"Myra, aku sayangkan kau."
Laju aku tersengih.
"Aku pun sayangkan kau."
"Tapi kau curang."
Dia, aku kerling. "Mana ada. Aku setia."
"Tipu! Itu ...." Bibirnya memuncung tepat ke arah jari manisku. "Itu bukan bukti kecurangan kau, ke? Terang-terangan lagi kau buat kerja. Sampai hati!"
Aku berdekah ketawa.
"Kau nak aku curang dengan dia, tak? Lepas itu kita sehidup semati bersama. Jom?" Laju keningku terjongket-jongket padanya. Cincin di jari manis aku tayang tinggi-tinggi.
Daripada turut tersengih seperti kerang busuk mendengar aku berseloroh, wajah Dahlia langsung pucat. Anak matanya bergetar melewati bahuku membuatkan aku tertoleh ke sisi.
"Amboi, kakak. Cepatnya berubah hati. Belum sempat kita nak ikat awak jadi bidadari syurga kita."
Aku menjuihkan bibir sambil menayangkan wajah selamba pada si dia yang bersuara sebelum langsung bangkit mendapatkan si kecil dalam dukungannya.
"Mak Su, Thariq lapar."
"Nak makan apa? Mak Su belanja."
Terangguk-angguk Thariq sambil tersenyum lebar.
"Tak nak ke belanja pak su sekali?"
"Mana boleh!" Thariq laju memotong. "Duit mak su Thariq punya. Boleh belanja Thariq seorang saja!"
Amirul sudah aku lihat menghela tawa hambar.
"Kenapa macam itu pula?"
Aku sekadar memerhatikan. Tak mahu menambah perisa. Cukup Thariq mempraktikal ilmu yang aku perturunkan padanya.
"Sebab pak su jahat. Pak su yang paksa mak su kahwin. Kan? Kesian mak su diyania ... dianai ... dianayai oleh pak su. Mak su nak kahwin dengan orang yang muka macam Park Seo Joon saja!"
Aku dan Amirul saling berpandangan. Tawa antara kami berdua pecah. Semakin aku eratkan rangkulanku pada Thariq. Ada-ada saja dia.
"Erm, Myra. Aku minta diri dulu, ya. Macam orang keempat dalam keluarga bahagia pula aku rasa." Dahlia bangun sambil mengangkut semua barangannya. "Adalah juga di sudut hati kecilku ini rasa disisihkan dan juga dipinggirkan."
"Lia, janganlah cakap macam itu. Nanti esok kita berkepit lagi, okey."
Lambaianku mengiringi langkah Dahlia yang semakin menjauh. Kemudiannya, aku melabuhkan duduk. Thariq duduk di sebelah kanan dan di hadapanku, ada Amirul.
"Aku ingat kau datang seorang diri. Tak cakap pun yang budak kecil comel ini datang juga." Pipi Thariq yang montel aku cubit. Berkedut hidungnya seraya mengelat seranganku.
"Dia yang nak ikut. Oh, sebelum aku terlupa. Mak dengan walid kirim salam."
Aku mengangguk kecil seraya mulut terkumat-kamit menjawab salam.
"Thariq nak beli aiskrim. Nak duit."
Si kecil itu menadah tangan dengan wajah polos.
"Okey, jom. Mak su pergi. Kita beli sama-sama."
Saat aku sudah berura-ura hendak bangun, lekas Thariq menepuk lenganku.
"Tak nak. Nak pergi beli sendiri. Thariq sudah besar. Nak jalan-jalan tengok makanan."
Aku tersenyum sahaja. Sekeping not merah aku hulurkan padanya. Barangkali dia sudah terbiasa dengan kafe ini dek memang kerap along ke sini sewaktu aku tinggal di kolej sebelumnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/132204801-288-k942562.jpg)
YOU ARE READING
Rumah Puaka
HororKisah ini bermula setelah aku memilih untuk menginap di kampung untuk beberapa hari. Atau lebih tepatnya, bermalam sendirian di rumah pusaka peninggalan arwah atuk 15 tahun lalu. Niat mahu menjejak zon hijau di kampung berubah tragis apabila aku mul...