🌧️
"FIQ, jom makan sekali," ajak abahnya yang berada di meja makan. Taufiq yang ketika itu baru saja menapak turun dari tangga hanya memandang abahnya yang ketawa bersama dengan isteri keduanya a.k.a ibu tirinya.
Nazrul dan Nazira tidak kelihatan pula di meja makan. Hanya abahnya, ibu tirinya serta seorang adik tirinya Kristina yang berada di meja makan. Adik tiri ataupun half sibling since mereka mempunyai ayah yang sama tapi berbeza ibu.
Taufiq hanya mengeluh perlahan. Tanpa mengendahkan suasana tersebut, dia terus melangkah ke arah pintu dan keluar dari rumah. Kasutnya yang berada di atas rak dicapai lalu disarungkan pada kaki.
Keluar saja dari kawasan rumah ayahnya, dia melangkah perlahan ke taman permainan yang berada berdekatan. Buaian yang kelihatan usang itu menjadi pilihannya. Dia duduk di atas buaian itu. Teringat pula akan si mawar. Kali terakhir mereka melepak bersama, mereka berdua bermain buaian.
Angin kuat menyentuh wajahnya. Taufiq membetulkan beanie yang tersarung pada kepalanya. Rambutnya yang semakin panjang berbanding waktu dia sekolah dulu kelihatan terbuai-buai mengikut arah angin. Meskipun dia sudah menutup rambutnya menggunakan beanie, masih ada jua rambutnya yang berjuntai di dahi.
Sesekali tangannya menepis-nepis rambut yang terjuntai mengenai mata. Menyakitkan hati betul la rambut ni. Marahnya dalam hati. Memang boleh cari gaduh betul.
"Kau baru lagi ke kat sini ?"
"Oi terkejut aku. Tak reti bagi salam ke ?" Taufiq berkata sambil mengusap dadanya. Rambutnya diselitkan ke dalam beanienya. Haa baru tak terbang. Setelah itu, dia memandang ke arah seorang remaja lelaki yang mungkin sebayanya sedang berdiri bersebelahan dengan buaian.
Remaja lelaki itu hanya ketawa. Dia membetulkan topinya. "Sorry la. Tak sengaja," balas lelaki itu sambil ketawa menutup mulut. Kelihatan ayu sungguh.
Taufiq mencebik.
"Nama aku Haziq," ucap remaja lelaki itu memperkenalkan dirinya.
"Taufiq," balas Taufiq sepatah.
Serius dia tak rasa nak buat kawan pun kat sini. Lagipun dia bukannya nak tinggal lama kat rumah abah dia. Dia yakin satu hari nanti dia pasti akan tinggal bersama dengan maknya semula. Lepas tu, dia cuma menanti keputusan SPM kemudian sambung belajar, tinggal kat asrama dan bla bla bla. College stuff. Malas nak explain panjang lebar.
"Kau nampak macam budak yang kesedihan," kata Haziq dengan selamba lalu duduk di buaian bersebelahan dengan Taufiq.
"Shocking."
"Huh?" Haziq memandang Taufiq dengan dahi berkerut.
Taufiq memandang Haziq. "Aku tak boleh nak kontrol riak muka aku sekarang ni." Lalu dia memandang ke bawah. Melihat kasutnya yang kelihatan sedikit kotor.
"Apparently, keluarga aku tak pandang aku macam kau pandang aku sekarang ni. They just see me, seorang remaja yang sedang melalui fasa-fasa I don't know, teenager stuff."
Haziq kerutkan dahi.
"Baru pindah sini ke ?"
"Nope. Ayah aku tinggal kat sini dah lama. Aku je yang tinggal kat tempat lain."
Jawapan Taufiq agak memeningkan Haziq. Dia mengangkat topinya dan menggaru kepala lalu menyarung topi itu kembali.
"Complicated family," jawab Taufiq, memahami bahasa tubuh Haziq yang jelas kurang faham akan jawapan dia sebentar tadi.
"Oh." Hanya itu saja yang mampu keluar dari mulut Haziq. Faham la dia apa ertinya tu.
"Okey la. Kita berjumpa lagi eh. Aku kena pergi kerja dah," kata Haziq lalu bangun dari buaian tersebut.
YOU ARE READING
Kebosanan : Hidayah
RomanceManusia itu, punya sifat yang ingin disayangi dan menyayangi. Tapi berbeza bagi Hidayah. Dia lebih memilih untuk hidup bersendirian. Baginya, kesepian itu indah. Keindahan yang sangat kelam. Dia memihak untuk berada dalam dunianya sendiri. Manakala...