TENTANG AKU

231 25 0
                                    

Bilik tidur yang selalu menjadi tempatku beradu aku tolak daun pintunya. Berkeriuk seperti biasa diiringi bunyi lantai papan yang sudah lanjut usia. Di dalam bilik itu, hanya ada sebuah katil dan meja solek yang sedia uzur. Lacinya juga sudah dimakan anai-anai.

Meja itu aku dekati dan laci aku buka. Hanya ada kertas-kertas yang sudah kekuningan dimamah waktu untuk aku belek sekilas. Kebanyakannya mengandungi doa-doa untuk menyembuhkan penyakit dan senarai zikir. Kemudian, terdapat juga dokumen lama seperti catatan temujanji ke klinik desa.

Aku menutup laci kembali. Ia tidak memerlukan kunci. Bilik-bilik lain sudah aku periksa. Tiada pintu atau almari yang bersesuaian dengan kunci yang ada dalam genggamanku ini.

Kemudian, aku melabuhkan duduk di birai katil. Pandangan aku lemparkan jauh ke langit melalui tingkap yang separuh terbuka. Aku malas nak buka lampu tetapi tidak mahu bergelap. Petang masih panas berbahang. Kipas siling aku tekan suis buka. Walaupun ia sudah berhabuk, tidak pula hadir niat di hati hendak membersihkan. Sudahlah ketinggianku tidak seberapa.

Rumah Mak Nab di seberang sana mencuit perhatian. Semoga arwah tenang di sana. Al-fatihah.

Kunci dalam tangan aku pandang.

"Kalau bukan rumah pusaka, mungkin aku boleh cuba di rumah Mak Nab?" Kepala yang tak gatal aku garu. "Rumah dia pun berkunci. Nak masuk macam mana."

Aku ke ruang tamu dan telefon aku capai.

"Hello, Ashraf."

"Sihat ke?"

"Oh, tak ada apa pun. Aku nak tanya ... kunci rumah mak kau, ada dengan kau ke?"

"Oh, iya?"

"Huh, kenapa? Erm ... aku rasa aku ada tertinggal barang dalam rumah kau. Kau kat mana? Aku pergi ambil kunci rumah dengan kau."

"Okey."

Tanpa membuang masa, aku segera bersiap. Pintu rumah pusaka ini aku kunci sebelum bergegas aku ke bawah rumah.

"Aku rasa hari itu ada nampak budak-budak naik basikal arwah atuk. Mana, ya?"

Terbongkok-bongkok aku mencari. Langkah semakin jauh ke belakang. Saat terlihat sebuah basikal tua bersidai di belakang dapur, derapanku semakin laju. Rantainya aku periksa. Masih elok. Bahagian lain pun sama. Patutlah geng sepupuku yang masih kecil asyik naik pusing kampung dengan basikal ini.

Ia aku tuntun sehingga ke halaman rumah. Beg sandang aku pusing ke belakang biar lebih selesa sebelum aku melompat naik ke atas basikal.

"Bismillah ...."

Aku keluar daripada halaman dan melewati beberapa kebun getah sebelum keluar daripada lorong rumah pusaka sehingga ke jalan besar. Kemudian, aku berhenti di sisi jalan lalu membuka lokasi Ashraf yang dihantar di dalam telefon.

Sebaik sahaja mahu meneruskan perjalanan, aku berpaling ke sekeliling. Terasa seperti ada mata yang memerhati. Bibirku ringan melepaskan rengusan.

"Kau orang jangan ganggu akulah."

Aku kembali mengayuh. Aneh. Tidak pula suhu badanku berubah atau jantung berdegup tidak berirama sepertimana apa yang selalu aku alami apabila diekori 'mereka.'

"Kafe Matahari."

Panjang leherku mencari tempat pertemuan dek masih tak biasa. Maklumlah, kalau aku balik kampung sekalipun, lebih gemar terperap di rumah. Tak kira saat bermalam di rumah mak atau rumah pusaka itu. Aktivitiku sama sahaja.

Walaupun Amirul tak pernah jemu mengajakku menjenguk dunia luar. Aku dan duniaku, berpisah tiada.

Hmm, Amirul.

Rumah Puaka Where stories live. Discover now