6

40 7 1
                                    

🥀☁️

"EH, awak ?"

Hidayah mengerutkan dahi. Dia menoleh ke kiri apabila perasan akan ada seseorang ingin menegurnya. Earphonenya ditarik dan hanya disangkutkan pada bahu. Tak sangka betul dia boleh berjumpa dengan orang yang dia kenal kat kawasan sini.

"Bukan awak demam ke ?" Luqman bertanya, ingin tahu. Wajah Hidayah yang agak pucat dipandang.

Hidayah hanya tersenyum hambar. Soalan yang ditanya oleh Luqman agak straightforward. Dia tak tahu sama ada Luqman bertanya kerana ingin tahu ataupun ingin memerlinya kerana demam-deman pun boleh lagi berjalan kaki keluar rumah.

"Masih demam lagi Encik Luqman. Saya keluar ni sebab ada barang nak beli," balasnya lemah. Dia bukan saja-saja buat suara lemah eh. Memang dia tengah tak larat sekarang ni.

"Oh. Tak perlu berencik-encik pun dengan saya. Saya bukannya bos awak. Boleh je panggil saya Luqman."

Hidayah hanya menganggukkan kepala. "Okay." Dia sebenarnya kurang selesa dengan Luqman ditambah lagi dengan apa yang Luqman katakan pada Hadi semalam.

"Awak nak pergi Speedmart kan. Jom la masuk. Saya pun ada barang nak beli." Ajak Luqman. Dia terus je melangkah masuk ke dalam Speedmart.

Hidayah mengangkat keningnya. Adoila. Kenapa dalam banyak-banyak manusia yang dia kenal, mesti Luqman, orang yang terang-terang tidak suka akan dirinya. Perlahan-lahan kakinya melangkah masuk ke Speedmart.

Satu bungkus Maggi ayam diambil. Dia berfikir seketika. Ada apa-apa lagi ke yang dia nak beli selain daripada Maggi ? Mungkin bubur instant. Dah alang-alang dia ada kat kedai sekarang ni.

4 cawan bubur instant diambilnya. Alahai, menyesal pulak tak ambik bakul tadi. Dia memeluk barang yang hendak dibelinya itu namun satu cawan bubur instant itu hampir terjatuh.

Dengan cekap Luqman menangkap cawan bubur instant itu. Dia meletakkan bubur instant itu ke dalam bakul Speedmartnya lalu tersenyum pada Hidayah.

"Letak la barang-barang awak dalam bakul ni."

Hidayah sedikit teragak-agak tapi diletakkan juga barangannya ke dalam bakul Speedmart itu.

"Ni je ke yang awak nak beli ?"

Hidayah menganggukkan kepala.

Luqman hanya tersenyum kecil. Dia membawa bakul yang berisi barangannya dan barangan Hidayah ke kaunter.

"Asingkan Maggi dengan bubur ni ya," kata Hidayah.

"Sekalikan dik," suara Luqman.

Hidayah membulatkan matanya. "Eh tak dik. Asingkan." Dah kenapa dengan Luqman ni. Baik dia bayar terus kat kaunter ni dari bayar kemudian kat Luqman. Bukan ke lagi mudah.

"Sekalikan."

"Encik Luqman, baik asingkan je."

Cashier itu hanya ketawa melihat dia dan Luqman saling bertingkah.

"Lagi baik sekalikan. Dik, sekalikan je. Tak payah fikir 2 kali." Luqman berkata pada cashier itu kemudian dia memandang Hidayah. "Bukan saya dah cakap ke tadi tak perlu berencik-encik dengan saya," kata Luqman.

Hidayah mengangkat keningnya. Eiiii dia ni kang. Aku sibuk dengan benda lain, dia sibuk pasal aku panggil dia encik tu pulak. "Saya nak bayar asing-asing," ujar Hidayah sedikit bengang.

Luqman hanya buat tak endah. Cashier itu pula lebih mendengar cakap Luqman berbanding dirinya. What ? Seriously ? Erghh.

Sakit pulak hatinya.

Kebosanan : HidayahWhere stories live. Discover now