Angel by Damien Dawn feat Anna Blue
🥀
DANIEL menjinjit mangkuk tingkat yang berisi bekal makanan. Tak sempat nak breakfast tadi kat rumah jadi Wafiy awal-awal lagi dah tolong bungkuskan makanan untuk dia. Oh, lupa nak bagitahu, malam tadi Wafiy tidur di rumahnya. Buat macam rumah sendiri pula.
Lepas tu bangun awal pagi tolong uminya memasak sarapan pagi kat dapur macam anak dara. Kakaknya memang tak dapat nak tolong sebab bersiap-siap hendak pergi ke tempat kerja juga sama seperti Daniel. Kakaknya, Dania itu bekerja sebagai seorang cikgu di sekolah rendah.
Adiknya, Daniella pula, jangan harap nak tolong maknya kat dapur. Lepas subuh saja terus sambung tidur sampai la pukul 8 pagi. Lepas bangun tu terus siap-siap untuk pergi ke tempat kerja. Adiknya hanya bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat kecil.
Dan Daniel pula, lepas subuh je dia terus siap-siap nak pergi kerja. Nak tolong uminya kat dapur ? Macam tak jantan je, hmm... Tapi Wafiy tu rileks je tolong uminya kat dapur. Siap tolong hidang sekali. Lepas sarapan, terus pergi ke belakang rumah layan ayam-ayam belaan abahnya. Kadang-kadang Daniel rasa cemburu juga pada Wafiy yang nyata lebih rapat dengan keluarganya berbanding dengan dirinya.
Bila Daniel cuti saja, dapatlah dia melepak di rumah. Ingatkan nak bantu abahnya buat kerja ke apa ke, tapi sebaliknya yang berlaku. Abahnya boleh pula call Wafiy untuk bantu dia buat kerja. Tak sampai 10 minit, Wafiy dah sampai rumah dah siap-siap dengan kain lap peluh kat leher dan kasut but hitam. Alatan bertukang semua Wafiy tahu benar kat mana tempatnya.
Daniel mengetuk jarinya pada dinding lif. Kan best kalau waktu kerjanya macam Wafiy. Tak kerja pun, duit masuk macam biasa tiap bulan.
Daniel mengeluh. Dia menggelengkan kepala. Dah, dah. Jangan bandingkan hidup dia dengan Wafiy. Sekurang-kurangnya, Daniel ada keluarga yang saling melengkapi. Dia pun tak rasa sunyi. Wafiy pula, kaya dengan harta tapi hidupnya sunyi. Sentiasa bersendirian jadi dia mengisi kesendirian itu dengan meluangkan masa bersama dengan keluarga Daniel.
Daniel berjalan ke arah wad psikiatri dan menuju ke pejabatnya. Dia lalu di hadapan wad yang ditempati oleh Hidayah. Kelihatan Hidayah masih lagi tidur dengan nyenyak. Dia berjalan ke arah katil Hidayah. Wajah Hidayah yang kelihatan sembab itu ditatap sepuas hati.
"You, doktor kepada Dayah kan ?" soal seseorang dari arah belakangnya.
Daniel agak terkejut namun dikawalnya rasa terkejut itu. Pagi-pagi lagi dah hilang kemachoannya. Dia memusingkan tubuhnya ke belakang. Kelihatan seorang pesakit yang duduk bersebelahan dengan katil Hidayah memandangnya. Aleeya namanya kan ? Seingat Daniel la.
"Ya, kenapa ?" Daniel bertanya kepada Aleeya. Pelik juga dia. Dah kenapa tiba-tiba tanya. Ada apa-apa hal ke ?
"Jangan kacau Dayah tidur. Dia perlukan rehat dari orang macam you," ujar Aleeya seakan ingin memarahi Daniel saja lagaknya.
Aleeya memandang tajam ke arah Daniel. Dia mempunyai penyakit borderline identity disorder tak silap Daniel. Dia baru saja masuk minggu lepas. Kalau tidak di sebelah katil Hidayah ni kosong saja.
"Excuse me ?"
"Tak payah nak excuse me sangat la. Ingat I tak nampak yang you selalu perhatikan Dayah. Kalau Dayah takde apa-apa hal dengan you, lagi baik you jangan datang jumpa Dayah," kata Aleeya memberi amaran.
YOU ARE READING
Kebosanan : Hidayah
RomanceManusia itu, punya sifat yang ingin disayangi dan menyayangi. Tapi berbeza bagi Hidayah. Dia lebih memilih untuk hidup bersendirian. Baginya, kesepian itu indah. Keindahan yang sangat kelam. Dia memihak untuk berada dalam dunianya sendiri. Manakala...