🥀
KAKINYA terjuntai disebabkan katil itu agak tinggi. Dia hanya merenung kakinya yang terjuntai itu sambil mengeluh perlahan. Bantalnya dipeluk erat. Makanan yang ada hanya terbiar sepi tanpa ada rasa ingin menjamah. Rambutnya yang panjang melepasi bahu hampir menutup wajahnya disebabkan dia menundukkan kepala memandang kaki. Kelihatan seram pula.
Daniel hanya perhatikan Hidayah dari jauh. Dah 3 minggu berlalu. Hidayah kelihatan semakin stabil tapi dia masih lagi suka duduk bersendirian. Malah, Hidayah jadi kurang bercakap dengannya. Kalau ada sesi dengannya, Hidayah hanya bercakap apabila dia tanya sahaja.
Marahkah Hidayah pada dirinya ?
Hidayah melompat turun dari katil. Dia berjalan mendekati tingkap. Hanya memandang luar dengan rasa kosong. Melihat burung berterbangan bebas di langit membuatkan Hidayah terasa seperti terikat di wad psikiatri ini. Terpaksa dia bagi alasan pada Hadi perihal ketidakhadirannya. Itupun terpaksa minta handphone kat Daniel and then pulangkan semula. Rasa macam dia telah menyusahkan semua orang saja. Kalau Hadi mencari pekerja lain, macam mana dia nak bayar sewa rumah nanti ?
Hidayah menyandarkan dahinya pada grill besi tingkap itu. Sakit kepala pula bila fikir pasal duit ni. Dia bukannya anak orang senang yang lahir dalam dulang emas. Dia harus bekerja kalau tidak, mana duit hendak masuk. Nak bayar sewa rumah lagi, beri pada maknya lagi. Terasa berat pula kepalanya.
Dia akui yang dia adakalanya mengharapkan bahawa kehidupan yang dia lalui ini adalah satu mimpi ngeri dan dia akan terjaga nantinya. Dan kadang-kadang dia percaya ianya adalah satu mimpi ngeri. Hingga dia terlupa bahawa realitinya itulah yang sedang terjadi. Bukannya satu mimpi ngeri. Ditambah lagi dengan kehilangan seorang sahabat.
Okey, pembetulan.
Hidayah sendiri yang push him away dan mengharapkan bahawa sahabatnya itu akan bahagia tanpa dia. Bodohnya bila difikir semula.
Jadi apabila dia bertanyakan pada Daniel sama ada apa yang dia lalui sekarang ini adalah satu realiti ataupun hanya mimpi ngeri, terus Daniel cop dia tengah mengalami halusinasi. Lepas tu tahan dia sampai sebulan kat wad psikiatri ni. Dia tahu ini bukan halusinasi tapi dia sangat-sangat berharap bahawa apa yang dia rasa dan apa yang dia lalui adalah satu mimpi ngeri yang boleh dia terjaga nanti.
Tiba-tiba, Hidayah dapat merasakan ada seseorang sedang menyentuh rambutnya dari arah belakang. Cepat-cepat dia memusingkan tubuh. Wajah Sakinah yang sedang tersenyum berada betul-betul dihadapannya.
"Kinah ?"
"Kita nak makanan awak boleh ?" pinta Sakinah sambil mengerdipkan matanya. Seakan ingin menunjuk kecomelan sahaja. Sambil itu, tangannya bermain dengan rambut Hidayah. Entah kenapa.
"Ambik la," balas Hidayah.
"Horeyy, dapat makan lebih," sorak Sakinah lalu mengambil tray milik Hidayah dan dibawa ke katilnya. Manakala traynya yang sudah kosong diletakkan di tempat Hidayah.
Hidayah hanya memerhati sebelum memalingkan arah. Sempat lagi matanya berpapasan dengan Daniel yang berdiri memerhatikannya. Tidak jadi dia ingin pandang ke luar tingkap. Dia hanya membalas pandangan Daniel. Dia sedar bahawa Daniel tahu dia berikan makanannya pada Sakinah tapi apa dia kisah.
Tubuhnya yang dulu mempunyai berat 58kg kini kelihatan susut. Bila ditimbang semula, beratnya turun ke 50kg. Ini baru 3 minggu dia duduk kat wad. Kalau 3 bulan. Entah berapa banyak beratnya akan menurun.
Daniel menyusun langkah ke arahnya dengan perlahan. Hidayah hanya berdiri tercegat saja. Seakan menanti Daniel.
"Dah makan ubat ?" Daniel menegur.
YOU ARE READING
Kebosanan : Hidayah
RomanceManusia itu, punya sifat yang ingin disayangi dan menyayangi. Tapi berbeza bagi Hidayah. Dia lebih memilih untuk hidup bersendirian. Baginya, kesepian itu indah. Keindahan yang sangat kelam. Dia memihak untuk berada dalam dunianya sendiri. Manakala...