3

58 11 5
                                    

🥀☁️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥀☁️

HIDAYAH berjalan perlahan. Tangannya memegang sebatang payung yang berwarna hitam. Pada sebelah tangannya pula dia mengendong satu bakul kecil. Terdapat beberapa kuntum bunga mawar berwarna merah yang masih segar.

Setelah puas menangis tadi, dia mengambil keputusan untuk keluar berjalan ambil angin. Memang ambil angin betul. Sedari tadi angin kuat ditambah lagi dengan hujan lebat benar-benar buat dia rasa menyesal kerana berjalan kaki. Habis kasutnya basah.

Bunga mawar merah yang berada dalam bakul kecilnya itu adalah bunga mawar yang dia petik dari pokok bunga di rumah. Alang-alang dah keluar ambil angin, dia ada satu tempat yang ingin dia pergi.

Begitu lama dia berfikir hingga dia tidak sedar kakinya sudah sampai ke destinasi yang ingin dia tuju. Air sungai yang biasanya kelihatan tenang mengalir, hari ini begitu deras dek kerana hujan lebat sedari tadi lagi. Paras air juga kelihatan tinggi. Kalau hujan tak berhenti hingga ke malam, memang boleh banjir kawasan sungai ni.

Hidayah mengeluh perlahan. Biasanya akhir tahun kawasan sungai ni akan banjir hingga tidak boleh lalu langsung di jambatan. Jarang berlaku di pertengahan tahun tapi jika lihat dari situasi hujan lebat yang tak berhenti ni, memang akan banjir sungai ni nanti.

Serasanya boleh dikatakan setiap tahun, pasti akan ada kes budak lemas la, atau mati la. Sebab main kat kawasan sungai waktu macam ni. Dengan air derasnya. Memang peluang untuk selamat tu sangat tipis.

Dan peluang untuk mati tu... sangat tinggi.

Hidayah meletakkan payungnya di atas tanah. Bakul kecilnya juga diletakkan berdekatan dengan payung. Dia mengambil beberapa kuntum bunga mawar merah yang berada dalam bakul itu dan meninggalkan hanya sekuntum saja di dalam bakul.

Lalu, dia berjalan hingga ke tepi sungai. Tidak peduli akan baju yang basah. Sekuntum bunga mawar merah itu dicampakkan ke dalam sungai.

Untuk manusia yang kesepian dan kesunyian.

Sekuntum bunga mawar lagi dicampakkan ke sungai.

Untuk manusia yang kesedihan dan keseorangan.

Sekali lagi dia mencampakkan bunga mawar itu ke dalam sungai.

Untuk manusia yang kebosanan dan kesendirian.

Ada lagi sekuntum bunga mawar dalam genggamannya. Dia menggenggam erat hingga duri-duri yang ada pada tangkai bunga mawar itu melukakan kulitnya. Darah merah menitis ke tanah.

Hidayah mengangkat tangannya yang menggenggam bunga mawar itu seakan ingin menunjuk pada langit. Darah mengalir hingga ke lengannya. Habis cardigan putihnya kotor dengan darah.

"Kenapa aku tak pernah nampak pelangi selepas hujan ? Aku selalu menantikan pelangi selepas hujan. Kenapa pelangi tak pernah muncul ? Kenapa aku hanya dapat melihat awan yang menangis ? Kenapa ?" Hidayah menjerit pada langit sekuat hati. Lega pulak dapat menjerit ni. Nasib kat kawasan sungai ni takde orang yang lalu-lalang.

Kebosanan : HidayahWhere stories live. Discover now