Lose by Niki
🥀☁️
MEREKA berdua bermain buai bersama-sama. Kelihatan sunyi saja kawasan taman permainan itu apabila sudah menjengah tengah malam. Entah kenapa timbul idea gila Hidayah untuk mereka berdua bermain buai bersama-sama. Mungkin kerana Taufiq sendiri tak ingin pulang ke rumah.
Bila Hidayah cuba tanya atas alasan apa, pasti Taufiq cuba mengubah topik perbualan mereka. Seolah ingin menyembunyikan sesuatu dari Hidayah. Handphone yang berada dalam poket kardigan dikeluarkan. Dia memandang ke arah skrin handphone yang kelihatan bercahaya.
Sesekali keluhan terluah dari mulutnya.
"Taufiq, aku nak pergi beli air kejap. Kau nak air apa ?" tanya Hidayah
Taufiq kelihatan ralit memandang langit. Apabila mendengar pertanyaan dari Hidayah, terus saja dia memandang Hidayah.
"Nak aku temankan ?" Taufiq menyoal tanpa menjawab pertanyaan Hidayah.
"Takpelah. Kedai dekat je."
"Ohh, okay then." Taufiq kembali memandang langit. Hidayah mengerutkan dahinya.
"Aku belikan 100 plus la untuk kau," putusnya apabila melihat Taufiq seakan tidak mempedulikan pertanyaannya tadi.
Taufiq tidak memberi sebarang reaksi. Derapan langkah Hidayah yang menjauhinya membuatkan dia mengeluh perlahan.
"Kalau kita bertemu hanya untuk melengkapkan jalan hidup masing-masing, kenapa aku rasa sebaliknya?"
Langkah Hidayah terhenti.
"Kalau kita bertemu, berkongsi rahsia dan masalah, kemudian berpisah, apa yang akan jadi pada kita berdua jika kita bertemu semula?"
Hidayah memusingkan tubuhnya menghadap Taufiq yang masih lagi duduk di atas buaian dan memandang langit.
"Dan kalau kita bertemu sekali lagi dalam keadaan yang berbeza, adakah kau akan terima aku lebih dari seorang sahabat?"
Hidayah memandang wajah Taufiq yang sudah basah dengan air mata. Entah bila masa Taufiq turun dari buaian pun Hidayah sendiri tak sedar.
"Aku ada cakap yang aku tak mengharapkan kau untuk membalas perasaan aku tapi aku tak dapat nak tipu hati aku yang aku mengharapkan kau melakukan sebaliknya." Lirih saja suara Taufiq ketika mengatakan ayat itu.
"Taufiq..."
"Aku tahu yang mak aku ada call kau untuk tahu aku ada kat mana. Dan aku tahu yang kau ajak aku ke sini sebab kau dah berjanji dengan mak aku untuk hantar aku balik."
Hidayah mengetap bibirnya. Taufiq betul. Sememangnya mak kepada Taufiq ada menelefon dia sewaktu dia berada di atas bumbung tadi.
"Kau ada sebelum aku jatuh tu?"
Taufiq menganggukkan kepala.
"And then kau tuduh aku cuba nak bunuh diri pulak," kata Hidayah, tak puas hati. Kedua belah tangannya memeluk tubuh.
"Eh?"
YOU ARE READING
Kebosanan : Hidayah
RomanceManusia itu, punya sifat yang ingin disayangi dan menyayangi. Tapi berbeza bagi Hidayah. Dia lebih memilih untuk hidup bersendirian. Baginya, kesepian itu indah. Keindahan yang sangat kelam. Dia memihak untuk berada dalam dunianya sendiri. Manakala...