I ' M F I N E

270 31 0
                                    

"Cantiknya."

"Cincin atau tuannya?"

"Dua-dua."

"Betul ini?"

"Ya, tak tipu."

Dia kenyit mata padaku. Langsung pipinya aku cubit.

"Pandai, eh. Okay, lunch on me. Pergilah ratah semua lauk bawah khemah itu."

"Sekejap, ya. Nak bergambar dulu. Nak hantar pada encik tunang kepada kakak saya yang cantik ini."

Aku mencebik. Beberapa keping gambar tertangkap dengan pelbagai gaya dan mimik muka.

"Okey. Aina nak hantar gambar yang paling buruk," ujar Aina seraya bergegas keluar rumah dengan senyuman lebar.

Tubuh yang kelenguhan aku regangkan. Berpusing sekejap kiri dan kanan sebelum disapa mesra oleh seseorang.

"Hai, bakal sepupu."

"Helo, Fai. Bakal sepupu kau ini rasa penat sungguh, tau. Kalau majlis bertunang pun tinggal separuh nyawa macam ini, kahwin nanti aku nak akad nikah lepas itu ada makan-makan saudara mara saja."

Langsung bahuku dirangkul Fai erat. "Tak seronok langsung. Kahwin sekali seumur hidup saja, tau!"

Mulut dengan sengaja menggerenyot. "Hurm ...."

"Kecuali kau nak curang pada Encik Amirul itu!"

Aku terkedu seketika. Tak pernah pula istilah itu terlintas di fikiranku. Tawa besar aku hamburkan.

"Curang? Urus diri sendiri pun aku tak mampu. Hilang Amirul, aku rasa macam ... hilang sebelah kaki."

Mata Fai juling.

"Is that supposed to be romantic?"

* * *

Berlabuh senja. Makanan yang aku masak sudah sejuk tidak terjamah. Si anak tiada ada di hadapan mata apatah lagi ibunya. Setiap ceruk pondok ini aku jelajah. Tiada satu bertemu mata. Bayangnya juga pasti kelam ditelan malam. Mereka berdua tiada pulang jua.

Bulan terang menyuluh jalan tidak bertuan. Masih menjadi tunggul di hadapan pondok ini saat gemersik dedaunan menyapa resahku. Senyuman si anak menjengah ruang mataku.

"Merah," aku memanggilnya lembut seperti kebiasaanku.

Menghidang kembali apa yang aku masakkan untuk dua beranak ini. Leyla melahap seperti tiada hari esok yang seketika kemudian hanya memilih untuk berkurung di dalam bilik di kemudian saat.

"Mak Inang, Merah bertemu seseorang ketika di kebun getah."

Aku menghabiskan suapan terakhir. Menantikan lanjutan bait kata Merah.

"Siapa."

Pertanyaan aku ajukan apabila jeda Merah terlalu lama. Bibirnya terjungkit sedikit sebelum menggeleng. Tiada apa, katanya.

Tiada aku menyoal lagi. Belum waktunya.

Kepada kau yang sedang membaca tintaku, berjaga-jagalah dirimu. Terus menyingkap lembaran kitabku. Moga kau bertemu, kunci kepada kecelaruanmu. Aku mahu membantu, sedaya aku.

Pap!

Kitab tebal itu aku tutup.

Nafasku turun naik. Bulu roma merinding. Lengan aku gosok dan aku peluk sebelum dengan perlahan menoleh ke sekitar. Terasa seperti ada yang memerhati.

Rumah Puaka Where stories live. Discover now