🥀🌧️
LAYU ?
Adakah dia bunga mawar yang kelayuan ketika ini ?
Hidayah duduk memeluk lutut sambil memandang suasana di luar tingkap. Hari ni cuti jadi dia hanya duduk di rumah. Melepak takde buat apa. Dari siang sampai la ke malam, dok termenung je depan tingkap. Keluar dari bilik apabila terasa lapar.
Kalendar yang berada di atas meja entah berapa kali dia selak. Seakan tak percaya dah sebulan Taufiq tidak bertemu dengannya. Apahal la dengan dirinya ni. Dulu masa first time jumpa dengan Taufiq, dia sanggup mengejar dalam hujan. Kali kedua pulak, kemain dia cuba lari sebab takut terjatuh hati semula dengan Taufiq.
Sekarang ni dia pulak duduk memeluk lutut sambil meratib pasal Taufiq yang ingin menjauhkan diri darinya. Bukankah itu lebih baik ?
Tak faham betul la dengan pemikirannya ni. Kejap mengejar, kejap lari. Bila Taufiq pergi, baru terasa kehilangan.
Tiba-tiba saja pintunya dibuka dari luar. Berdentum kedengaran bunyi pintunya apabila berlaga dengan dinding. Terkejut beruk Hidayah. Tengah sedap mengelamun, boleh pulak Nurin menerjah masuk.
Wajah Nurin yang kelihatan marah itu membuatkan Hidayah cuak. Mana tak cuak, tak pernah-pernah nampak Nurin marah.
"Siap-siap Dayah. Kita pergi berperang," ujar Nurin dengan nada suara yang tinggi.
Berlapis dahi Hidayah dengan kerutan. Dah kenapa pulak la si Nurin ni. Nak pergi berperang bagai.
Nurin yang melihat Hidayah seperti tidak berganjak dari tempatnya terus menempik.
"Cepat la Dayah. Emergency ni. Aku dah la tak boleh drive."
Tempikan itu berjaya membuatkan Dayah terus terbangun dek kerana terkejut dengan suara Nurin yang nyaring.
"Dah kenapa kau ni. Hal apa sampai suruh aku siap-siap cepat," soal Nurin sambil menyarung sweater. Hanya sekadar mengalas baju t-shirt yang dipakainya.
"Tak banyak masa nak explain. Ikut je aku," jawab Nurin lalu menarik lengan Hidayah.
Terburu-buru Hidayah menyambar kunci keretanya. Tak sempat nak capai benda lain kerana Nurin menarik lengannya. Handphone juga dibiar sepi atas meja kerana tengah charge. Beg dompetnya juga tidak dibawa.
"Kot iyepun nak cepat, bagi la aku sarung sandal dulu," rungut Hidayah apabila sedari tadi Nurin tak melepaskan lengannya.
Hidayah membuka pintu keretanya. Sesudah menghidupkan enjin kereta dan memakai tali pinggang keledar, dia memandang Nurin sambil menjongketkan keningnya.
Nurin turut memandangnya.
"Kenapa kau tak jalan lagi ni," marah Nurin.
Hidayah ingin ketawa pun ada melihat wajah Nurin yang serius.
"Nak jalan ke mana cik kak oi. Kau kata nak cepat je, kau tak kata kita nak pergi mana," sinis Hidayah.
Nurin terkebil-kebil.
"Ohh eh. Aku tak cakap lagi ke yang kita nak pergi rumah Mira ?"
YOU ARE READING
Kebosanan : Hidayah
RomanceManusia itu, punya sifat yang ingin disayangi dan menyayangi. Tapi berbeza bagi Hidayah. Dia lebih memilih untuk hidup bersendirian. Baginya, kesepian itu indah. Keindahan yang sangat kelam. Dia memihak untuk berada dalam dunianya sendiri. Manakala...