Dia salah dengar ke ?

Taufiq mengalih pandangan, merenung ke arah Hidayah yang kelihatan keliru dengan ucapannya. Terus dia bangun dari pembaringan dan duduk bertentangan dengan Hidayah.

"Aku sukakan kau Hidayah." Taufiq mengulangi semula ucapan tadi dengan ayat yang berbeza.

Hidayah tergelak kecil. "Kau okey tak ni. Ada rasa nak demam ke?" Bagi Hidayah, kata-kata Taufiq itu hanyalah satu gurauan semata.

Taufiq masih lagi mengekalkan wajahnya yang serius. "Okay, I'm just gonna be straight. This might make things worst but I'm just gonna say it okay ?"

Taufiq menelan liurnya. Kelat. Melihat wajah Hidayah yang masih lagi keliru membuatkan dia berfikir dua ke tiga kali untuk mengatakan ayat ini tapi dia sudah terlanjur menyusun ayat tadi. Hendak berpatah dirasakan sudah terlambat.

Kebosanan : HidayahWhere stories live. Discover now