10

30 6 0
                                    

Car Radio - Twenty One Pilots

🥀☁️

SALOTAPE yang masih berbungkus dengan plastik itu dicapainya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SALOTAPE yang masih berbungkus dengan plastik itu dicapainya. Agak tinggi untuk dia capai jadi dia menjongketkan kakinya sedikit. Berjaya pun. Plastik itu dikoyakkan dan dia mengambil 2 salotape. Satu untuk guna dan satu lagi sebagai persediaan kalau salotapenya habis.

Dia menuju ke meja kerjanya sambil membawa 2 salotape itu dan dia salotape satu kotak yang sudah berisi Samyang 2 bungkus. Setelah siap, dia menundukkan badan dan mengambil satu kotak kosong di tepi meja. Dibawanya kotak kosong itu ke atas meja dan melihat senarai order.

Mana-mana order yang sudah siap packing dia tandakan tick dengan pen biru. Kalau ada order Samyang yang sudah kehabisan stok, dia tandakan pangkah dengan pen merah. Menunggu esok stok tiba pula. Kemudian, pada muka surat hadapan senarai itu dia tulis pending.

Kalau senarai yang semua order sudah siap, dia tulis complete dan terus bagi pada Kila untuk Kila buat kira-kira pula dan key in order yang keluar masuk.

Sesekali kedengaran dia mengeluh perlahan. Keletihan pula. Jam pada dinding dijelingnya. Jarum jam sudah beranjak ke pukul 3 petang. Hari ni lama pula dia membungkus Samyang. Banyak order pula. Mungkin sebab awal bulan kot. Minggu gaji.

"Dayah nak Samyang tak ?" tanya Nurul yang tiba-tiba saja berdiri di tepi mejanya.

Hidayah mengangkat wajah. Dia menjongketkan keningnya sebagai pertanyaan bukan lisan pada Nurul yang secara tiba-tiba bertanya padanya.

Nurul yang seperti memahami bahasa isyarat dari Hidayah itu segera menjawab.

"Nurul ada beli 3 bungkus Samyang carbonara. Ingatkan nak bagi kat adik Nurul tapi adik Nurul tak nak pulak. Nak bagi kat Kila pulak, Kila tengah mengandung. Dia tak nak makan pedas," jelas Nurul sambil tersenyum.

Hidayah kelihatan berfikir sejenak sebelum menganggukkan kepala sebagai tanda dia mahu.

"Okey, kejap eh." Nurul pergi ke mejanya dan mengambil satu bungkus Samyang yang berada dalam plastik kemudian diserahkan pada Hidayah.

Hidayah hanya membalas dengan senyuman kecil dan mengucapkan terima kasih pada Nurul. Dia menyimpan Samyang itu ke dalam beg sandangnya. Rezeki jangan ditolak huhu.

Siap saja senarai order itu, dia menulis perkataan complete menggunakan pen biru. Lalu dia meletakkan ke tepi. Dia mengambil satu lagi senarai order. Diselaknya perlahan. Ada 6 order je ?

Lagi bagus. Sikit je dia kena bungkus pun. Melihat senarai pertama adalah satu bungkus Samyang original. Dia melihat kotak Samyang original. Hanya tinggal satu bungkus Samyang original yang sudah dibuka meninggalkan 2 loose saja di dalam plastik.

Kebosanan : HidayahWhere stories live. Discover now