45

30 2 0
                                    

🌹☁️

HARI berlalu terasa begitu cepat. Mungkin kesibukan bekerja membuatkan dia tidak terasa masa berjalan. Bermain dan menjaga kucing-kucing comel itu membuatkan dia seronok.

"Soya panas khas untuk cik Dayah," kata Nurin sejurus saja dia melangkah masuk ke dalam kedai tersebut.

Hidayah hanya ketawa. Selalunya Kim yang menghantar.

"Kau dari kafe ke ni ?"

"Mana ada. Dari rumah la. Kafe mana bukak lagi," tukas Nurin. Tangannya menunjuk termos flask yang menunjukkan dia dari rumah.

Kalau dari kafe, confirm air soya itu di dalam cawan kertas.

Eh ?

Hidayah menjeling jam tangannya. Haah la. Baru pukul 8 pagi.

"Kau tu je yang terlebih rajin datang awal. Pukul 7 dah terpacak kat sini sampai tengah malam. Tak penat ke ?"

"Hek eleh cakap orang. Kau tu kadang-kadang tak balik rumah, sepanjang hari kat galeri tu, tak penat ke," bidas Hidayah.

Terkena pulak aku. Nurin tersengih-sengih. Termos flask yang berisi soya panas itu diletakkan di atas meja kaunter.

"Kau datang ni naik apa ?" soal Hidayah. Dia mencapai termos flask itu lalu dibuka penutupnya.

"Wafiy hantar. Dia pun nak jenguk galeri tadi."

"Dah tu yang kau ada sini buat apa ?"

"Salah ke ?"

"Tak salah. Tanya je."

Nurin ketawa. Mudah betul dia ketawa. Macam orang takde masalah.

Si anak kucing berwarna hitam putih yang diberi nama Mia itu sudah kelihatan lebih besar dari dulu. Nurin hanya memandang Mia itu dengan pandangan tak percaya.

Dah Mia tu dok selamba je duduk atas bahu hidayah. Lepas tu pandang Nurin. Dah la mata bulat. Muka pun jenis macam, contoh la, kat dalam kelas, semua pelajar faham apa yang cikgu explain, lepas tu ada sorang ni tak faham. Muka blur and dia macam 'Haa ? Apa tu ? Haa ?' lebih kurang gitu la muka Mia.

Nurin menggelengkan kepala. Apa benda yang Hidayah suka sangat dengan si Mia tu pun dia tak faham. Hidayah bukan setakat jaga Mia kat adoption center ni je, tapi siap adopt Mia sekali. Kalau Hidayah pergi kerja, dia memang akan bawak Mia.

Hidayah meletakkan Mia di atas lantai. Nak bagi Mia minum susu.

Sempat lagi dia melihat refleksi dirinya di dinding kaca. Terdapat kesan parut yang masih baru pada pipinya. Kena beli ubat parut ni. Habis cacat muka jadinya.

"Nanti kau makan tengahari kat kafe lagi ke ?" soal Nurin sambil menyelak helaian borang di meja kaunter tersebut.

Hidayah memusingkan tubuh. "Haah. Malas nak merayau jauh-jauh."

Nurin berhenti menyelak borang. Dia memandang Hidayah dengan riak wajah yang Hidayah sendiri tak tahu nak tafsirkan macam mana.

"Tak bosan ke hari-hari makan kat kafe ?"

Berkerut seribu dahi Hidayah. "Kenapa tiba-tiba tanya pulak ni ?"

"Sebab aku dah bosan. Pelik je kau tak bosan ke. Kalau sedap sangat makanan kat kafe tu aku faham la jugak," ujar Nurin.

Kebosanan : HidayahWhere stories live. Discover now