7

39 5 1
                                    

🥀☁️

HIDAYAH memusingkan tombol pintunya. Dia menanggalkan kasutnya yang agak basah dan meletakkan kasut itu di rak kasut. Payung miliknya juga diletakkan berdekatan dengan rak kasut. Lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah sambil membuka sweaternya yang terkena air hujan.

"Masuk la," pelawa Hidayah. Dia mencampakkan sweaternya ke dalam bakul baju kotor.

Taufiq yang masih berada di pintu masuk kelihatan teragak-agak. Seumur hidupnya, ini la kali pertama dia bertandang ke rumah seorang perempuan yang baru dikenali.

"Aku nak letak barang ni kat mana ?" soal Taufiq setelah dia melangkah masuk. Pintu rumah sengaja dibiarkan terbuka.

"Letak je kat atas meja kecik dapur tu. Nanti aku susun," jawab Hidayah lalu melabuhkan punggung di atas kerusi dapur.

Penatnya rasa. Sesekali dia terbatuk kecil. Kepalanya dilentokkan ke atas meja makan. Kuat bunyinya kerana dia melentokkan kepala dengan kuat.

Taufiq yang tengah meletakkan barang di dapur agak terkejut mendengar bunyi yang agak kuat itu. Dia berlari ke meja makan, tempat Hidayah duduk.

"Kau okey ke ? Bunyi apa tadi tu ?"

"Kepala aku."

"Kau hentak kepala kau ke ?"

Hidayah mengangkat kepalanya. "Tak. Aku nak letak je kepala aku atas meja ni. Terkuat pulak," balasnya dengan selamba.

Taufiq menggeleng-gelengkan kepala. Pelik-pelik je perempuan ni. Tak sakit ke kepalanya. Tapi bila dilihat dari tingkah Hidayah, kelihatan biasa-biasa saja. Lengan Hidayah yang berada di atas meja ditenung. Terdapat kesan luka yang sudah siap berbalut dan berplaster pada lengan Hidayah. Tidak menghairankan jika kesan luka itu hanya sedikit. Tapi kesan luka pada lengan Hidayah agak banyak. Ditambah lagi dengan kesan parut.

"Kau buat ni pada diri sendiri ke ?"Taufiq menyoal. Matanya tidak lepas memandang ke arah kesan luka itu.

Hidayah tergamam. Dia memandang lengannya. Terlupa pula dia tengah pakai t-shirt lengan pendek sekarang ni.

"Tak la. Aku jatuh pokok," dalihnya.

Taufiq mengecilkan matanya memandang Hidayah. "Kau ingat aku tak tahu beza kesan luka jatuh pokok dengan kesan luka yang dibuat sendiri. Lagipun first time kita berjumpa, aku perasan tapak tangan kau ada luka," ujar Taufiq dengan nada suara yang agak sinis.

Hidayah mendengus kasar. "Kalau dah tahu tu kenapa tanya. Bodoh ke."

Kan setepek kena bodoh. Geram pulak Hidayah rasa. Dah tahu tu diam-diam sudah.

Taufiq hanya ketawa. Cepat marah jugak perempuan ni. "Kau ni kelakar la. Muka acah cool je, tapi cepat panas jugak kau," ejek Taufiq tak bertapis.

Hidayah menyabarkan hatinya. Dia jarang naik angin. Tapi entah la, kata-kata Taufiq ni menyakitkan hati dia pulak. Dah la dia tengah tak sihat sekarang ni. Kang ada jugak yang dia humban keluar nanti.

Hidayah tak berkata apa. Dia pergi ke dapur dan terus masak air. Dia ingin makan bubur instant yang dibelinya tadi. Air yang Luqman beli tadi disimpan ke dalam peti ais. Manakala biskut diletakkan di dalam kabinet. Roti pula diletakkan di atas meja makan.

Kebosanan : HidayahWhere stories live. Discover now