🌹☁️
HIDAYAH perasan kereta Daniel di tepi rumahnya. Dahinya berkerut seribu. Dah kenapa Daniel ada kat rumahnya malam-malam gini. Jam dah tunjuk pukul 10 malam. Kalau Daniel hantar Nurin pun, takkan la menunggu je kat dalam kereta.
Dia perasan yang sejak akhir-akhir ni, Daniel memang rajin betul menghantar Nurin pagi-pagi pergi kerja kemudian jemput balik. Waktu hujung minggu tu dia faham la tapi hari minggu pun sama. Selama ni Wafiy yang jadi pemandu tak berbayar Nurin.
Apabila Daniel nampak saja kereta Hidayah, dia tolong membukakan pagar. Hidayah tak berkata apa. Terus saja masuk parkir kereta. Bukannya dia menyuruh Daniel pun.
Hidayah melangkah keluar dari keretanya. Beg bertali silangnya yang berada di tempat duduk sebelah diambil sekali.
"Awak pergi mana, malam macam ni baru balik ?" soal Daniel sejurus saja Hidayah melangkah keluar dari kereta.
Terangkat bahu Hidayah. Terkejut. Tiba-tiba saja Daniel menyergahnya.
"Saya hantar Nurin tadi pukul 6 petang. Sekarang ni dah pukul 10 malam."
"Saya tahu la dah pukul 10 malam," balas Hidayah. Nada suaranya masih kedengaran biasa.
"And then ?"
"What ?"
"Care to explain ?"
Hidayah mendengus. Terasa rimas. Diasak soalan oleh Daniel ni buatkan dia betul-betul rasa rimas.
Daniel menolak tubuh Hidayah hingga tersandar lalu kedua belah tangannya melekap pada kereta. Seperti dia memerangkap tubuh Hidayah.
"Apa awak ni," marah Hidayah.
Hidayah ingin menolak tubuh Daniel tapi masalahnya badan Daniel ni sedikit pun tak bergerak. Adoi, tak cukup kuat rupanya aku ni.
"Saya tanya awak sekali lagi. Mana awak pergi sepanjang hari ni ? Selain daripada klinik," soal Daniel dengan tegas. Dia perasan yang Hidayah pasti ada pergi ke klinik. Balutan pada tangan dan pipinya itu menjadi bukti.
"Jalan-jalan ambil angin," balas Hidayah.
"Ambil angin dengan siapa ?" soal Daniel lagi. Dia yakin dan cukup pasti yang Hidayah tidak keluar berseorangan. Ditambah lagi dengan cerita Kim perihal lelaki di kafe itu.
Gerak hatinya mengatakan bahawa lelaki itu adalah Taufiq. Kerana itu Hidayah bertindak melarikan diri. Tak mustahil Taufiq mencari Hidayah lagi.
Damn it.
Daniel memang tak dapat nak kawal rasa cemburunya. Dia tahu yang Hidayah sudah lama menantikan Taufiq. Kerana itu dia terburu-buru hendak menjadikan Hidayah isterinya. Tapi apabila Hidayah sering mengelakkan diri darinya, dia kurang bercakap perihal perkahwinan lagi dengan Hidayah.
Hidayah mengetap bibirnya.
"Jawab Dayah," sergah Daniel.
Terperanjat Hidayah dibuatnya. Nasib baik takde sakit jantung. Kalau ada sakit jantung ni, memang dah jalan dah.
"Yang awak nak sibuk sangat kenapa. Dulu saya pergi mana-mana, balik lewat ke apa takde pulak awak bersoal macam ni," marah Hidayah.
YOU ARE READING
Kebosanan : Hidayah
RomanceManusia itu, punya sifat yang ingin disayangi dan menyayangi. Tapi berbeza bagi Hidayah. Dia lebih memilih untuk hidup bersendirian. Baginya, kesepian itu indah. Keindahan yang sangat kelam. Dia memihak untuk berada dalam dunianya sendiri. Manakala...