🥀☁️
HIDAYAH duduk berjuntai kaki di atas batu. Kakinya yang tidak berselipar itu sengaja dibiarkan terkena aliran air sungai. Sejuk rasanya.
Dia mencapai handphonenya yang berada di dalam poket cardigan. Jam pada handphone itu sudah menunjukkan pukul 3:47 petang. Taufiq kata mungkin pukul 3 lebih dia akan sampai.
Takpe, masih ada masa lagi sebelum pukul 4. Dia menekan icon aplikasi WhatsApp. Nama Taufiq berada di atas sekali. Patut ke dia WhatsApp Taufiq ? Atau tak patut ?
Hidayah mengeluh perlahan.
Dia menyimpan semula handphonenya ke dalam poket cardigan. Wajahnya ditundukkan. Kenapa Taufiq nak berjumpa dan melepak dengannya ? Apa yang membuatkan Taufiq mendekatinya ?
Baru sekarang dia terfikir. Dia tak rasa yang Taufiq tu bodoh sampai tak boleh nak fikir yang dia ni... suicidal. Yup, itu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan dirinya.
Jadi kenapa Taufiq hendak berkawan dengan orang suicidal sepertinya. Jelas sangat ke yang dia ni kesepian ? Taufiq ingin berkawan dengannya atas dasar kesian ke ?
Tiba-tiba bunyi guruh berdentum menyapa telinga. Bahunya terhenjut kerana terkejut dengan bunyi guruh. Jangan kata yang hari ni pun nak hujan jugak. Dia mendengus kasar. Asyik hujan je.
Tangannya menyeluk poket cardigan. Dia mengambil handphonenya untuk melihat jam. Sudah pukul 4:04 petang. Dia memandang ke arah jambatan. Jambatan itu kelihatan kosong saja.
"Mana Taufiq ni," soalnya pada diri sendiri. Nada suaranya kedengaran sayu. Taufiq sendiri yang ingin berjumpa dengannya di sini. Tapi kenapa Taufiq tak sampai lagi.
Adakah Taufiq sengaja ingin mempermainkan dirinya. Hidayah memegang kepala yang terasa suam-suam. Demamnya masih belum kebah lagi sebenarnya. Tapi dia gagahkan juga dirinya berjalan kaki ke sungai ini untuk berjumpa dengan Taufiq.
Untuk kali pertama dalam hidupnya, dia bangun dari tidur dengan senyuman. Dia sendiri tak faham dengan dirinya. Adakah selama ni dia terlalu kesunyian ? Hinggakan seseorang hadir dalam hidupnya sekarang menjadikan dia sedikit seronok ? Seakan rasa bosan berkurangan setelah hadirnya Taufiq.
Jam di handphone sudah menunjukkan pukul 5 petang. Hidayah masih menanti di situ. Hujan yang menitik mengenai tubuhnya hanya dibiarkan. Dia duduk di atas batu sambil mendongakkan kepala ke atas. Tidak kisah jika dia terkena hujan sekalipun.
Air matanya mengalir dan bercampur dengan air hujan. Tubuhnya sudah basah kuyup.
YOU ARE READING
Kebosanan : Hidayah
RomanceManusia itu, punya sifat yang ingin disayangi dan menyayangi. Tapi berbeza bagi Hidayah. Dia lebih memilih untuk hidup bersendirian. Baginya, kesepian itu indah. Keindahan yang sangat kelam. Dia memihak untuk berada dalam dunianya sendiri. Manakala...