34

29 4 4
                                    

Patah Sayap - Nadia Aqilah ( ost Kerana Terpaksa Aku Relakan )

🥀🌧️

SEGELAS air suam dihulurkan pada Hidayah yang sedang duduk di kerusi. Wajah Hidayah kelihatan sugul. Pada pipinya masih terdapat kesan aliran air mata. Sedari tadi dia asyik tunduk merenung lantai. Handphone digenggamnya erat. Skrin handphone itu juga kelihatan masih menyala.

Daniel duduk mencangkung di hadapan Hidayah. Gelas berisi air suam itu diletakkan saja di atas meja. Sewaktu dia patah balik berjumpa dengan Hidayah, Hidayah sangkakan dia adalah Taufiq. Hidayah kelihatan seperti orang sasau mencari kelibat Taufiq. Hidayah cukup yakin bahawa dia melihat Taufiq.

Daniel patah semula tadi kerana dia baru teringat yang dia masih lagi memegang handphone Hidayah. Sampai saja ke tingkat rumah Hidayah, dia terus memanggil Hidayah, kemudian Hidayah memanggilnya dengan nama Taufiq. Satu nama yang asing melalui pendengarannya. Dia tidak pernah mendengar Hidayah menyebut nama Taufiq sebelum ni.

"Dia angkat tak ?" Daniel bertanya. Dia risau sebenarnya melihat keadaan Hidayah.

Hidayah menggelengkan kepala.

"Kita pergi rumah dia jom. Maybe dia ada kat rumah ?" kata Daniel memberi cadangan.

"I don't know his house," balas Hidayah.

Daniel menggaru kepala. Kehilangan idea.

"That's the problem Danny. Saya kenal dia. Tapi saya tak kenal dia sepenuhnya. Saya tak tahu rumah dia di mana. Saya tak kenal dengan keluarga dia. Nama penuh dia pun saya tak tahu. Dia ada call dan WhatsApp saya banyak kali. Dia bahkan datang sini untuk berjumpa dengan saya."

Buntu. Hidayah rasa buntu sangat-sangat. Perkenalan dia dan Taufiq terlalu singkat hingga dia tidak pernah terfikir langsung untuk bertanya nama penuh Taufiq. Atau mungkin juga bukan kerana waktu perkenalan mereka berdua yang singkat. Mungkin sikap Hidayah sendiri yang selalu fikir bahawa semua manusia akan pergi dalam hidupnya dan tinggalkan dia sendirian. Betapa bodohnya dia kerana berfikiran begitu. Lihatlah apa natijah yang dia dapat.

Daniel memegang tangan Hidayah. Ingin memujuk Hidayah.

"Awak pegang handphone saya sepanjang saya kat dalam wad tu. Takkan awak tak tahu ?"

Daniel mengetap giginya.

"Your phone was in silent."

"How come ? I... oh god." Hidayah memegang kepalanya. Handphonenya dalam mod senyap selama ni.

Hidayah terasa hatinya sakit. Terasa seperti tidak boleh bernafas. Perasaan rindu terlalu memenuhi jiwa. Tanpa sedar, dia melepaskan Taufiq pergi. Dia sendiri yang melepaskan Taufiq pergi.

"Since the beginning, it's all my fault," ujar Hidayah menyalahkan diri sendiri.

🥀🌧️

DANIEL tersedar dari lamunannya apabila Hidayah mengetuk tingkap kereta. Entah berapa lama dia mengelamun teringat akan kisah 5 tahun yang lalu. Dia menoleh ke sebelah. Senyuman manis menghiasi wajah Hidayah yang kelihatan lebih matang berbanding dulu. Imej Hidayah yang sentiasa berambut panjang dulu juga sudah hilang. Kini rambut Hidayah dipangkas pendek separas tengkuk.

Kebosanan : HidayahWhere stories live. Discover now