🥀☁️
GRILL dibuka perlahan. Kemudian dia membuka pintunya. Kasutnya ditanggalkan dan disusun di atas rak kasut. Baru saja dia ingin menutup grillnya, namanya dipanggil oleh seseorang.
"Hidayah."
Hidayah melihat orang itu yang kini sedang berdiri di hadapannya dengan nafas yang tercungap-cungap.
"Aku.. cuba.. kayuh basi..kal laju," kata orang itu tersekat-sekat. Dia menundukkan badan kerana keletihan. Tangannya ditongkatkan pada lutut. Peluh yang berjejeran di dahi dilapkan dengan tangan.
Penat betul rasa. Dia kayuh laju macam orang gila tadi. Sampai ke kawasan flat, terus di tongkatkan basikal dan berlari naik tangga. Fuhh...
"Kau nak air ?" Hidayah bertanya. Kesian la pulak menengoknya.
"Sure. Sure. Air." Orang itu membalas.
Hidayah terus masuk ke dalam rumahnya dan membuka peti sejuk. Air kotak soya Homesoy diambil.
Apabila dia memusingkan badan, orang itu berdiri betul-betul di hadapannya. Bahunya terjongket sedikit.
Terkejut.
Dia hanya menghulurkan air kotak soya itu dan terus berundur untuk pergi ke dapur. Belum sempat dia berbuat begitu, tangannya ditarik mendekati orang itu.
"Taufiq," sebutnya perlahan.
Dua ulas bibir Taufiq membentuk satu senyuman. Kali pertama dia mendengar Hidayah memanggil namanya.
"I like when you call my name," kata Taufiq sambil tersenyum.
Pakk !
Tiba-tiba kepalanya diketuk dengan air kotak. Terus dia melepaskan tangan Hidayah. Walaupun kena ketuk dengan air kotak, terasa sakit jugak tau. Ditambah dengan kekuatan pukulan Hidayah. Seakan ingin melepaskan geram pulak.
"What's that for ?" Taufiq menggosok-gosok bahagian kepala yang baru diketuk oleh Hidayah. Dia tak sedar pulak Hidayah keluarkan dua kotak air soya tadi.
"Huhh ? What's that for kau tanya ? Bodoh ke. Dah la tiba-tiba datang. Sebab kesian je aku bagi kau air kotak tu. Kalau tak aku biar je kau keletihan kat luar," bebel Hidayah. Serasanya sudah lama dia tak berbual dengan seseorang.
Plastik straw dikoyak dan dibuang ke tong sampah. Dia mencucuk straw itu ke lubang air kotak soya Homesoy itu dan terus minum. Terasa sejuk tekaknya.
"Kau ni makin kuat membebel pulak. Masih marahkan aku lagi ke ?"
"Siapa yang marah ? Aku tak marah pun. Kenapa kau kata aku marah pulak. Yang kau ni kenapa datang sini ? Dari mana ? Tak sangka pulak aku yang kau ni budak sekolah. Kalau kau dari sekolah, lambat betul kau balik." Hidayah berkata dengan sekali nafas je. Soalan yang ditanya langsung tak dapat ditangkap oleh Taufiq.
Dah cakap pun laju macam peluru.
"Kau cakap apa Hidayah ? Laju sangat. Aku tak dapat nak tangkap."
Hidayah membuat muka. Erghh. Kenapa la aku kena layan budak sekolah ni. Ingatkan sebaya ke apa. Rupanya budak sekolah menengah.
"Apa-apa je la Taufiq," kata Hidayah lalu berjalan ke ruang tamu.
"Eh tunggu la. Aku belum nak cakap apa-apa lagi dengan kau," kata Taufiq lalu menarik kuat tangan Hidayah.
Dengan pantas Hidayah menepis tangannya dan memegang tangan yang ditarik oleh Taufiq. Matanya membulat melihat pergelangan tangannya yang terdapat sedikit kesan darah.
"Tu... darah ke ?" Taufiq bertanya dengan nada suara yang teragak-agak. "Kau buat apa Hidayah ?"
Hidayah menggelengkan kepala.
YOU ARE READING
Kebosanan : Hidayah
RomanceManusia itu, punya sifat yang ingin disayangi dan menyayangi. Tapi berbeza bagi Hidayah. Dia lebih memilih untuk hidup bersendirian. Baginya, kesepian itu indah. Keindahan yang sangat kelam. Dia memihak untuk berada dalam dunianya sendiri. Manakala...