🥀🌧️
TELINGANYA dapat menangkap bunyi orang berbual di tingkat bawah. Itu punca yang membuatkan Hidayah terbangun. Padahal dia sudah enak tidur. Lena pulak tu.
Matanya ditenyeh perlahan. Dengan bersusah-payah, dia membuang selimut yang membaluti tubuhnya. Terpisat-pisat dia memandang sekeliling. Namun dia tak berniat untuk turun dari katilnya. Dia hanya duduk di birai katil sambil termenung seketika.
Perut terasa pedih sedikit disebabkan dia belum makan malam. Hendak tak hendak, dia turun juga dari katilnya itu dan juga turun ke tingkat bawah. Meskipun rasa malas dan mengantuk menguasai diri.
Dari anak tangga atas Hidayah dapat mendengar suara Nurin bercakap-cakap. Mungkin Nurin punya kawan kot. Hatinya meneka. Rambutnya yang terasa serabai disisir bagi kemas. Nak patah semula untuk tengok cermin rasa malas kerana dia sudah menyusun langkah turun ke tingkat bawah.
Jadi dia sekadar menyisir rambut begitu saja. Agak-agak terasa kemas sudah la. Lagipun dia turun untuk pergi ke dapur dan mencari makanan. Bukannya hendak melepak di ruang tamu bersama dengan kawan Nurin ke apa.
"Hoi Dayah," pekik Nurin apabila terserempak dengannya di tangga.
Terperanjat ! Tergamam Hidayah apabila disergah begitu oleh Nurin.
"Kau pergi mana ? Danny dengan aku call kau banyak kali tapi tak angkat pun," ujar Nurin.
Hidayah blur. Maklumlah baru bangun tidur.
"Handphone habis bateri kot. Tak perasan la," balasnya.
Nurin menganggukkan kepala tanda memahami.
"Dah la, pergi layan pakwe kau kat ruang tamu tu."
"Huh ?"
"Tak payah nak huh huh sangat. Dia risau. Cari kau kat kafe tapi kau takde. Tanya Kim, Kim kata kau hantar kopi kat aku. Bila tanya aku, aku cakap la mungkin kau dah balik ke apa," tuturnya sambil memandang ke arah pintu.
"Siapa hantar kau balik ni ?"
"Danny la. Dah alang-alang dia nak jumpa kau. Baru je sampai ni," balas Nurin bersedia untuk naik ke tingkat atas. Nampak sangat letihnya tu.
Hidayah terasa tidak ingin bertemu dengan sesiapa ketika ini. Dia hanya ingin turun makan. Itu sahaja. Kakinya menapak turun dari tangga. Matanya menangkap kelibat Daniel yang sedang duduk di atas sofa sambil tangannya menaip sesuatu di handphone.
Alamak ai. Patut ke jumpa. Atau tak ?
Hidayah pantas memusingkan tubuhnya, hendak naik ke tingkat atas. Menunjukkan bahawa dia tidak mahu berhadapan dengan Daniel ketika ini. Nanti mintak tolong Nurin la, kata kat Daniel yang dia tak sihat ke apa ke.
Belum sempat kakinya melangkah, namanya diseru oleh Daniel. Damn it.
Perlahan-lahan Hidayah memusingkan tubuhnya kembali. Bibirnya menyulam senyuman kecil.
"Awak okey ?" Ada benda lain yang ingin Daniel tanyakan tapi soalan itu yang terpacul dari bibir.
"Okey je. Kenapa ?"
YOU ARE READING
Kebosanan : Hidayah
RomanceManusia itu, punya sifat yang ingin disayangi dan menyayangi. Tapi berbeza bagi Hidayah. Dia lebih memilih untuk hidup bersendirian. Baginya, kesepian itu indah. Keindahan yang sangat kelam. Dia memihak untuk berada dalam dunianya sendiri. Manakala...