5

41 7 5
                                    

Migraine - Twenty One Pilots

🥀☁️

HIDAYAH baring mengiring sambil memeluk patung teddy bearnya yang sederhana besar. Dia melihat jam pada handphonenya. Angka yang tertera menunjukkan pukul 8 pagi dan itu tandanya dia dapat tidur selama 4 jam.

4 jam sahaja !!!

Gila ke apa. Semalam dia beli ubat selsema malam dengan harapan selepas makan ubat itu dia dapat tidur dengan nyenyak. Okay, lepas dia makan ubat sekitar pukul 12 macam tu, dalam masa beberapa minit je dia dah rasa mengantuk dan dia terus tidur. Memang berkesan la ubat tu. Macam ubat tidur pulak.

Masalahnya, boleh pulak tengah-tengah malam dia terbangun. Semuanya sebab jiran atas rumah dia bergaduh besar sampai perabot tunggang terbalik ke apa dia sendiri pun tak tahu. Tapi bising nak mampus. Sakit kepala betul. And then dia tak boleh nak tidur balik.

Hari ni dia tak kerja sebab tak sihat. Dia mengharapkan dia dapat rehat secukupnya. Tapi kenapa la ada je benda yang mengacau. Tak guna betul. Dia betul-betul nak tidur. Dia terdesak untuk tidur. Dia... cuma nak rehat je.

Sekurang-kurangnya kalau dia tidur, dia boleh la rehat memandangkan dia tak sihat. Hidayah bangkit dari pembaringannya. Sakit hati pulak dia baring lama-lama tapi takde rasa mengantuk. Teddy bear yang berwarna coklat terang seperti warna pasir itu diletakkan berdekatan dengan bantal. Dia sayangkan patung teddy bearnya itu.

Itu adalah hadiah dari ibunya. Ibunya belikan sewaktu dia berusia 13 tahun. Beli di Econsave. Kebetulan sewaktu ibunya tengah beli barang, terjumpa pula dengan patung teddy bear ni. Harga murah pulak tu disebabkan tak berapa laku dan sudah lama tergantung bersama mainan lain.

Gigih benar ibunya hendak membelikan patung teddy bear itu. Dia betul-betul gembira kerana sejak kecil lagi dia teringin ada patung teddy bear. Hendak yang kecil pun tidak mengapa tapi dia bukan berasal dari keluarga yang senang.

Sekarang ni usianya sudah mencecah 23 tahun dan patung teddy bear ini masih lagi bersamanya. Dia benar-benar sayangkan patung teddy bear ni.

Hidayah tersenyum kecil.

Rindu pulak dengan suasana kampungnya. Rindu dengan ibunya yang suka berleter. Rindu dengan adik perempuannya yang suka mengusik dia. Rindu dengan abangnya yang menyakitkan hati.

Dia menggaru-garu lengannya yang terasa gatal. Mungkin sebab lukanya hendak sembuh kot. Dia memandang kedua lengannya yang penuh dengan luka. Ada yang ditampal dengan plaster dan ada juga luka yang semakin sembuh. Dan ada juga kesan parut.

Dia akui, kesan luka dan kesan lebam ditubuhnya adalah hasil dari perbuatannya sendiri. Dia lakukan itu hanya kerana dia...

Kebosanan...

🥀☁️

TAUFIQ menulis nota yang ditulis oleh cikgunya di papan putih. Apabila dia ingin memandang hadapan untuk melihat papan putih, Alisa memusingkan tubuhnya dan tersenyum padanya. Namun, dia buat tak endah saja. Dia pura-pura khusyuk menyalin nota. Alisa mencebik bibir.

Nasib dia duduk di belakang sekali dan Alisa duduk di baris kedua hadapan. Takdelah Alisa mengganggunya ketika ada cikgu di depan.

Hari ni maknya kata akan pulang lambat ke rumah sebab kena jumpa client. Kakaknya, Madina pula tidur di rumah abahnya. Maksudnya nanti dia akan berseorangan di rumah. Sekali lagi.

Kebosanan : HidayahWhere stories live. Discover now