🌧️ 29 - Rebah dan Hanyut 🌧️

32 5 3
                                    

Devil's Tears by Angus and Julia Stone

🌧️

UNIFORM kerja berwarna maroon itu dibutang satu-persatu. Dia selalunya pakai baju t-shirt di dalam uniform itu kerana tidak selesa jika pakai uniform itu sahaja tanpa baju lain di bahagian dalam.

Beanie berwarna ungu hitam disarungkan di kepala. Kalau ikutkan, dia tak sepatutnya pakai beanie sewaktu kerja tapi dia pakai juga. Kadang-kadang je dia tanggalkan. Dia selesa pula memakai beanie. Jam tangan berwarna putih itu disarungkan ke pergelangan tangan kirinya. Terdapat sedikit kesan luka yang kelihatan baru cuba disembunyikan.

Taufiq mengeluh perlahan. Pada akhirnya, dia sendiri juga rebah dan jatuh ke bumi. Tidak mampu untuk bangkit kembali hanya kerana seorang perempuan yang dipanggil si mawar. Ternyata cinta itu bisa membuatkan seorang manusia itu menjadi bodoh. Kebahagian yang ingin dicari, kesedihan yang dia terpaksa hadapi.

Biasan wajahnya di cermin itu dipandang sepi. Dia boleh senyum dan ketawa, tapi hakikat yang sebenar adalah, dia tak boleh nak biarkan rasa itu berkekalan. Hanya mampu menjadi satu tayangan di hadapan orang ramai. Ketika dia bersendirian, hanya air mata dan tangisan menjadi peneman.

Ah, lantaklah. Sedih atau gembira. Pergi mampus semuanya. Dia malas nak fikir. Buat sakit hati saja. Kenapa dia harus terus-terusan ingin menangis hanya kerana benda yang dah lepas. Perlu ke dia sebut dan ingat kembali perkara yang menyakitkan. Tak perlu pun. Apa nak jadi then jadi la. Dia dah malas nak ambil kisah.

Beg bertali silang yang tersangkut di kerusi dicapai dan disangkutkan pada tubuhnya. Rebah atau hanyut, dia dah tak kisah. Dia bukannya ada pilihan dalam hidup. Dia hanya perlu mengikut arus saja. Ke mana arus ingin membawa dia pergi, di situlah tempat dia akan berteduh.

Taufiq menyusun langkah dengan perlahan menuruni tangga. Kelihatan kosong saja ruang tamu tersebut. Mungkin ibu tirinya berada dalam bilik. Abahnya pula mungkin keluar. Nazrul dan Nazira pula pasti ada di tempat kerja. Mungkin. Entah la. Dia sendiri pun tak ambil kisah dengan semua benda. Kan dah cakap, dia hanya mengikut arus saja.

Keluar saja dari pagar rumah, dia terus berjalan perlahan. Earphone sudah siap tersumbat di telinga. Mendengar lagu di playlistnya. Sampai saja di simpang dua, dia bertembung pula dengan Haziq dan Rauf yang kebetulan keluar bekerja waktu yang sama.

"Hoi kau," tegur Rauf. Langsung tak sopan.

Haziq mengecilkan matanya. Bodoh amat si Rauf ni. Bisiknya sendiri. Orang bagi la salam ke, cakap hai ke, ni hoi. Dah la intonasi pun kasar. Gaya macam nak bergaduh ada la.

Taufiq buat tak layan saja. Malas benar dia nak melayan tingkah Rauf yang langsung tak matang. Baik dia dengar lagu je. Lagi berfaedah dari melayan Rauf.

Rauf berlari mendekati Taufiq. "Kau nampak macam orang sakit la," tegur Rauf sambil menilik wajah Taufiq yang lesu.

Taufiq menjongketkan keningnya. Dia mencabut earphonenya dan disangkutkan pada bahu. "Kau nak apa," soal Taufiq, dingin. Dia langsung tak dengar apa yang Rauf tegur pasalnya.

Kalau ikutkan, dia malas betul nak layan Rauf tapi memandangkan Rauf seperti ingin mengajak dia berbual, dia terpaksa la layan.

"Kau tak sihat ke," soal Rauf ingin tahu.

"Kenapa tanya ?"

"Muka kau macam zombi," balas Rauf selamba.

Kebosanan : HidayahWhere stories live. Discover now