🌧️ 32 - Hasrat Bertemu Hidayah🌧️

22 4 13
                                    

Talking to the Moon - Bruno Mars

🌧️

TAUFIQ berdiri kaku. Kakinya seakan terpasung di lantai. Tidak mampu untuk bergerak. Matanya hanya memandang hadapan, terasa panas matanya. Kedua tangannya memegang erat satu kotak yang sudah siap berbalut dengan pembalut hadiah. Tekaknya terasa perit. Barangkali kerana dia menjerit tadi. Dia sendiri tak tahu hendak rasa apa ketika ini.

Sedihkah ?

Marahkah ?

Dia benar-benar keliru.

Titisan jernih air mata itu kelihatan mengalir lesu di pipi. Tiada esakan yang kedengaran mahupun keluhan. Hanya air mata saja yang mengalir. Tertanya juga dia. Terlalu besarlah kesilapannya hingga langsung tidak mahu bertemu.

Dari tengahari Taufiq menanti, hingga siang sudah melabuhkan tirai, masih juga orang yang dinanti itu tidak kunjung tiba. Kelihatan keretanya ada saja di bawah. Diparking elok di kotak parkir. Hanya sedikit senget. Tapi kenapa apabila Taufiq melaungkan namanya dari luar pintu, langsung tidak disahut. Malah, ruang di dalam itu kelihatan gelap seakan tiada penghuni.

Jika Taufiq menghantar mesej WhatsApp, langsung tidak dibalas. Jika Taufiq menelefon, tidak jua berangkat. Seakan sengaja menghilangkan diri.

'Ke mana kau pergi si mawar ?' desisnya di dalam hati.

Taufiq tahu, kakak dan abangnya ada menghantar WhatsApp padanya, bertanyakan keberadaan dia. Malas dia hendak membalas.

Jam di pergelangan tangan dilirik sekilas. Sudah hampir jam 9. Dia juga harus pulang ke rumah. Esok dia harus kerja. Tapi tubuhnya terasa penat. Seharusnya hari cuti begini, dia berehat saja di rumah tapi dia terlalu ingin bertemu dengan si mawar.

Kotak hadiah itu diletak di atas rak kasut. Dijulurkan tangannya ke dalam grill tersebut. Berat hati rasanya. Hasrat hati tidak kesampaian. Senyuman pahit terukir di bibirnya yang kelihatan pucat.

Tidak mengapalah. Mungkin saja Hidayah balik ke kampung menaiki bas atau abangnya jemput di sini. Biarlah. Dia tak akan menganggu hidup Hidayah lagi. Biarlah semuanya berakhir di sini.

Dengan rasa berat hati, Taufiq melangkah pergi dari rumah Hidayah.

"It's okay." Taufiq memujuk hatinya sendiri.

Entah macam mana, Taufiq boleh terfikir untuk pulang ke rumah ibunya. Skuter diparking di luar pagar. Kunci pagar dibuka. Lalu dikunci semula. Skuter dibiarkan saja di luar pagar. Grill juga dibuka kuncinya.

Taufiq tersenyum. Tombol pintu masih lagi belum dibaiki. Apabila dia membuka pintu, kelihatan kakaknya, Madina sedang menonton tv sambil makan yogurt. Apabila melihat saja Taufiq, Madina terus mengerutkan dahi.

Sedikit kaget sebenarnya. Tiba-tiba saja masuk ke rumah. Tak dengar pun bunyi pagar atau bunyi grill. Atau mungkin saja volume tv sedikit kuat hingga menutupi bunyi lain.

"I need a place to rest," kata Taufiq meskipun Madina tidak bertanya apa-apa.

"Love makes you blind and stupid. Its hurts people around you especially your family," ujar Madina secara tiba-tiba.

Membuatkan Taufiq tersentak seketika. Perli ke apa ni ?

"What do you mean ?"

"You know what I mean," balas Madina, sinis.

Terasa menggelegak api kemarahannya. "You spend your time with your friends and with kak Zira so which part make me your family ?" bidas Taufiq semula.

"You're my brother so that's make you my family. Bodoh ke apa cakap macam tu," marah Madina.

"Do you consider me as your family because I am your family or do you just consider me as your family because I exist ?"

Kebosanan : HidayahWhere stories live. Discover now