In Love with you - Noh Salleh feat Aizat Amdan
🥀🌧️
Lima tahun kemudian.
"KOPI o satu, tak nak gula dan uuu~ nak kek black forest ni sepotong," kata Nurin pada barista tersebut. Jarinya menunjuk ke arah kek black forest yang berada dalam kabinet kaca tersebut.
"Americano la Ris. Americano !" ujar seorang perempuan, membetulkan order Nurin. Perempuan itu kelihatan lebih bergaya berbanding Nurin yang kelihatan sempoi memakai seluar jeans hitam dipadankan dengan t-shirt kelabu yang dilapisi oleh kemeja kotak-kotak berwarna merah.
"Hei Mira. Ingatkan kau takde tadi. Baru ingat nak curi staff kau sorang ajak sembang." Nurin berkata dengan ceria.
Perempuan yang dipanggil Mira itu menjulingkan mata ke atas. Menjengkelkan.
"Macam mana kau boleh suka dengan americano tanpa gula. Pahit nak mampus."
"Panggil je la kopi o. Nak americano bagai. Kau, bila nak makan, sambal tempoyak jugak yang kau cari," kata Nurin, kedengaran seperti menyindir tapi itu bukan niatnya.
"Ada beza la kopi o dengan americano," bidas Mira.
Nurin mengangkat tangannya dan ditunjukkan pada Mira. "Whatever my friend."
Mira menepis tangan Nurin. "Sekarang ni baru pukul 9 pagi la Ris. Mana elok minum kopi waktu macam ni," marah Mira. Dia memang sentiasa memanggil Nurin dengan nama Ris.
Nurin buat tak endah saja. Dia berjalan ke meja kecil di tepi dinding kaca. Dia suka melihat suasana luar ketika minum kopi. Beg galasnya diletakkan di tepi meja. Kelihatan ada skateboard yang diikat dengan strap pada beg galas tersebut.
"Ish kau ni, aku nasihat tak nak dengar," bebel Mira sebelum melabuhkan punggung di tempat duduk bertentangan dengan Nurin.
"Dah tu, yang kau bukak kafe pukul 8:30 pagi dah kenapa ?"
Mira ingin menjawab, namun ditutupnya mulut semula. Dahinya berkerut. Ye tak ye jugak.
Nurin hanya ketawa kecil. Geli hati.
Secawan koko panas dan sepiring kek black forest diletakkan di hadapan Nurin. Nurin berkerut dahi. "Aku order kopi tadi, bukannya air koko."
Kini, giliran Mira pula yang ketawa. "Aku pesan kat barista aku tu, kalau kau order kopi, bagi air koko," ujar Mira sambil ketawa.
"Unbelievable."
"What ? You need to stop from drinking coffee. Bulan lepas kau masuk hospital sebab apa ? Sebab terlebih minum kopi kan," bebel Mira.
Nurin menggaru-garu dahinya dengan kasar. "Membebel je kerja kau ni. Takpe la, aku buat kopi aku sendiri." Nurin bangun dari kerusinya. Mentang-mentang kafe tu sahabat baik dia punya, sesuka hati je dia nak buat kopi sendiri.
"Nope, you're forbidden to make your own coffee at here." Halang Hidayah yang secara tiba-tiba muncul di hadapan Nurin.
"Oh god." Nurin meletakkan telapak tangannya pada dada. Terkejut. Sejak bila Hidayah ni pandai menyelinap tanpa dia perasan.
"I need to drink my morning coffee. Move away kiddo, before I hit you with my bottle." Nurin mengangkat botol airnya yang berupa botol kaca. Entah bila masa dia capai botol air dia tu. Langsung tak sedar. Well, who say that Hidayah is sneaky than Nurin.
"Wohoo... Ris, calm down," kata Mira cuba menenangkan Nurin yang kelihatan ingin mengamuk kerana tak dapat minum kopi.
Nurin meletakkan botol air kacanya di atas meja. "Guess I become aggressive without my morning coffee."
YOU ARE READING
Kebosanan : Hidayah
RomanceManusia itu, punya sifat yang ingin disayangi dan menyayangi. Tapi berbeza bagi Hidayah. Dia lebih memilih untuk hidup bersendirian. Baginya, kesepian itu indah. Keindahan yang sangat kelam. Dia memihak untuk berada dalam dunianya sendiri. Manakala...