4

48 9 0
                                    

This Is Gospel - Panic! At The Disco

🥀☁️

TAUFIQ memakai stokin hitamnya. Sesekali dia menguap kerana terlalu mengantuk. Dah siapa suruh tidur lambat. Boleh pulak pergi bantai main game Animal Crossing : New Leaf kat Nintendo 3DS. Memang cari nahas betul.

Dia melihat pantulan dirinya di cermin. Matanya kelihatan agak sembab ditambah lagi dengan eyebag menampakkan lagi wajahnya yang keletihan. Rambutnya yang serabai itu disisir rapi. Baru la nampak kemas.

Sekali lagi dia menguap. Adoi mengantuk betul. Rasa macam tak nak pergi sekolah je. Hendak tak hendak, dia menyandang beg sekolahnya yang berwarna hijau hitam itu. Berat betul beg sekolahnya. Dia bawak buku ke bawak batu ni. Kenapa la buku teks mesti tebal-tebal belaka. Takde ke buku teks yang senipis kulit bawang ke. Ringan sikit beg sekolah. Takde la setiap hari dia merungut pasal beg sekolah yang berat.

Taufiq melangkah perlahan keluar dari biliknya. Pintu bilik ditutup kembali apabila dia sudah melangkah keluar. Dia memandang ke arah pintu bilik kakaknya. Kelihatan dari bawah pintu bilik, bilik kakaknya masih gelap. Mungkin kakaknya itu tidak ada kelas pagi agaknya.

Dia terus turun ke tingkat bawah. Ingin bersarapan sekejap sebelum berangkat ke sekolah. Maknya kelihatan sedang bersarapan juga di meja makan.

Roti Massimo yang berada di atas meja dibuka bungkusannya. Penutup peanut butter dibuka dan disapu ke atas roti. Lalu disuapkan ke mulut. Apabila sudah habis, dia pergi pula ke peti sejuk dan mengambil sekotak air Milo dan botol airnya yang sudah siap diisi air malam tadi.

"Fiq pergi dulu ya mak." Taufiq menyalam tangan maknya yang sedang khusyuk membaca berita di handphone.

"Okay. Hati-hati tau." Pesan maknya sambil memberi duit belanja.

"Okay mak. Bye," pamitnya.

Dia menyarung kasut sekolahnya yang berwarna hitam. Sekotak air Milo dan botol airnya diletakkan ke dalam bakul basikal. Kelihatan ada sekuntum bunga mawar berwarna merah di dalam bakul basikal tu. Baru Taufiq teringat, semalam perempuan tu ada letak bunga mawar merah ni ke dalam bakul basikalnya sebelum berjalan pergi.

"Untuk manusia yang percaya pada anugerah hidup." Hidayah berkata perlahan lalu meletakkan sekuntum bunga mawar merah ke dalam bakul basikal Taufiq. Dia letak bunga mawar yang masih bersih ya, bukan bunga mawar yang sudah terkena darahnya.

Hidayah memberikan pandangan yang terakhir sebelum melangkah pergi. Sempat lagi dia melambai Taufiq. Taufiq hanya memandang Hidayah yang semakin jauh meninggalkannya.

Taufiq menggeleng-gelengkan kepalanya. Dah kenapa pagi-pagi gini teringat pasal perempuan pelik tu. Bunga mawar merah itu hanya dibiarkan saja di dalam bakul itu. Dia merasakan tindakan perempuan itu adalah untuk memerlinya.

Apabila pagar sudah dibuka, dia terus menyorong basikalnya keluar dari pagar, kemudian dia menutup pagar semula. Basikal dikayuh perlahan. Dia bukannya terburu-buru nak pergi sekolah ketika ini.

Rasa tak sabar pulak nak balik sekolah. Dia betul-betul rasa mengantuk sekarang ni. Kalau terlelap ni, mau terbabas dia nanti. Apabila sudah sampai ke kawasan sekolahnya, dia mengayuh masuk ke dalam kawasan sekolahnya. Dulu, kalau nak parkir basikal, sebaris dengan tempat parkir motor kat luar pagar kawasan sekolah. Tapi sejak berlaku kes kecurian basikal beberapa bulan yang lepas, basikal dibenarkan parkir di dalam kawasan sekolah.

Kebosanan : HidayahWhere stories live. Discover now