🥀☁️
TAUFIQ meletakkan handphonenya di atas meja tepi katil. Dia tersenyum seorang diri. Akhirnya jumpa jugak nombor si mawar perempuan yang pelik tu.
"Hidayah." Sengaja Taufiq menyebut nama Hidayah. Tak sia-sia dia menghabiskan masa berjam kat meja belajar dan mengerah otaknya.
Nama si mawar tu Hidayah. Seriously dia ingatkan nama perempuan tu Ros ke Mawar ke. Dia perasan di depan rumah Hidayah terdapat pasu pokok bunga mawar yang tumbuh segar. Jadi dia mengagak yang Hidayah sukakan bunga mawar.
Teringat pulak kali pertama dia jumpa dengan Hidayah beberapa hari yang lepas. Hidayah betul-betul nampak macam orang yang nak bunuh diri.
Hidayah kata, dia bosan dengan hidup ni. Apa yang membuatkan dia rasa bosan. Banyak benda sebenarnya yang dia nak tanyakan pada Hidayah termasuk la pasal kesan luka dan kesan lebam pada badan Hidayah. Atas alasan apa dia buat macam tu pada diri sendiri.
Dia tak nak la bertanya tadi memandangkan Hidayah sendiri pun tengah demam. Nanti tak pasal-pasal dia kena halau keluar. Dia merasakan yang dia tak patut bertanya kerana ianya berkaitan dengan hal peribadi Hidayah tapi dia betul-betul nak tahu.
Semua orang kat dalam dunia ni nak ada kehidupan yang bahagia. Termasuklah dirinya. Pelbagai cara akan dilakukan untuk meraih kebahagiaan itu. Sesetengah orang merasakan duit boleh mendatangkan rasa bahagia. Ada juga yang hidup bersama dengan keluarga pun sudah mencukupi.
Dan dia sendiri, terdesak untuk rasa bahagia.
Taufiq hanya merenung siling biliknya. Biasan cahaya dari lampu jalan di luar rumahnya membuatkan bilik itu sedikit terang. Dia kurang suka jika biliknya terlalu gelap. Tak sabar rasanya dia nak berjumpa dengan Hidayah esok.
Taufiq memejamkan matanya. Rasa mengantuk menguasai diri. Hidayah dah tidur ke ? Sempat lagi fikirannya menerawang terfikirkan Hidayah. Atau dia hanya ucapkan selamat malam untuk menghentikan perbualan ?
🥀☁️
TAUFIQ menjeling jam tangannya. Baru pukul 1:00 petang. Pukul 2:30 nanti dia nak keluar pergi ke sungai, tempat yang dia janji untuk berjumpa dengan Hidayah walaupun perjalanan dari rumah dia ke sungai itu hanya mengambil masa sekitar 10 minit je kalau naik basikal.
Tak sabar rasanya.
Dia turun ke tingkat bawah. Ingin mengisi perutnya yang lapar. Teringat pulak semalam dengan selambanya dia masak Maggi kat rumah Hidayah. 2 pack pulak tu. Sekali tambah dengan telur. Ikut sedap rasa dia je.
Taufiq ketawa seorang diri.
"Ha Fiq, ada kerja sekolah tak," tegur maknya yang kebetulan baru nak naik ke tingkat atas.
"Fiq dah siapkan dah," balasnya sambil tersengih. Siap kepala hotak dia la. Dia asyik sibuk dengan Hidayah je mana nak fikir pasal kerja sekolah.
"Baguslah. Nanti temankan mak keluar beli barang kejap. Mak tak larat nak angkat barang banyak-banyak nanti."
Sengihan Taufiq terus mati. "Tapi mak, kejap lagi Fiq nak keluar."
"Fiq nak keluar pergi mana ? Selalu time cuti je duduk rumah kan."
"Fiq nak... jumpa kawan." Taufiq jawab dengan nada yang teragak-agak.
YOU ARE READING
Kebosanan : Hidayah
RomansaManusia itu, punya sifat yang ingin disayangi dan menyayangi. Tapi berbeza bagi Hidayah. Dia lebih memilih untuk hidup bersendirian. Baginya, kesepian itu indah. Keindahan yang sangat kelam. Dia memihak untuk berada dalam dunianya sendiri. Manakala...