41

14 3 2
                                    

🥀🌧️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥀🌧️

TAUFIQ memerhatikan orang lalu lalang di luar kafe. Memandangkan meja yang dia pilih ini bersebelahan dengan dinding kaca. Sambil itu dia menilik ke arah jam tangan yang tersarung di tangan kiri. Lambat lagi ke ni. Dia paling tak suka dengan orang yang tak tepati waktu ni. Kata pukul 3 petang, tapi sekarang dah pukul 3.25 dah.

Nasib baik la kelas dia habis awal hari ni. Dapat la dia berehat lebih masa sedikit. Lepas jumpa customer ni, dia boleh terus balik ke rumah.

Takde la terkejar-kejar. Lepas jumpa customer, kena berkejar balik rumah sewa, lepas tu pergi ke kelas. Memang kelam kabut betul.

Air kopi mochanya yang tadi panas kini sudah suam. Dia menghirup sedikit air kopinya itu. Sebenarnya jarang betul dia minum-minum di kafe macam ni. Kerana dia tahu, harga secawan kopi saja harganya sudah mahal. Mahal untuk seorang pelajar universiti sepertinya.

Tapi disebabkan kerjanya ini perlu berjumpa dengan orang, terpaksa la dia korbankan sedikit wang ringgitnya.

Kedengaran bunyi loceng di pintu masuk. Taufiq menoleh. Susuk tubuh seorang perempuan bergaun labuh berwarna merah jambu melangkah masuk membuatkan dia mendengus.

Customer yang Taufiq tunggu sekarang ni lelaki. Bukannya perempuan.

"Kim, americano ais 1 dengan double chocolate latte ais 1," pesan perempuan itu pada barista yang berada di kaunter. Dia turut masuk ke dalam kawasan kaunter tersebut dan mengambil 2 potong kek. Satu kek black forest dan lagi satu kek buah.

Taufiq seperti mengenali suara itu. Dia perhatikan perempuan bergaun labuh merah jambu itu. Wajahnya tidak kelihatan kerana perempuan itu sedang menunduk. Rambut pendek separas tengkuknya sedikit sebanyak menutupi wajah. Tapi cekak yang dipakai oleh perempuan itu, macam dia kenal.

Apa fungsi cekak tu kalau rambut pun masih berjuntai menutupi wajah. Gerutu Taufiq.

"Maaf encik Taufiq, saya lambat sikit. Tadi ada hal," ujar seorang lelaki.

Perhatian Taufiq terpaksa dialihkan ke lelaki itu yang merupakan orang yang dia tunggu sedari tadi.

"Takpe," balas Taufiq sepatah sambil berjabat tangan dengan lelaki itu.

"Cik Dayah, kopinya sudah siap," ujar Kim dengan nada yang ceria.

Suaranya dapat didengar oleh Taufiq kerana meja yang dia duduki itu sedikit berdekatan dengan kaunter. Dan juga dengan keadaan kafe yang tak penuh dengan manusia menjadikan kafe ini sedikit sunyi. Hanya terpasang muzik lembut yang menjadi latar.

Nama yang disebut oleh barista tersebut pastinya membuatkan Taufiq menoleh. Perempuan yang bergaun merah jambu itu sudah siap meletakkan keknya ke dalam kotak yang khas untuk meletakkan kek. Dia mengukir senyuman pada barista.

Kebosanan : HidayahWhere stories live. Discover now