Mataku pedih apabila dipaksa untuk terus dibuka luas.
"Lambat lagi ke? Boleh dah rasanya macam ini."
Lalu aku berkelip.
Lantas bahuku ditampar kuat.
"Diamlah. Nanti comot."
Tak sempat nak mengaduh, daguku dipagut dan aku disuruh untuk melebarkan senyuman.
Bibirku dicalit cecair lipmatte yang aku tidak tahu apa namanya.
"Pap pap pap. Ratakan cepat."
Aku mengikut sahaja. Apa kejadah semua ini.
Dagu ditolak ke sisi dan berus yang agak besar saiznya menepuk lembut pipiku. Hidung terasa diserbu habuk yang menyesakkan.
"Cukuplah. Dah gatal rasanya pipi aku. Nak bersin lagi."
"Hei, aku ganyang lumat mulut kau nanti. Ini berus mahal tau. Beribu-ribu aku beli. Kau itu yang tersilap pakai skincare sampai kulit gatal-gatal, nak salahkan berus mekap aku pula."
Aku menjuihkan bibir selamba.
"Aku gunting bibir kau nanti. Hei, kau kena bersyukur tau dapat kakak yang merupakan mekap artis macam aku ini. Aku bagi servis percuma untuk kau. Tapi ...." Lengan aku dicubit dan dipulas sehingga aku menjerit kuat dan hampir berjejeran air mataku. " ... adik bongsu tak hargai pula."
"Angah gila!" Aku meratibnya sambil memukul angah.
"Woi. Main kasar, eh?"
Angah berundur dan mencapai bantal yang aku sudah susun elok-elok di atas katil. Bantal itu langsung melayang ke bahu aku berkali-kali. Tiara yang tergelatak di atas kepala mula terasa longgar dek penangannnya.
"Kau yang mula dulu!" Aku membela diri.
Tudung angah aku tarik sebelum tubuhnya, aku tolak ke atas katil. Berterbangan kelopak bunga ros yang aku tabur membentuk hati di atas katil. Sia-sia sahaja usahaku pagi tadi.
"Kau yang kutuk berus mekap aku dulu!"
Dia menggagau telingaku di sebalik tudung yang melilit kepala aku.
"Kau yang cubit aku dulu!"
Aku tarik tudung angah dengan semberono. Hakikatnya, aku membiarkan sahaja anggota tanganku bekerja tanpa berfikir apa-apa.
"Ya Allah, apa yang terjadi ini?"
Tingkah kami terhenti. Pandanganku mati di muka pintu.
"Angah dengan Myra ... buat apa?"
Nothing. Just a little mess with my naughty yet lovely sister.
Mimik wajah aku berbicara pada angah.
"Tak ada apa, Amirul. Saja nak bergurau dengan Myra. Mengada pula adik bongsu angah ini. Nak bermanjalah, apalah."
Good, angah. Let me take the blame before I roast you very soon.
"Kau memang bergurau macam itu ke dengan angah? Ke dengan orang lain pun sama?"
"Hmm lebih kuranglah. Tapi selalunya dia orang yang mula dulu. Aku rilek dan santai saja."
Amirul mengangguk kecil dengan wajahnya yang serius. "Patutlah ganas tak takut hantu. Setiap hari memang belajar cara bergusti rupanya."
Dan laju sahaja buku limaku mendarat ke perut Amirul. "Bab hantu jangan sebut, eh. Aku sensitif sikit."
Dia tertawa kecil seraya membawa aku ke dalam dakapan. "Iyalah. Tak nak sebut dah. Hari ini kita senyum saja, okey?"
"Hmm. Eh, shuh ... shuh. Hari panas, hati pun masih panas lagi ini. Jangan nak dekat. Aku meletup nanti." Aku menolak Amirul sebelum bercekak pinggang dan mengipaskan muka dengan tangan.
![](https://img.wattpad.com/cover/132204801-288-k942562.jpg)
YOU ARE READING
Rumah Puaka
TerrorKisah ini bermula setelah aku memilih untuk menginap di kampung untuk beberapa hari. Atau lebih tepatnya, bermalam sendirian di rumah pusaka peninggalan arwah atuk 15 tahun lalu. Niat mahu menjejak zon hijau di kampung berubah tragis apabila aku mul...