36

26 3 7
                                    

🥀🌧️

WAJAH Hidayah yang berada di sebelahnya dikerling seketika. Riaknya kelihatan selamba. Seperti cuba menyembunyikan apa yang dirasa. Itu perkara yang paling Daniel kurang suka. Perihal Hidayah yang suka benar memendam rasa.

Dari bergelar pesakit kepada Daniel hinggalah sudah sembuh seperti sekarang. Hidayah selalu bersikap tidak jujur soal apa yang dia rasa dan juga seorang yang degil.

"That cekak..." Daniel bersuara. Memecah keheningan antara mereka berdua.

"Is that..."

"Umm..."

Entah kenapa, Daniel seperti boleh mengagak bahawa cekak itu ada kaitan dengan Taufiq.

"Do you love me Dayah ?" Dan entah macam mana mulutnya spontan bertanya soalan itu pada Hidayah. Sedikit sebanyak, rasa cemburunya pada Taufiq itu timbul.

Hidayah berpaling ke arah Daniel. Sedikit terkedu sebenarnya mendengar soalan itu dari Daniel.

Daniel hanya ketawa kecil. "Saya tahu awak tak boleh nak jawab soalan saya sekarang ni. Saya faham. Saya tunggu awak 5 tahun untuk awak terima cinta saya. Kalau saya harus tunggu awak lagi 5 tahun pun, saya sanggup," kata Daniel dengan nada suara yang perlahan.

Dan kata-kata itu menyentak Hidayah yang terlalu berpegang dengan masa lalu. Cinta yang tidak terjalin antara dia dan Taufiq itu membuatkan dia buta, tidak mampu untuk memandang cinta yang ikhlas dari Daniel.

Untuk apa dia terima Daniel 3 tahun yang lepas kalau hatinya masih mendambakan Taufiq ?

"Saya sayangkan awak Danny dan saya sendiri sedang mengajar hati saya untuk cintakan awak. Saya harap awak faham," kata Hidayah. Mengharap agar Daniel memahami.

"Saya sentiasa faham. Tapi saya juga harap awak faham yang saya serius dengan awak," ujar Daniel.

Keretanya diberhentikan, seraya itu Daniel berkata, "Kita dah sampai."

Hidayah memandang ke sebelahnya. Sedikit terpegun bercampur kagum. Dia memandang Daniel pula yang tersenyum melihat reaksi terujanya.

"Is this..."

"Yup."

Hidayah keluar dari kereta dengan tergopoh-gapah. Tidak mampu menyembunyikan perasaan terujanya.

Bangunan di hadapannya ini kelihatan gah pada pandangan matanya. Mengikut tema fantasi yang memang Hidayah suka. Si peminat tegar filem Lord of the Ring ni memang suka benda-benda yang berkaitan dengan fantasi ni.

Terpampang nama Galeri Alam Nurhan pada hadapan bangunan itu.

"Ini kawan awak punya galeri ke ?"

"Yeah. Dia seorang pelukis yang hebat. Ramai yang nak membeli karya lukisan dia tapi dia tak jual. Dia cuma pamerkan di galeri dia."

"What ? Dia pelukis dan pemilik galeri ni ?"

"Yup."

"Sama macam Nurin ?"

"Better than her I shall say."

Hidayah terasa kagum. Dia bukanlah seorang yang berseni tapi dia cukup menghargai sebuah karya. Baginya setiap karya itu ada cerita di sebaliknya. Tidak kira la gambar ataupun lukisan.

Kebosanan : HidayahWhere stories live. Discover now