Can't Help Falling In Love - Twenty One Pilots (Cover)
🥀☁️
TAUFIQ memandang ke arah langit yang kelihatan mendung. Dia mengukir senyuman manis. Nasib baik dia sudah pulang ke rumah. Kalau tak mahunya basah kuyup dia nanti.
Kakinya menapak ke arah katil yang betul-betul bersebelahan dengan tingkap. Dia memeluk kedua lututnya.
Matanya memandang ke tingkat bawah. Kelihatan kakaknya ingin membuang sampah sambil memayungi diri menggunakan payung berwarna merah jambu.Dahinya berkerut. Bila masa pula kakaknya pulang dari kolej ? Dia tak nampak pun kereta kakaknya parkir di luar pagar. Atau kereta kakaknya rosak lagi ? Mungkin.
Dia mengambil novel 13 Reasons Why yang berada di atas meja kecil tepi katilnya. Novel itu sudah diulang baca beberapa kali. Sewaktu dia nak beli dulu, dia sampai order kat kedai buku MPH sebab novel 13 Reasons Why kehabisan stok ketika itu. Seminggu lebih dia menunggu novel tu restock semula.
Baru saja tangannya menyentuh kulit novel tersebut, matanya terpandang sebuah ukulele yang terletak cantik di tepi meja. Terus saja dia mengubah fikirannya. Tidak jadi ingin membaca novel.
Dia baru saja belajar main ukulele ni awal tahun yang lalu. Hanya sekadar suka-suka sahaja. Tapi sekadar suka-suka pun, lebih RM600 dia belanjakan duit untuk beli ukulele ni. Sampai bergaduh dengan maknya sebab dia gunakan duit simpanan belajarnya.
Sekarang ni duit simpanan untuk dia sambung belajar nanti tinggal suku saja. Punya la dia kumpul gila-gila duitnya itu sampai adakalanya dia tidak makan di sekolah. Lepas tu pergi belanja duit tu untuk beli ukulele. Padan la maknya marah.
Tapi entah kenapa idea gila tu boleh mencelah dalam kepala otaknya itu. Dia tersengih seorang diri.
Dia memetik string ukulele tersebut dan nyanyikan lagu Can't Help Falling In Love. Itu adalah lagu pertama yang dia belajar main kat ukulele. Menyesal tak sudah dia pilih lagu tu untuk belajar. Kalau dia dah pandai main ukulele dan nak belajar lagu Can't Help Falling In Love tu takpela jugak sebab lagu tu untuk intermediate. Masa dia mula-mula nak main dulu dia kategori beginner.
Patutnya dia belajar lagu This Is Gospel by Panic! At The Disco je. At least chord ulang-ulang. Senang sikit. Tapi, apa-apa je la. Dia dah belajar main dah pun. Walaupun lagu Can't Help Falling In Love tu by Elvis Presley, dia main ikut versi Twenty One Pilots sebenarnya. Dia minat dengan Twenty One Pilots.
Dulu waktu dia tingkatan 1 sampai tingkatan 2, dia pernah belajar main piano tapi disebabkan maknya tidak ada duit untuk hantar dia ke kelas piano, dia terpaksa berhenti. Dah la waktu dia nak belajar main piano, penuh dengan budak-budak berbangsa cina. Dia pelajar paling tua kat situ. Semua pelajar masih budak lagi. Ada juga yang masih bersekolah tadika.
Dia bukannya minat muzik sangat pun jadi dia tak kisah pun berhenti kelas piano dulu. Dia sendiri tak tahu kenapa maknya hantar dia ke kelas piano.
Sekarang ni dia sibuk main ukulele pula. Tak sedar agaknya dia nak SPM tahun ni.
Habis saja dia nyanyikan lagu Can't Help Falling In Love tu dia terus letakkan ukulele di atas katilnya. Perutnya terasa lapar tapi dia tak rasa nak makan pun. Malas betul nak turun bawah. Makanan apa je yang ada kat rumah. Maknya belum balik untuk masak. Kalau nak harapkan dia masak, Maggi je la jawabnya.
🥀☁️
TAUFIQ menapak perlahan-lahan menuruni tangga. Kakaknya sedang melepak di hadapan tv menonton cerita seram The Conjuring sambil makan Samyang, dia rasa. Tak habis-habis dengan makanan Korea.
YOU ARE READING
Kebosanan : Hidayah
RomanceManusia itu, punya sifat yang ingin disayangi dan menyayangi. Tapi berbeza bagi Hidayah. Dia lebih memilih untuk hidup bersendirian. Baginya, kesepian itu indah. Keindahan yang sangat kelam. Dia memihak untuk berada dalam dunianya sendiri. Manakala...