38

21 3 5
                                    


Bila Terasa Rindu - Dafi

🌹🌧️

KAKINYA menapak perlahan-lahan. Rasa mengantuk menguasai diri. Ni kalau baring je terus atas tilam, memang lena la. Beg sandangnya diletakkan di atas kerusi meja makan tersebut.

"Muka kau tu macam nak mintak penyepak je. Dah berapa hari kau tak cukup tidur ni," bebel Rauf yang baru saja keluar dari bilik.

Tak sah kalau si Rauf ni tak bising kat Taufiq. Apa la nasib. Dulu satu tempat kerja, terpaksa pergi kerja dengan balik kerja sama-sama. Sekarang ni sambung belajar kat tempat yang sama. Lepas tu boleh pulak tinggal kat rumah sewa yang sama.

Alasan ?

Sebab dah kenal.

Nasib baik tak sama kos. Penat Taufiq nak hadap si Rauf ni. Time diploma dulu, Taufiq belajar di universiti yang sama. Sebab ni je satu-satunya universiti kerajaan yang ada kos muzik.

Rauf pulak, time diploma, belajar kat Pahang. Jauh nau kan. Haziq kat Melaka je.

And then sambung ijazah, bertemu di sini. Dah jodoh, tak lari mana la huhu. Okey takde kena-mengena pun.

Taufiq meraup wajahnya yang keletihan. Matanya kelihatan sembab dan tidak bermaya. Memang dah rupa macam apa je. Dengan eyebag yang dari dulu menghiasi wajahnya.

"Aku ada kerja sikit kena buat," ujar Taufiq tidak bermaya.

Sekotak air jus durian belanda diletakkan di hadapannya.

"Nahh. Kau mesti dahaga kan."

"Thanks."

Dia mengoyakkan plastik straw lalu...

"Heyy guys, cuba teka siapa dapat markah tertinggi test dalam kelas," jerit Haziq yang tiba-tiba saja masuk ke dalam rumah.

"Oh right. It's me. Woohooo..." Haziq menjulang kertas testnya sambil melambai-lambai seperti bendera. Kelihatan kesan keronyok pada kertas tersebut.

"Great," balas Taufiq sepatah. Dia menghirup air kotak durian belanda itu.

"Kau ni memekak la Ziq. Kot ye pun perlu ke sergah orang gitu. Salam tak reti nak bagi ?" marah Rauf.

"Aku excited kot. Tak sabar nak bagitahu korang," tukas Haziq sambil ketawa.

"So, siapa nak masak makan malam ?" Rauf menyoal.

Masing-masing memandang ke arah sudut rumah tersebut. Seorang pemuda yang sedang gigih menampal memo pada meja belajar yang dikongsi oleh semua penghuni di rumah tersebut dipandang dengan pandangan yang penuh makna.

Pemuda itu terus terhenti perbuatannya apabila sedar dirinya diperhatikan.

"What ? Aku lagi ke ?"

"Oh come on dude. Kau yang paling pandai masak kat dalam rumah ni. Masakan kau tak pernah la tak sedap," puji Haziq melambung tinggi.

Pemuda yang tinggi lampai itu memandang mereka dengan pandangan tak puas hati. Nasib la serumah dengan orang yang jauh lebih muda darinya. Dia pelajar master tahun akhir. Saja-saja ambik master buat kali kedua hanya semata-mata ingin lari dari kehidupannya.

Kebosanan : HidayahWhere stories live. Discover now